PSM tidak hidup kerana pilihanraya, PSM tidak akan mati kerana pilihanraya.
Lawan majikan zalim, bukan atas sentimen agama
Mungkin kerana sentimen agama ini laris, senang membangkitkan emosi sekaligus menjadikan pembicaranya sebagai “hero”, “pejuang agama”, maka ia menjadi begitu laku untuk diambil kesempatan. Sekaligus ia menjadi senjata untuk memercikkan api permusuhan antara agama dan kaum.
Apabila Ketua Polis Negara mengadu, siapa yang nak siasat?
Ketua Polis Negara mengadu bahawa adanya satu kartel dalam PDRM yang cuba menjatuhkannya. Apabila rakyat ada masalah, mereka akan mengadu kepada polis untuk siasatan; tetapi apabila Ketua Polis Negara sendiri yang mengadu, siapa pula yang nak siasat?
Renungan 11 September
oleh S. Arutchelvan Hari ini saya sedikit terkejut dengan jumlah kes COVID-19 dalam negara. Angka yang dicatatkan adalah sebanyak 182 kes baru dalam 24 jam yang lalu. Ini merupakan satu rekod baru, iaitu jumlah tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun 2020. Ini menyebabkan jumlah kes aktif dalam negara sudah mencecah melebihi … Continue reading Renungan 11 September
Nik Zawawi perlu mohon maaf, henti campuri urusan agama orang lain
oleh Nik Aziz Afiq Kita sedang berada dalam mood meraikan ulangtahun kemerdekaan negara kita ke-63. Bagi umat Islam, baru sahaja sampai setengah bulan dari awal tahun Hijrah. Dua peristiwa besar yang dikenang setiap tahun ini dicemari baru-baru ini apabila Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Nik Muhammad Zawawi Salleh, menayangkan keangkuhan dengan menghiris hati komuniti Kristian dalam … Continue reading Nik Zawawi perlu mohon maaf, henti campuri urusan agama orang lain
Kerajaan jangan cuci tangan daripada tanggungjawab menjamin hak pekerja pembersihan hospital
oleh A. Sivarajan Bayangkan anda bekerja selama 26 tahun, sebagai seorang pembersih hospital, tetapi anda masih dianggap pekerja baru oleh majikan subkontraktor yang dilantik oleh syarikat konsesi pembersihan. Tiada kenaikan gaji seperti pekerja di sektor lain, terima gaji minimum RM1200 sahaja. Tiada bonus tahunan. Tiada kenaikan pangkat. Majikan subkontraktor tukar selepas beberapa tahun, setiap kontraktor ini layan anda seperti pekerja baru. Kerja … Continue reading Kerajaan jangan cuci tangan daripada tanggungjawab menjamin hak pekerja pembersihan hospital
Retrospektif: Bagaimana jikalau Mahathir kendalikan krisis COVID-19?
oleh S. Arutchelvan Banyak pihak memuji cara Malaysia mengendalikan wabak COVID-19. Jumlah kes baru yang dilaporkan pada 17 April 2020 adalah yang terendah sejak PKP (Perintah Kawalan pergerakan) dikuatkuasakan, dengan jumlah kes baru yang dilaporkan di Malaysia adalah 69. Ini memang suatu berita yang menggembirakan tetapi kita tidak boleh terlalu ghairah dengan statistik ini, dan … Continue reading Retrospektif: Bagaimana jikalau Mahathir kendalikan krisis COVID-19?
Islam dan Sosialisme dapat saling melengkapi – Menjawab Nasir Abdullah HarakahDaily
oleh Ben Nizari Saya tertarik apabila seorang penulis Harakah, iaitu saudara Mohd Nasir Abdullah, hilang pertimbangan dan terus menyerang kaum sosialis secara membabi buta apabila seorang tokoh veteran, iaitu Syed Husin Ali, menyatakan perjuangan PAS hari ini sudah tidak sama dengan perjuangan PAS semasa era pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Dalam satu majlis memperingati Dr Burhanuddin … Continue reading Islam dan Sosialisme dapat saling melengkapi – Menjawab Nasir Abdullah HarakahDaily
Dialog sang pokok
oleh Nik Aziz Afiq Akhirnya, setelah berlalu beberapa hari, barulah anak pokok muda, kecil dan lemah itu dapat tegak kembali. Sakit dipukul ribut masih terasa dalam segenap sendi. Serik dan tak mahu ulang lagi. Alangkah terkejutnya anak pokok kecil ini melihat pokok tua yang sudahpun menjadi tunggul hanya tersenyum melihat ke arahnya, mukanya tenang seperti … Continue reading Dialog sang pokok
Kita boleh kalah, tapi kita tak boleh mengalah
oleh Nik Aziz Afiq Terima kasih semua! Dalam doa-doa saya selalunya pada sujud dan tahiyat saya tak meminta kemenangan diberikan pada saya, saya meminta agar diberikan yang terbaik. Semalam dalam FB live terakhir kempen juga saya tak tergamak untuk menyeru orang mengundi saya, saya minta undilah calon terbaik. Maka rakyat Semenyih telah memilih, dan saya … Continue reading Kita boleh kalah, tapi kita tak boleh mengalah