Kerajaan patut menilai semula keputusan yang tidak menyerap semula pekerja kontrak kebersihan dan kawalan keselamatan di sekolah dan hospital sebagai kakitangan kerajaan.
Masih tak dapat gaji minimum RM1,500: Kerajaan gagal bela pekerja B40
Walaupun gaji minimum RM1,500 sebulan telah mula berkuatkuasa pada bulan Mei 2022, tetapi selepas 9 bulan, masih adanya ramai pekerja yang diupah oleh kontraktor untuk bekerja di premis-premis kerajaan tidak dibayar dengan kadar gaji minimum terbaru ini. Sementara itu, wujudnya diskriminasi apabila kerajaan memanjangkan lagi tempoh pengecualian kepada majikan yang mengupah kurang daripada 5 orang pekerja dalam membayar gaji minimum RM1,500.
Cikgu Tina bertekad hapuskan sistem kontrak yang mangsakan pekerja B40
“Saya boleh memberi aku janji bahawa salah satu isu yang saya akan menekankan dan membawa ke dalam Parlimen jika saya diberi mandat sebagai wakil rakyat ialah saya akan cuba menghapuskan sistem kontrak untuk semua perkhidmatan sokongan (seperti pembersihan dan kawalan keselamatan) di premis kerajaan,” kata Cikgu Tina.
UMNO-BN enggan layan tuntutan pekerja kontrak B40
Walaupun telah dimaklumkan lebih awal tentang kunjungan daripada JPKK untuk menyerahkan memorandum tuntutan pekerja kontrak kerajaan, tetapi tiada seorang wakil daripada BN menerima memorandum yang mengandungi tuntutan pekerja-pekerja bawahan B40.
JPKK gesa semua parti politik peduli pada masalah pekerja kontrak kerajaan
JPKK mengemukakan tuntutan pekerja kontrak kerajaan untuk PRU-15 kepada gabungan parti politik utama.
SIP gagal lindungi pekerja kontrak
JPKK dan PSM membawa kepada perhatian PERKESO mengenai kelemahan yang wujud dalam Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sehingga menyebabkan pekerja-pekerja kontrak yang berpendapatan rendah dan kekurangan jaminan kerja tidak dilindungi.
Kontraktor kerajaan enggan bayar gaji minimum RM1,500 kepada pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di premis kerajaan
Walaupun gaji minimum RM1,500 mula berkuatkuasa pada 1 Mei 2022, tetapi syarikat kontraktor yang mengupah pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di premis kerajaan memberi pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan pembayaran gaji minimum RM1,500.
Pastikan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sekarang juga, bukan selepas perbaharui perjanjian dengan kontraktor
Kerajaan harus menjadi teladan kepada sektor swasta dalam isu penjagaan kebajikan pekerja. Jika kerajaan sendiri yang ingkar dan cuai dengan kontraktor kerajaan yang gagal membayar gaji minimum RM1,500, bagaimana pula dengan pihak swasta?
Jamin perlindungan sosial, hapus sistem kontrak untuk pekerja kontrak sokongan bangunan kerajaan
Tuntutan jaminan perlindungan sosial pekerja menjadi perkara dan isu yang sangat mustahak kerana ia melindungi beratus ribu pekerja yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan secara kontrak di premis-premis kerajaan khususnya.
Pekerja pembersihan sekolah Sabak Bernam dibayar gaji tertunggak 4 bulan selepas beraksi di Putrajaya
Pekerja-pekerja pembersihan sekolah di Sabak Bernam yang mengadakan aksi protes dan bersedia untuk berkampung di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 29 Mac 2022 akhirnya mendapat bayaran gaji mereka yang sudah tertunggak selama 4 bulan.