Jangan biar tragedi tanah runtuh Granito dan Bukit Kukus berulang lagi! – Perlu mitigasi segera untuk projek pembinaan Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu

Projek pembinaan Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu yang sedang dilaksanakan pada masa sekarang telah menimbulkan kebimbangan masyarakat madani mengenai keselamatan penduduk di sekitar tapak projek dan potensi kesan buruk terhadap alam sekitar. Tragedi yang meragut nyawa seperti tanah runtuh Granito dan Bukit Kukus mungkin berulang lagi di Pulau Pinang, sekiranya tiada tindakan konkrit diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan risiko kejadian yang mengancam nyawa rakyat dan alam sekitar!

Hentikan perang di Ukraine! Berikan satu peluang kepada kedamaian!

15 MAC 2023 – KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyerahkan satu memorandum yang disokong oleh 14 buah organisasi di Malaysia kepada Pejabat Perwakilan Kesatuan Eropah di Malaysia dan Kedutaan Besar Persekutuan Rusia di Kuala Lumpur pada hari ini, untuk menyatakan kebimbangan terhadap perang di Ukraine yang masih berterusan, dan menggesa untuk gencatan senjata serta … Continue reading Hentikan perang di Ukraine! Berikan satu peluang kepada kedamaian!