10 SOALAN LAZIM (FAQ) mengenai Sistem Aduan Pekerja (SiAP)

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah melancarkan Sistem Aduan Pekerja (SiAP) pada 5 November 2020. Berikut ialah jawapan kepada soalan-soalan lazim (FAQ) mengenai SiAP: 1. Apakah itu SiAP? SiAP ialah Sistem Aduan Pekerja yang merangkumi hotline bagi pengaduan kes pekerja secara atas talian (panggilan telefon atau WhatsApp) dan juga sistem pangkalan data kes pekerja. 2. … Continue reading 10 SOALAN LAZIM (FAQ) mengenai Sistem Aduan Pekerja (SiAP)

Sistem Aduan Pekerja (SiAP) dilancarkan

Sistem Aduan Pekerja (SiAP), satu inisiatif terbaru aktivis-aktivis pekerja untuk menerima aduan dan memperkasakan pekerja dalam memperjuangkan hak asasi pekerja, dilancarkan secara rasminya dalam satu sidang akhbar siaran atas talian pada hari ini (5 November 2020). SiAP merupakan sistem pengaduan atas talian yang diwujudkan oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), dengan usahasama daripada organisasi yang … Continue reading Sistem Aduan Pekerja (SiAP) dilancarkan

Perspektif alternatif dalam menangani masalah pengangguran belia

oleh Gandipan Nantha Gopalan Pengangguran belia pada kadar 13.1% adalah satu statistik yang amat membimbangkan. Pemuda PSM berpendapat bahawa perlunya satu anjakan paradigma dalam menangani masalah dalam sistem pendidikan dan peluang pekerjaan di Malaysia. Pemuda PSM tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh ahli-ahli politik yang lain (tua mahupun muda) yang sering menyalahkan belia di negara ini … Continue reading Perspektif alternatif dalam menangani masalah pengangguran belia

Bantahan pekerja pembersihan hospital secara spontan menundukkan majikan

Pada 11 September 2020, pekerja-pekerja pembersihan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak, telah mengadakan aksi bantahan secara spontan selama dua jam sehingga berjaya memaksa pihak majikan bersetuju dengan permintaan mereka! Syarikat kontraktor perkhidmatan sokongan di hospital tersebut, Edgenta UEMS, telah memperkenalkan sistem pengimbasan kad ID untuk menggantikan mesin kad tebuk (punched card) bagi pekerja … Continue reading Bantahan pekerja pembersihan hospital secara spontan menundukkan majikan

Tanggungjawab Menteri bukannya suruh pekerja terima gaji rendah

oleh M. Sivaranjani Parti Sosialis Malaysia (PSM) kecewa dengan kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan yang menyarankan kepada pekerja bahawa “lebih baik kita ada peluang pekerjaan dengan gaji yang rendah daripada tiada kerja". Kenyataan ini akan memberanikan lagi majikan untuk menekan gaji pekerja padahal pemotongan gaji sudah pun berlaku secara berleluasa sekarang. PSM … Continue reading Tanggungjawab Menteri bukannya suruh pekerja terima gaji rendah

Jangan bahayakan pekerja kerana keuntungan – Laporan pemantauan Biro Pekerja PSM (25-29 Mac 2020)

oleh M. Sivaranjani  Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Kerajaan untuk membendung wabak COVID-19, Kerajaan telah mengenakan syarat bahawa hanya industri yang tergolong sebagai “perkhidmatan perlu” (essential service) sahaja yang harus beroperasi dalam tempoh PKP ini. Namun demikian, syarikat perniagaan yang bukan perkhidmatan perlu (non-essential service) dan kilang-kilang lain yang ingin beroperasi telah diminta untuk membuat permohonan kepada pihak Kementerian … Continue reading Jangan bahayakan pekerja kerana keuntungan – Laporan pemantauan Biro Pekerja PSM (25-29 Mac 2020)

Perintah Kawalan Pergerakan dan soalan lazim pekerja

1. Bolehkah majikan boleh meminta pekerja untuk mengambil Cuti Tahunan (annual leave) semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan? Tidak boleh. Jika dipaksa, pekerja boleh membuat aduan di JabatanTenaga Kerja (JTK) berdekatan. 2. Bolehkah majikan meminta pekerja untuk mengambil cuti tidak berbayar (unpaid leave) semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan? Majikan tidak boleh mengarahkan pekerja untuk … Continue reading Perintah Kawalan Pergerakan dan soalan lazim pekerja

WAO: Akta Kerja wajib lindungi pemohon kerja daripada diskriminasi

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa kerajaan untuk melindungi pemohon kerja daripada diskriminasi, dengan meminda Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak. Begitunya seruan daripada pertubuhan yang memperjuangkan kesamarataan gender ini. Pada bulan September 2018, Kementerian Sumber Manusia telah mencadangkan untuk meminda Akta Kerja bagi melindungi pemohon kerja dan pekerja daripada diskriminasi atas … Continue reading WAO: Akta Kerja wajib lindungi pemohon kerja daripada diskriminasi

Mahathir berkelakuan 3D terhadap kaum pekerja

oleh S. Arutchelvan Pada Hari Buruh yang keramat tahun ini, Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan kepada pekerja Malaysia, dengan berkata bahawa buat kerja 3D (Dirty – kotor, Dangerous – bahaya, dan Difficult – susah) lebih baik daripada menganggur. Sungguh ikhlas nasihat ini, yang keluar dari mulut seorang Perdana Menteri yang selama ini tidak mempeduli langsung … Continue reading Mahathir berkelakuan 3D terhadap kaum pekerja