Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menerbitkan satu video animasi ringkas yang menerangkan masalah sistem kontrak yang diamalkan dalam pengupahan pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan di premis kerajaan.

Pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan yang bekerja di bangunan kerajaan, seperti sekolah dan hospital, sedang merana di bawah sistem pengupahan kontrak.

Sebelum perkhidmatan sokongan di premis kerajaan ini diswastakan, mereka menikmati faedah seperti kenaikan gaji tahunan, cuti tahunan, cuti sakit, pencen persaraan dan jaminan kerja.

Malangnya, hak-hak tersebut hilang di bawah sistem kontrak. Gaji pekerja-pekerja ini terikat pada taraf gaji minimum walaupun sudah bekerja di premis yang sama berpuluh tahun. Setiap 3 tahun, kontrak akan diperbaharui, meletakkan mereka di taraf pekerja baharu semula; malah ramai yang sering diberhentikan kerja selepas tamat kontrak dan segala cuti yang dikumpul kembali ke jumlah asal.

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah melancarkan kempen “Hapus Sistem Kontrak – Jaminan Kerja untuk Semua” untuk menegakkan hak jaminan kerja bagi pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan di premis kerajaan.

3 perubahan yang dituntut oleh pekerja-pekerja yang bergabung dalam JPKK ialah:

  1. Hapuskan sistem kontrak
  2. Hapuskan budaya kroni
  3. Kurangkan pembaziran, cekapkan pentadbiran

Video animasi penerangan mengenai masalah sistem kontrak terbitan JPKK ini boleh ditonton di:

youtube

facebook

instagram

twitter

Sila kongsikan video animasi ini seluas mungkin untuk membolehkan lebih ramai orang faham tentang isu yang yang dihadapi oleh pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan di premis kerajaan.

Sila tandagani petisyen menuntut supaya menjadikan semula pekerja-pekerja kontrak sebagai pekerja tetap yang diupah langsung oleh kerajaan di sini.

Jika pekerja menghadapi masalah di tempat kerja, sila hubungi talian hotline Sistem Aduan Pekerja (SiAP) yang dikendalikan oleh JPKK di 011-10767989.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *