Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah melancarkan Sistem Aduan Pekerja (SiAP) pada 5 November 2020.

Berikut ialah jawapan kepada soalan-soalan lazim (FAQ) mengenai SiAP:

1. Apakah itu SiAP?

SiAP ialah Sistem Aduan Pekerja yang merangkumi hotline bagi pengaduan kes pekerja secara atas talian (panggilan telefon atau WhatsApp) dan juga sistem pangkalan data kes pekerja.

2. Apakah tujuan SiAP?

SiAP diharapkan boleh memperkasakan para pekerja yang menghadapi masalah buruh supaya hak mereka sentiasa terjamin. SiAP juga ingin menjadi pusat sumber untuk para pekerja mengenai hak-hak mereka sebagai pekerja dan menyediakan bantuan undang-undang pekerjaan supaya pekerja tidak berkeseorangan dalam memperjuangkan hak mereka.

3. Adakah kes yang dilaporkan kepada SiAP akan ditujukan kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan?

Ya, SIAP akan menyalurkan dan bekerjasama dengan semua agensi kerajaan, seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), Perkeso dan EPF, serta Badan-badan Berkanun seperti SUHAKAM, EAIC, Pusat Bantuan Guaman dan sebagainya. Penyelaras JPKK yang mengendalikan kes akan menasihatkan pengadu mengenai saluran dan pihak berkuasa yang sesuai untuk menyalurkan aduan kes tersebut untuk mendapatkan penyelesaian.

4. Adakah SiAP satu perkhidmatan percuma?

Ya, SiAP adalah bantuan kaunseling percuma kepada pekerja.

5. Apakah jenis kes-kes aduan yang boleh disalurkan ke SiAP?

SiAP bertujuan mengendalikan semua kes-kes yang berkaitan dengan masalah tempat kerja, seperti pemberhentian kerja, gaji tidak dibayar dan masalah-masalah lain di tempat kerja.

6. Apakah waktu operasi hotline SiAP?

SiAP dikendalikan oleh beberapa para sukarelawan, maka waktu operasi talian SiAP untuk panggilan telefon adalah dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Jika panggilan anda tidak terjawab, anda boleh menghantar mesej WhatsApp kepada hotline ini dan seorang penyelaras JPKK akan menghubungi anda dalam masa 48 jam. Anda boleh WhatsApp talian ini pada bila-bila masa.

7. Apakah nombor talian hotline SiAP?

Talian hotline SiAP ialah 011-10767989. Memandangkan trafik yang tinggi, sila letakkan pesanan anda jika tidak dapat menghubungi kami.

8. Adakah perkhidmatan ini untuk semua pekerja atau hanya pekerja kontrak kerajaan?

Perkhidmatan ini adalah untuk semua pekerja, termasuk pekerja tempatan dan pekerja bukan warganegara Malaysia.

9. Adakah maklumat-maklumat yang diberikan kepada SiAP selamat dan terjamin?

Maklumat kes aduan pekerja daripada panggilan telefon ataupun borang aduan online hanya akan diketahui oleh pengadu dan operator sahaja. Sekiranya aduan memerlukan tindakan susulan daripada penyelaras JPKK/SiAP yang terdekat, maka maklumat itu akan disalurkan kepada penyelaras tersebut. Pangkalan data SiAP hanya boleh diakses oleh operator hotline & penyelaras JPKK/SiAP sahaja.

10. Adakah SiAP merupakan agensi mencari pekerjaan untuk mereka yang tiada pekerjaan?

Tidak. SIAP bukan agensi pekerjaan. Ada entiti lain yang menjalankan kerja mencari pekerjaan seperti Job Street dan EIS di bawah PERKESO.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s