Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menerbitkan satu lagi video pendek mengenai masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan di premis kerajaan.

Ratusan ribu pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan bangunan kerajaan di seluruh negara telah bekerja bertahun-tahun lamanya tanpa jaminan kerja, di samping masalah gaji mereka terikat pada tahap gaji minimum (malah ada yang dibayar di bawah paras gaji minimun), tiadanya cuti sakit dan cukit tahunan, malah ada juga yang tidak dibekalkan dengan pelitup muka dan sarung tangan yang secukupnya untuk melindungi diri mereka daripada ancaman jangkitan wabak, walaupun mereka juga merupakan petugas barisan hadapan (frontliner).

Apabila pekerja-pekerja ini bersuara untuk menuntut hak mereka, pihak kerajaan dan kontraktor yang mengupah mereka melepas tangan, menjadikan pekerja terus dimangsakan.

Video terbaru terbitan JPKK ini menerangkan punca kepada perhambaan zaman moden ini dan bagainama kita boleh memberhentikan penindasan sebegini.

JPKK dan pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan di premis kerajaan sedang memperjuangkan 3 tuntutan, iaitu:

  • Hapuskan sistem kontrak, serapkan pekerja perkhidmatan sokongan di premis kerajaan sebagai pekerja tetap yang diberi jaminan kerja;
  • Hapuskan budaya kroni;
  • Kurangkan pembaziran, cekapkan pentadbiran dalam pengurusan sumber awam.

Video animasi terbitan JPKK ini boleh ditonton di saluran:

youtube

facebook

twitter

instagram

Sila kongsikan video animasi ini seluas mungkin untuk membolehkan lebih ramai orang faham tentang isu yang yang dihadapi oleh pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan di premis kerajaan.

Sila tandagani petisyen menuntut supaya menjadikan semula pekerja-pekerja kontrak sebagai pekerja tetap yang diupah langsung oleh kerajaan di sini.

Jika pekerja menghadapi masalah di tempat kerja, sila hubungi talian hotline Sistem Aduan Pekerja (SiAP) yang dikendalikan oleh JPKK di 011-10767989.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s