Mahkamah Tinggi tolak permohonan majikan yang enggan iktiraf pemandu lori sebagai pekerja

KUALA LUMPUR – 28 MAC 2021: Hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak bantahan awal oleh syarikat Perwakilan Cekap Sdn Bhd yang cuba menafikan dua orang pemandu lori yang memfail kes tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja itu pekerjanya. Dalam penghakiman yang disampaikan secara atas talian pada hari ini, Hakim Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh … Continue reading Mahkamah Tinggi tolak permohonan majikan yang enggan iktiraf pemandu lori sebagai pekerja

Gaji pengawal keselamatan sekolah di bawah Wira Corps tertangguh-tangguh sampai 2 bulan

Urusniaga syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan di premis kerajaan ini bukannya sejenis perniagaan yang hasil pendapatannya akan dipengaruhi oleh faktor turun naik pasaran dalam ekonomi. Ia akan tetap menerima bayaran daripada kerajaan tanpa mengira keadaan ekonomi di luar, selagi kerajaan menyalurkan dana kepadanya. Oleh itu, adalah tidak masuk akal untuk syarikat ini lewat dalam membayar gaji kepada pekerja-pekerjanya kecuali kelambatan pembayaran daripada pihak Kementerian Pendidikan.