oleh Nik Aziz Afiq

Hangat dibincangkan kini isu dua orang pekerja didera oleh majikan mereka kerana tidak diberi izin untuk berpuasa. Maka melentinglah masyarakat dan para agamawan dengan pelbagai konotasi. Ada yang ekstrem, mengatakan ini isu mencabar agama, maruah agama dan umat ini sedang dipijak.

Mungkin kerana sentimen agama ini laris, senang membangkitkan emosi sekaligus menjadikan pembicaranya sebagai “hero”, “pejuang agama”, maka ia menjadi begitu laku untuk diambil kesempatan. Sekaligus ia menjadi senjata untuk memercikkan api permusuhan antara agama dan kaum.

Sifir menjadi pejuang agama atau kaum ini mudah, ia tak berubah sejak dulu. Kita cuma perlu membuatkan orang rasa hak kaum kita sedang terabai atau diancam, timbulkan ketakutan, dari ketakutan itu lahirlah sokongan.

Sedang bagi kaum Sosialis, kita seringkali tunjukkan kelas kaya sentiasa menindas kelas miskin tanpa kira agama, kaum, kewarganegaraan, jenis pekerjaan. Ia membosankan. Ia tak akan memancing sokongan mahupun undi kerana tidak dilihat jaguh pembela agama.

Sifir orang Sosialis mudah sahaja dari dulu; ada penindasan berlaku, bela yang tertindas, lawan yang menindas, lawan sampai menang, perkasakan golongan yang ditindas.

Penindasan tidak hanya dalam bentuk fizikal, juga tidak hanya dalam menghalang beribadat semata. Lambat bayar gaji, tipu caruman KWSP, tidak buat pemotongan Skim Insurans Pekerjaan (SIP), bukankah ini juga penindasan?

Itu yang jelas. Bagaimana pula yang kabur kerana kelicikan majikan eksploitasi undang-undang? Misalnya syarikat pengawal keselamatan sekolah. Setiap beberapa tahun mereka tutup syarikat itu, buka syarikat baru, ambil pekerja sama. 15 tahun kerja nama syarikat berubah banyak kali akibatnya sampai ke tua tidak merasa kenaikan gaji, sentiasa dibayar ibarat pekerja baru bekerja. Ini sistem yang zalim, mangsanya adalah pekerja yang puasa, pekerja yang tak puasa, pekerja pelbagai kaum, negeri, agama…

Mengapa tidak heboh? Mengapa tidak dibela?

Bagaimana pula sektor kontrak pekerja pembersihan? Katakan satu sekolah ada 10 orang cleaner, oleh kerana kerajaan lantik orang tengah (syarikat kontraktor) untuk uruskan, maka perbelanjaan lebih tinggi berbanding digajikan secara terus oleh kerajaan. Apabila nak berjimat, kerajaan kurangkan peruntukan, bukan hapuskan orang tengah sistem kontrak ini. Akibatnya?

Akibatnya syarikat kontraktor kecilkan jumlah pekerja kepada 5 orang. Kerja yang sepatutnya dibuat 10 orang, kini terpaksa ditanggung 5 orang. Gaji sama, bebanan kerja bertambah. Tidakkah ini zalim? Jika ini dizalim, ke mana suara “hero-hero” ini pergi?

Kerana itu, jika diinsafi dengan teliti, tidak sukar untuk kita lihat siapakah yang bersungguh berjuang demi nasib pekerja, dan siapakah yang mahu cari publisiti (populis) dengan menunggang sentimen agama.

==========

Nik Aziz Afiq Bin Abdul ialah Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (Pemuda PSM).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s