10 SOALAN LAZIM (FAQ) mengenai Sistem Aduan Pekerja (SiAP)

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah melancarkan Sistem Aduan Pekerja (SiAP) pada 5 November 2020. Berikut ialah jawapan kepada soalan-soalan lazim (FAQ) mengenai SiAP: 1. Apakah itu SiAP? SiAP ialah Sistem Aduan Pekerja yang merangkumi hotline bagi pengaduan kes pekerja secara atas talian (panggilan telefon atau WhatsApp) dan juga sistem pangkalan data kes pekerja. 2. … Continue reading 10 SOALAN LAZIM (FAQ) mengenai Sistem Aduan Pekerja (SiAP)

Sistem Aduan Pekerja (SiAP) dilancarkan

Sistem Aduan Pekerja (SiAP), satu inisiatif terbaru aktivis-aktivis pekerja untuk menerima aduan dan memperkasakan pekerja dalam memperjuangkan hak asasi pekerja, dilancarkan secara rasminya dalam satu sidang akhbar siaran atas talian pada hari ini (5 November 2020). SiAP merupakan sistem pengaduan atas talian yang diwujudkan oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), dengan usahasama daripada organisasi yang … Continue reading Sistem Aduan Pekerja (SiAP) dilancarkan

Pasangan jadi mangsa kes penipuan pinjaman bank, tetapi kena dakwa di mahkamah pula

Arumugam dan Vally, satu pasangan bertunang yang mengalami masalah kewangan, telah terjebak dalam perangkap penipuan dan menjadi mangsa, tetapi yang lebih perit lagi adalah, mereka sedang berdepan dengan pertuduhan di beberapa mahkamah di tempat yang berlainan. Musibah yang menimpa Arumugam sekeluarga ini menyebabkan mereka pernah cuba membunuh diri bersama. Masalah yang melanda Arumugam dan Vally … Continue reading Pasangan jadi mangsa kes penipuan pinjaman bank, tetapi kena dakwa di mahkamah pula

Pekerja syarikat bas ekspres tidak dibayar gaji 3 bulan

IPOH, PERAK - 30 JUN 2020:  Lebih 30 orang pekerja daripada syarikat Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (KBES) telah membuat aduan pada hari ini di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Ipoh, kerana majikan mereka tidak membayar gaji kepada mereka sejak bulan Mac lalu. Aduan tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Pekerja Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (JKPKBES Taiping). Pekerja-pekerja yang … Continue reading Pekerja syarikat bas ekspres tidak dibayar gaji 3 bulan

PSM wujudkan hotline aduan pekerja COVID-19

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah melancarkan Talian Hotline Aduan Pekerja COVID-19 untuk Semenanjung Malaysia. Jika terdapat syarikat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa dari 18 Mac hingga 14 April 2020, sila hubungi kami untuk dapatkan nasihat atau buat aduan. Selangor – 0123597966 Kuala Lumpur – 0166377901 Perak – 0195638464 Pulau Pinang – 0195669518 Perlis … Continue reading PSM wujudkan hotline aduan pekerja COVID-19