Wabak COVID-19 telah mengejutkan ekonomi global. Walaupun beberapa pakar ekonomi arus perdana berusaha untuk menyakinkan diri bahawa ekonomi global akan bangkit semula selepas langkah-langkah kawalan pergerakan di beberapa buah negara dilonggarkan, hakikatnya adalah pemulihan ini tidak akan berbentuk “V” dan ekonomi dunia akan mengambil masa 18 bulan ataupun lebih untuk pulih ke tahap sebelum wabak COVID-19.
Sebab utamanya adalah, ekonomi dunia tidak boleh berfungsi seperti biasa walaupun kawalan pergerakan dikurangkan. Perjalanan antarabangsa terpaksa dihadkan kerana dalam keadaan yang wujud sekarang, penularan virus antara negara dan pencetusan gelombang baru wabak berkemungkinan besar akan berlaku jikalau perjalanan antarabangsa tidak disekat. Syarikat penerbangan, lapangan terbang, agensi pelancongan, pembuatan kapal terbang dan sistem bekalannya – semua sektor-sektor ini akan menghadapai pengecutan permintaan secara ketara. Sebilangan besar hotel akan terpaksa mengurangkan operasi mereka ataupun menutup buat sementara waktu kerana mereka tidak mendapat pelanggan.
Sektor pembuatan juga akan terjejas. Menurut Jabatan Statistik (StarBiz 11/4/2020), purata penggunaan isi rumah rakyat Malaysia menjunam dari RM6,317 sebulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke RM2,817 semasa PKP. Keadaan akan bertambah baik apabila PKP dilonggarkan tetapi besar kemungkinannya penggunaan isi rumah tidak akan kembali ke tahap pra-PKP sepanjang tahun ini. Di samping itu, banyak syarikat Malaysia yang eksport ke rangkaian global juga terjejas kerana pasaran luaran mereka tersekat akibat wabak COVID-19. Permintaan kasar di Amerika Syarikat dan di Eropah akan menurun secara mendadak kerana kehilangan pekerjaan yang sedang meningkat di rantau itu.
Kemelesetan ekonomi
Dunia sedang menuju ke arah kegawatan ekonomi yang serius – beberapa pakar meramalkan ini akan menjadi seburuk Zaman Meleset (Great Depression) pada tahun 1930-an. Adalah penting untuk kita di Malaysia membuat perancangan bagi menangani kemungkinan ini. Sekiranya kemelesetan ekonomi berlaku, sebahagian besar rakyat Malaysia akan menghadapi masalah-masalah yang berikut;
- Kehilangan kerja. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Dato’Sri Mustapa Mohamed mengumumkan bahawa Bank Negara meramalkan angka pengangguran boleh meningkat sehingga 1.8 juta orang dalam beberapa bulan akan datang. (The Star 8/5/2020). Pekerja yang kehilangan pekerjaan akan tetap menganggur selama berbulan-bulan kerana hanya ada sedikit pekerjaan baru yang dapat dijana daripada ekonomi yang sedang mengecut.
- Pengurangan pendapatan untuk perniagaan kecil (terdapat sekurang-kurangnya 700,000 keluarga dalam golongan ini) yang pasarannya terdiri daripada pekerja biasa. Apabila pendapatan agregat pekerja menurun, perniagaan kecil ini akan menghadapi kemerosotan dalam jumlah penjualan mereka kerana permintaan belian juga menguncup.
- Pengurangan pendapatan pekebun kecil yang menghasilkan getah dan kelapa sawit sekiranya harga komoditi-komoditi ini merosot (besar kemungkinannya akan berlaku).
- Banyak keluarga akan menghadapi masalah kewangan dan tidak dapat memenuhi keperluan asas – makanan, pembayaran sewa rumah, rawatan kesihatan, bil kemudahan asas dan sebagainya.
- Keluarga yang tinggal di premis yang disewa mungkin menghadapi pengusiran.
- Banyak hospital kerajaan akan menjadi sesak dan ini mungkin menyebabkan kelewatan dalam mendapatkan rawatan yang diperlukan.
Komuniti peniagaan besar dan sederhana juga akan menghadapi masalah pendapatan dan aliran tunai. Walaupun demikian, mereka mempunyai pelbagai persatuan yang sedang kuat membela kepentingan mereka. Hampir setiap hari kita dapat melihat kenyataan media daripada Datuk Shamsuddin Bardan, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), dan Datuk Michael Kang, Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, yang memperjuangkan hak bisnes dan majikan.
Namun, terdapat kekurangan liputan media mengenai masalah rakyat biasa, selain daripada kenyataan sekali-sekala daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan beberapa NGO kebajikan. Oleh itu, adalah amat perlu untuk mengetengahkan masalah dan keperluan rakyat biasa secara konsisten supaya mereka tidak tertinggal daripada program-program yang dilancarkan oleh kerajaan untuk mengawal kesan kegawatan ekonomi.
Inilah sebabnya PSM mengemukakan Kertas Posisi ini supaya memperincikan program nasional berdasarkan solidariti untuk mengatasi cabaran kesihatan dan ekonomi yang melanda dunia.
Malaysia tidak boleh bergantung pada strategi “menitis ke bawah” (trickle-down)
PSM percaya bahawa adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan keperluan asas semua penduduk Malaysia dipenuhi. Pihak kerajaan tidak boleh hanya menumpukan perhatian kepada menyelamatkan bank-bank dan perusahaan-perusahaan dengan anggapan bahawa syarikat-syarikat ini akan menyediakan pekerjaan dan perkhidmatan yang mencukupi untuk semua lapisan rakyat. Memandangkan pengecutan permintaan kasar secara teruk yang telahpun diakibatkan oleh krisis kegawatan waktu COVID-19, kami berpandangan bahawa Malaysia tidak boleh bergantung pada strategi memacu sektor swasta dengan harapan ia akan mengatasi semua gejala sosial yang dijana oleh krisis ini. Dalam krisis seperti ini, sistem pasaran gagal menjamin keperluan asas yang tidak bersandar kepada dengan kuasa beli. Wujudnya kemungkinan besar bahawa sebahagian keluarga di Malaysia tidak akan dapat memperolehi makanan, penginapan dan perkhidmatan kesihatan yang diperlukan mereka oleh kerana pendapatan mereka tidak mencukupi. Ini tidak boleh diterima!
Kami tidak membantah kerajaan membantu pihak bank dan perniagaan besar – kestabilan sistem kewangan kita adalah penting. Begitu juga dengan keperluan untuk menyelamatkan keupayaan produktif yang terdapat dalam syarikat-syarikat pembuatan kita.
Perkara yang kami tidak bersetuju adalah penyelesaian masalah rakyat melalui pendekatan ekonomi “menitis ke bawah” (trickle–down), iaitu mengharapkan bantuan dari atas kepada bisnes akan turun ke bawah untuk membantu rakyat. Kerajaan mestilah mencampurtangan dan menyediakan keperluan asas serta perkhidmatan penting dalam situasi di mana sebahagian besar rakyat kita tiada pendapatan yang mencukupi.
Oleh itu, PSM mengemukakan lapan tuntutan utama untuk memastikan keperluan asas semua rakyat Malaysia dipenuhi dalam krisis ini selaras dengan visi Pulih Negara Demi Rakyat. .
Tuntutan pertama: Meningkatkan jaminan makanan
Negara kita mengimport bahan makanan bernilai RM51 bilion pada tahun 2017. Jumlah itu ialah kira-kira 28% daripada jumlah perbelanjaan negara kita dalam makanan pada tahun itu. Tahap sara diri (TSD) Malaysia untuk beras hanya 70%. TSD makanan untuk beberapa makanan penting lain adalah lebih rendah lagi.
Jadual: Tahap TSD bagi pelbagai jenis makanan 2018
Beras – 68.7%
Sayur-sayuran – 44.6%
Buah-buahan – 78.4%
Daging lembu – 22.9%
Daging kambing – 10.9%
Susu cair – 61.3%
(Sumber: Kementerian Pertanian 2018)
Negara kita menghasilkan semua unggas, telur dan daging khinzir yang kita makan, tetapi sebenarnya bekalan ini pun tidak terjamin kerana lebih daripada 80% sumber makanan untuk ternakan kita (misalnya jagung bijirin yang digunakan untuk memberi makanan ternakan) adalah diimport.
Cadangan PSM
1. Meningkatkan pengeluaran beras
a/ Pada takat ini, 75% daripada subsidi untuk sektor padi adalah disalurkan melalui syarikat swasta yang membekalkan baja dan racun rumpai kepada pesawah. Tetapi ramai pesawah mengadu bahawa jenis dan kualiti bahan yang dibekalkan tidak sesuai untuk mereka. Syor daripada para pesawah adalah bantuan ini diberi dalam bentuk baucar yang boleh ditunaikan di mana-mana kedai baja dan racun oleh pesawah sendiri. Langkah ini akan menambahkan produktiviti pesawah tempatan.
b/ Pesawah sekarang dibayar RM1.56 setiap kg padi yang dibeli oleh kilang padi. Tetapi berat padi yang diguna untuk penghitungan adalah dikurangkan 20 hingga 25% beratnya kononnya untuk mengambil kira kandungan air dalam padi yang dibeli. Ada pesawah yang mengadu bahawa potongan ini (pemutuan) adalah terlalu besar. Kerajaan harus menyediakan satu perkhidmatan bebas (bebas daripada pengaruh pihak kilang dan juga BERNAS) yang boleh melakukan “pemeriksaan mengejut” (spot-check) supaya dapat mengawal satu prosedur yang mungkin akan mengurangkan pendapatan pesawah. Peranan BERNAS juga harus dinilai semula, kerana BERNAS lebih cenderung untuk membeli beras import yang lebih murah berbanding beras hasil pesawah tempatan untuk meningkatkan keuntungan.
c/ Pada takat ini, 36 sen daripada RM1.56 yang dibayar untuk setiap kg padi yang dibeli oleh kilang adalah subsidi daripada kerajaan (yang disalurkan kepada kilang melalui BERNAS). Subsidi ini harus ditingkatkan kepada RM0.80 sekg – ertinya padi dibeli daripada pesawah dengan harga RM2 sekg.
d/ 10% daripada tanah syarikat perladangan besar haruslah ditukar tanaman dan digunakan untuk menghasilkan padi dan jagung bijirin. (Pada masa ini, 8.6 juta hektar tanah, atau 26% daripada keluasan tanah Malaysia digunakan untuk pertanian – 6 juta hektar daripadanya adalah di bawah penanaman kelapa sawit dan 1 juta hektar lagi untuk getah. Padi ditanam di kawasan hanya seluas 700,000 hektar, sementara 900,000 hektar yang selebihnya adalah untuk semua usaha pertanian yang lain.) Kami membantah penebangan hutan yang sedia ada untuk mewujudkan kawasan pertanian baru (nota 1). Hutan-hutan kita harus dikekalkan. Sebahagian kawasan pertanian yang sedia ada harus diubah tanamannya dari tanaman komersial untuk dieksport kepada tanaman bahan-bahan makanan.
2. Petani sayur yang kecil dan penternak di tanah kerajaan harus diberi pajakan 20 tahun dengan syarat bahawa tanah itu harus digunakan secara eksklusif bagi pengeluaran makanan untuk masyarakat Malaysia. Pengusiran petani-petani ini perlu dihentikan. Sektor ini sering dihantui oleh lambakan sesuatu produk dan ini merugikan ratusan petani kecil. Satu sistem pemantauan terhadap keluasan kawasan yang ditanam setiap satu produk sayuran di seluruh Malaysia harus dilancarkan dan dipaparkan atas talian supaya petani dapat buat pilihan yang berdasarkan maklumat terkini untuk mengelakkan lambakan sesuatu sayur.
3. Pekebun kecil getah dan kelapa sawit harus didorong untuk mempelbagaikan usaha mereka menuju ke pengeluaran makanan – buah-buahan, kebun sayuran, pemeliharaan ikan, penternakan kambing dan lembu. Harga komoditi akan menjadi lembap untuk beberapa tahun akan datang. Oleh itu, kepelbagaian hasil pertanian adalah sesuatu yang masuk akal dari segi ekonomi. FAMA harus meningkatkan program-programnya untuk membantu dalam memasarkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dihasilkan oleh petani-petani ini. Petani-petani kecil ini juga memerlukan bantuan dalam mengendalikan kerosakan tanaman mereka oleh monyet, babi hutan dan gajah. Pengendalian masalah ini memerlukan modal yang besar.
4. Pencen untuk pesawah padi dan nelayan kita. Golongan ini sedang menghasilkan komoditi asas yang penting bagi kita selama ini, namun mereka adalah antara kumpulan yang termiskin dalam masyarakat kita. Sumbangan mereka harus diiktiraf dengan penggubalan skim pencen usia tua untuk semua pesawah padi dan nelayan tradisi – ini boleh bermula dengan RM 400 sebulan untuk mereka yang berumur 55 tahun ke atas.
5. Sumber perikanan laut kita sedang diancam oleh pencemaran alam, reklamasi pantai untuk projek hartatanah, pembinasaan kawasan paua bakau , perlombongan pasir laut dan pencerobohan kapal tunda. Kesemua ancaman ini terhadap sumber perikanan negara harus ditangani.
Tuntutan kedua: Skim Jaminan Pendapatan Asas
Terdapat 2 skim bantuan pengangguran di negara ini. Peraturan Kerja (Faedah- faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980 di bawah Akta Kerja (1955) mempertanggungjawabkan majikan untuk membayar pampasan kepada pekerjanya yang dibuang kerja berdasarkan jangka masa perkhidmatan mereka – pekerja yang berkhidmat lebih daripada 5 tahun harus diberi pampasan bersamaan dengan upah 20 hari untuk setiap tahun perkhidmatan, sementara pekerja yang berkhidmat kurang daripada 2 tahun hanya layak mendapat gaji 10 hari setara setiap tahun perkhidmatan mengikut undang-undang ini. Skim bantuan pengangguran yang kedua ialah Sistem Insurans Pekerjaan yang diuruskan oleh PERKESO. Skim ini memberikan 80% upah untuk bulan pertama setelah pemberhentian kerja, dikurangkan sehingga 30% upah untuk bulan ke-5 dan ke-6 dan kemudiannya diberhentikan.
Kedua-dua skim ini tidak mencukupi untuk melindungi pekerja yang menghadapi prospek pengangguran selama 12 hingga 18 bulan. Satu lagi kekurangan dalam 2 skim ini adalah mereka hanya melindungi 6.5 juta pekerja dalam sektor formal. Terdapatnya 2.5 juta pekerja lagi dalam sektor bukan formal yang dibayar gaji harian – mereka yang bekerja di restoran, tapak pembinaan, sebagai pekerja kontrak yang memunggah barang, penoreh getah kontrak, pembantu dalam perniagaan kecil dan juga gerai-gerai. Semua pekerja sektor tidak formal ini tidak dilindungi oleh kedua-dua skim yang sedia ada. Selain itu, wujudnya lebih kurang 1 juta peniaga mikro yang membuka gerai-gerai di tepi jalan, pasar malam dan sebagainya. Ramai antara mereka sedang mengalami keruntuhan besar dalam pendapatan harian mereka dan sebahagian daripada mereka memerlukan bantuan kewangan.
Cadangan PSM
1. Kerajaan harus melancarkan satu skim yang membantu semua keluarga dan individu yang pendapatan mereka tidak mencukupi untuk memperolehi keperluan asas. Skim ini harus dilaksanakan secepat mungkin di seluruh negara. Oleh itu, pelaksanaannya haruslah berdasarkan pada pangkalan data yang sudah ada dalam rekod kerajaan melalui pelaksanaan BR1M, Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
2. Pendapatan Asas Sejagat (UBI) yang diubahsuai (nota 2) ialah pilihan terbaik pada peringkat ini. Ciri-ciri skim Jaminan Pendapatan Asas yang kami cadangkan ialah:
– Bayaran RM1,000 sebulan untuk satu keluarga dan RM300 sebulan untuk dewasa bujang yang berumur 19 tahun ke atas. Tetapi keluarga yang mempunyai ayah atau ibu daripada mana-mana kategori berikut dikecualikan daripada skim ini:
- Semua yang kini bekerja dalam pekerjaan di mana majikan memberikan caruman PERKESO (mungkin sekitar 5.5 juta orang);
- Kakitangan kerajaan (1.6 juta orang);
- Semua pesara yang pencennya melebihi RM1,000 sebulan (800,000 orang – bagi mereka yang berpencen antara RM500 hingga RM1,000 sebulan harus ada skala yang bergeser);
- Semua yang membayar cukai pendapatan peribadi pada tahun 2019 – 1.8 juta orang
(Keluarga yang “dikecualikan” boleh merayu jika mereka merasakan mereka memang layak untuk skim ini.)
– Pembayaran di bawah Jaminan Pendapatan Asas haruslah dibuat kepada wanita isi rumah utntuk kes-kes penerima keluarga. Ibu tunggal yang mempunyai anak-anak sepatutnya dibayar mengikut kadar keluarga (RM1,000 sebulan) dan bukannya kadar bujang (RM300 sebulan).
3. Tujuan utama skim Jaminan Pendapatan Asas (JPA) adalah untuk memastikan semua penduduk Malaysia mendapat pendapatan yang mencukupi untuk memperolehi makanan dan barangan keperluan asas yang lain. Skim JPA ini harus diteruskan sehingga keluarga/individu dapat memperolehi pekerjaan baru atau menjana pendapatan yang mencukupi melalui perniagaan mereka.
Tuntutan ketiga: Subsidi sewa rumah
Kira-kira 25% keluarga di Malaysia tidak memiliki rumah sendiri tetapi tinggal di premis yang disewa dengan kadar sewa antara RM100 sebulan untuk rumah kayu setinggan hingga lebih daripada RM1,500 di beberapa pusat bandar kita. Sebilangan keluarga ini akan menghadapi masalah pembayaran sewa dan mungkin akan menghadapi pengusiran.
Cadangan PSM
1. Kerajaan harus melarang pengusiran keluarga keluar dari kediaman mereka atas sebab tidak dapat membayar sewa. Perjanjian penyewaan adalah satu bentuk kontrak dan untuk melarang pengusiran penyewa rumah secara efektif (dan masih tetap dalam peruntukan undang-undang), kerajaan harus memasukkan perjanjian penyewaan rumah sebagai salah satu kontrak yang diliputi dalam undang-undang yang ingin diperkenalkan oleh kerajaan bagi merangkumi bentuk tanggungjawab kontrak yang lain. (Undang-undang serupa ini telah digubal di Singapura – COVID–19 Temporary Measures Act 2020). Undang-undang baru ini juga harus menetapkan bahawa penyewa yang menghadapi masalah membayar sewa boleh merujuk perkara ini kepada Tribunal Sewa Perumahan untuk diselesaikan.
2. Tribunal Sewa Perumahan harus dibentuk di peringkat daerah bagi menetapkan bagaimana setiap kes sewaan harus diselesaikan berdasarkan prinsip berkongsi beban antara tiga pihak – penyewa rumah, tuan rumah dan kerajaan. Kaedahnya adalah seperti berikut –
a/ Penyewa perlu menunjukkan bahawa sumber pendapatannya telah menurun dengan ketara untuk mendapat bantuan di bawah skim ini. Penyewa akan diminta membayar sebahagian daripada sewa yang dipersetujuinya semasa menyewa rumah – kuantum boleh berkisar antara 0% jika penyewa sangat kekurangan pendapatan hingga 100% jika pendapatannya cukup besar.
b/ Kerajaan akan membayar sebahagian daripada sewa sehingga jumlah sumbangan kerajaan dan penyewa adalah 60% daripada sewa biasa yang dibayar (dengan had sumbangan kerajaan maksimum ialah RM600 sebulan).
c/ Tuan rumah dikehendaki memberi potongan 40% daripada jumlah sewa yang biasa diterima bagi kes-kes di mana bantuan kerajaan diperlukan.
3. Formula yang dijelaskan dalam perkara 2 di atas adalah untuk tuan rumah yang hanya mempunyai satu rumah untuk disewa kepada orang lain. Ini kerana adanya sesetengah orang yang melaburkan wang simpanan mereka di rumah kedua untuk memastikan mereka mempunyai sumber pendapatan selepas mereka bersara. Harapan mereka yang sah ini tidak patut dikompromikan terlalu banyak. Tetapi dalam kes di mana tuan rumah mempunyai lebih daripada satu rumah yang disewakan, maka tuan rumah harus setuju untuk potongan tambahan – mungkin meningkat sebanyak 10% untuk setiap rumah tambahan yang disewakan. (Perincian skim ini harus dikaji dengan melihat contoh yang ada di negara lain.)
4. Seharusnya ada mekanisme dalaman di mana pengaturan ini dikaji dari semasa ke semasa, dan subsidi ditarik apabila pendapatan penyewa bertambah baik dan dia tidak lagi memerlukannya.
Tuntutan keempat: Meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan dan kebajikan masyarakat
Sepanjang 2 bulan yang lepas, hospital kerajaan telah menangguhkan beberapa kaedah rawatan untuk kes-kes bukan COVID-19 kerana hospital-hospital awam perlu “berperang” dengan wabak COVID-19 dan adanya ketakutan yang nyata bahawa jika pembedahan dilakukan ke atas pesakit COVID-19 tanpa simptom! Oleh itu, sekarang kita mempunyai tunggakan kes-kes rawatan batu ginjal, batu empedu, prosedur sten jantung, pembedahan katarak dan banyak lagi (nota 3).
Selain itu, penurunan pendapatan yang disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan dan kemelesetan ekonomi bererti jumlah pesakit yang mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta sudah menurun. Mereka ini beralih pula ke hospital kerajaan. Hospital kerajaan yang pada masa-masa biasa pun sesak kini semakin teruk lagi.
Pada masa yang sama, peningkatan dalam kes keganasan rumahtangga adalah amat membimbangkan. Tekanan ekonomi dan stres dalam kalangan masyarakat menjadi penyebab ke peningkatan kes-kes di hospital kerajaan.
Cadangan PSM
1. Kementerian Kesihatan harus mengeluarkan protokol yang memastikan keselamatan pesakit dan pasukan perubatan bagi rawatan invasif bukan kecemasan. Protokol ini boleh merangkumi ciri-ciri berikut:
- Mengehadkan pembedahan dan prosedur bukan kecemasan kepada pesakit yang berasal dari daerah yang tidak mempunyai kes baru COVID-19 dalan 3 minggu sebelumnya.
- Ujian saringan penuh – baik untuk RNA COVID-19 atau antibodi anti-COVID-19 – bagi semua pesakit yang memerlukan prosedur ataupun pembedahan bukan kecemasan.
- Kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang mencukupi bagi pasukan perubatan yang melakukan prosedur atau pembedahan.
2. Naiktaraf hospital daerah untuk membolehkan pelaksanaan pembedahan dan rawatan. Buat masa ini, dewan bedah di hospital-hospital daerah tidak digunakan untuk pembedahan kerana tiada pakar bius ditempatkan di situ. Pada masa ini, pakar bius di hospital swasta tiada kerja seperti biasa kerana bilangan pesakit yang sanggup bayar untuk rawatan swasta telah mengecut akibat kegawatan ekonomi. Kerajaan harus melancarkan satu skim untuk menempatkan pakar bius swasta di hospital-hospital daerah supaya dapat membuka dewan pembedahan di situ dan mengurangkan kes-kes pembedahan yang tertangguh di hospital kerajaan.
3. Meningkatkan bantuan kewangan untuk peralatan perubatan yang perlu dibeli oleh pesakit di hospital kerajaan seperti kanta untuk kes-kes katarak, skru dan kepingan logam untuk pembedahan ortopedik dan sebagainya.
Cadangan-cadangan ini memerlukan penambahan peruntukan bagi Kementerian Kesihatan dari RM31.3 billion sekarang menjadi sekurang-kurangnya RM36 billion.
4. Jabatan Kebajikan Masyarakat harus membuka talian 24 jam supaya mangsa keganasan rumahtangga boleh mendapat nasihat dan bantuan. Perkhidmatan kaunseling harus ditawarkandan undang-undang harus digubal supaya mahkamah mempunyai kuasa untuk mengarahkan pasangan suami-isteri supaya menghadiri beberapa sesi kaunseling jika berlakunya insiden keganasan rumahtangga dalam keluarga mereka.
Tuntutan kelima: Menjamin keselamatan awam
Dengan kelonggaran pada Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai sedang keluar dengan lebih kerap ke ruang-ruang awam. Pihak Berkuasa Tempatan seharusnya memainkan peranan untuk memastikan garis panduan kesihatan dipatuhi seperti:
- Penjarakan fizikal dalam kalangan pengunjung premis perniagaan
- Pemakaian pelitup muka
- Pengasingan sendiri apabila mengalami demam atau batuk atau sakit tekak.
Cadangan PSM
1. Tahap pergerakan yang dibenarkan dalam satu-satu daerah mestilah berdasarkan pada kod warna daerah tersebut (nota 4). Daerah dalam zon hijau yang mana tiada kes baru COVID-19 untuk 3 minggu kebelakangan boleh diberi lebih kebebasan. Sebaliknya, daerah yang dalam zon merah pula yang mempunyai lebih daripada sebilangan kes dalam tempoh yang sama pula, mestilah mempunyai kawalan yang lebih ketat. (Jumlah kes sebenar untuk mengklasifikasikan daerah kepada 3 atau 4 kategori perlu ditetapkan oleh satu jawatankuasa teknikal). Kita memang perlu membuka kembali aktiviti ekonomi, tetapi pada masa yang sama, kita perlu pastikan ianya adalah dalam keadaan yang selamat.
2. Pegawai Majlis Tempatan mestilah digerakkan untuk memantau orang ramai di pasar, pasar malam dan pasaraya untuk memastikan penjarakan fizikal dipatuhi. Pegawai-pegawai ini mestilah dibekalkan dengan termometer inframerah untuk mengesan suhu badan pengunjung pasar. Lebih baik lagi sekiranya mereka dilengkapi dengan visor inframerah yang akan membolehkan mereka untuk menyaring tanpa mengganggu pergerakan orang ramai.
3. Pengawalan wabak COVID-19 di Malaysia amat memerlukan kerjasama dan kepercayaan daripada 6 juta orang pekerja migran yang berada di dalam negara kita. Mereka mesti tampil ke depan untuk disaring apabila mempunyai gejala. Mereka juga mestilah bersedia untuk mendedahkan butiran tentang di mana mereka tinggal supaya pegawai Kementerian Kesihatan boleh melakukan pengesanan kontak. Kontak juga mesti bersedia untuk tinggal di pusat kuarantin yang disediakan untuk tempoh masa dua minggu.
Tahap kerjasama mereka sebegini memerlukan satu moratorium dari segi penangkapan, penahanan dan hukuman/penghantaran pulang atas kesalahan imigresen. Mengambil langkah yang kasar akan menyebabkan mereka mencari jalan untuk mengelakkan diri daripada terserempak dengan agensi kerajaan, termasuk pegawai kesihatan, dan ini tentunya akan mengganggu proses pengawalan COVID-19. Tambahan kepada itu juga, dasar untuk mencaj mereka dengan bayaran tambahan di hospital dan klinik kerajaan juga perlu diketepikan buat masa ini. Kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia bergantung kepada bagaimana kita menangani populasi pekerja migran ini.
Tuntutan keenam: Mengambilalih kilang-kilang yang tutup
Imperial Garment, sebuah kilang tekstil di Tasek, Ipoh, telah memaklumkan kepada pekerjanya yang seramai 14,000 orang bahawa kilang tersebut akan ditutup. Pemiliknya, TAL Group yang berpangkalan di Hong Kong, mengaitkan keputusan ini dengan pengurangan tempahan dan juga persaingan dengan pesaing yang beroperasi di lokasi yang mempunyai kos lebih murah. Kilang ini sepatutnya diambilalih oleh kerajaan dan digunakan untuk menghasilkan pakaian PPE dan juga pelitup muka. Jika ianya mempunyai kapasiti yang mencukupi, kita juga boleh membekalkan PPE kepada negara-negara jiran pada harga subsidi (dan mungkin juga kepada negara miskin seperti negara di Afrika).
Cadangan PSM
1. Kilang-kilang yang mengeluarkan barangan keperluan atau boleh diubahsuai untuk mengeluarkan produk yang diperlukan untuk melawan COVID–19 (seperti thermometer inframerah, visor, peralatan ujian COVID-19 dan sebagainya) perlu diambilalih oleh kerajaan supaya ianya boleh digunakan untuk mengeluarkan barangan keperluan ini.
2. Kerajaan mengambilalih kilang strategik yang ditutup. Pengurusan kilang-kilang ini boleh diambilalih dan direformasikan pengurusannya agar melibatkan para pekerjanya dalam proses pengurusan. Kerajaan mesti menyediakan kemudahan seperti pinjaman dengan kadar bunga yang rendah dan menjamin pembelian sekurang-kurangnya sebahagian daripada produk yang dihasilkan oleh kilang yang diuruskan pekerja demi menyokong jualan produk mereka.
3. Mesti juga mengenakan syarat bahawa sekurang-kurangnya 80% tenaga kerja adalah warganegara Malaysia.
4. Satu agensi bebas perlu dibentuk untuk mengawalselia kilang-kilang yang diamblialih melalui skim ini dan prestasi syarikat mestilah dipaparkan untuk tatapan umum pada setiap suku tahun. Kilang-kilang dengan prestasi yang lemah perlu diambil tindakan seperti perubahan pengurusan.
Tuntutan ketujuh: Memperuntukkan semula sumber negara untuk mencapai sasaran hijau
Kemelesetan ekonomi akan mengakibatkan kapasiti industri tidak terpakai. Sebagai contoh, sektor pembinaan dan rantaian bekalannya akan menghadapi permintaan yang rendah dan akan mempunyai kapasiti yang berlebihan.
Cadangan PSM (nota 5)
1. Menggunakan kapasiti yang lebih ini untuk menangani masalah bekalan perumahan yang tidak mencukupi dengan membina 200 buah rumah teres atau rumah pangsa kos rendah di setiap daerah di dalam negara kita. Unit-unit rumah ini harus disewakan pada kadar rendah kepada keluarga muda dan juga mereka yang tidak mempunyai rumah sendiri. (200 x 222 kawasan parlimen = 44,400 unit semuanya. Satu jumlah yang tidak terlalu tinggi untuk permulaan usaha ini.)
2. Dalam kaedah yang sama, sebahagian daripada kapasiti yang berlebihan itu harus digunakan untuk membersihkan dan memperbaiki rumah pangsa kos rendah yang telah terlalu usang – memperbaiki lif, pemegang tangga, taman permainan, dan mengecat semula bangunan.
3. Hanya 10 daripada170 kawasan tambakan yang digunakan untuk buangan sisa domestik diklasifikasikan sebagai “sanitari”. Kapasiti yang berlebihan dalam sektor pembinaan boleh dipakai untuk membina sitem kitar semula sisa buangan “sanitari” bersepadu yang lebih teratur di setiap daerah di negara kita.
4. Bolehkah juga kita menanam semula pokok-pokok di hutan dan membersihkan sungai yang tercemar? Ada beribu-ribu orang yang menganggur. Gunakan tenaga dan kemahiran mereka untuk memulihkan sungai dan hutan kita!
5. Satu perkara lain yang boleh dilaksanakan adalah memperkenalkan satu skim di mana agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan menyewa bahagian bumbung rumah kos rendah dan memasang panel solar. Skim ini boleh membantu dalam menjana pendapatan kepada keluarga yang menduduki rumah-rumah berkenaan di samping menambahkan pengeluaran tenaga boleh diperbaharui di negara kita.
Idea di sebalik program-program yang disimpulkan di atas adalah untuk membekalkan barangan dan perkhidmatan yang amat diperlukan oleh masyarakat kita dan pemuliharaan alam sekitar. Program-program ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada puluhan ribu rakyat Malaysia yang kehilangan kerja. Program ini juga akan mewujudkan permintaan dalam pasaran domestik dan gaji yang dibayar kepada pekerja yang diambil akan mewujudkan permintaan yang lebih segar untuk perniaga-perniaga kecil di pasar-pasar di seluruh negara kita. Ini akan menghentikan graf kemelesetan dan memulakan semula ekonomi menuju ke arah pemulihan.
Pihak kerajaan perlu berbincang dengan para pakar dalam bidang-bidang yang terlibat dan juga mendapatkan pandangan masyarakat untuk memastikan kefahaman menyeluruh tentang skim-skim ini agar hasilnya dapat dicapai sepertimana kita kehendaki. Ketelusan dalam penganugerahan kontrak dan sistem pemantauan yang teratur perlu diwujudkan supaya penyelewengan dikurangkan ke kadar serendah yang boleh.
Syor menggunakan kapasiti berlebihan untuk mencapai sasaran sosial dan hijau adalah realistik, dan berpotensi menjadikan Malaysia lebih adil dan mampan, tetapi memerlukan perbincangan terperinci sebelum boleh dilaksanakan.
Tuntutan kelapan: Mendukung hak asasi manusia dan penyertaan demokratik
Terdapat kecenderungan dalam kepimpinan hari ini untuk condong kepada autoritarianisme. Ini mengakibatkan penangkapan dan pemenjaraan mereka yang tidak mematuhi PKP, siasatan polis terhadap wartawan yang mendedahkan kesilapan kerajaan, dan dalam keadaan terkini di mana 147 orang pekerja asing melarikan diri dari pusat kuarantin (Star 7/5/20) setelah ujian terhadap mereka dilakukan (kerana mereka mendengar bahawa pihak imigresen sedang dalam perjalanan untuk memeriksa dokumen mereka). Jadi, apa yang kita perlu lakukan sekarang jika ujian itu menunjukkan keputusan yang positif? Kita perlukan kerjasama semua orang termasuk rakyat Malaysia dan juga 6 juta orang pekerja migran untuk menangani cabaran COVID-19 ini.
Cadangan PSM
1. Kerajaan harus membuka ruang supaya orang awam dapat memberi maklumbalas terhadap langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah COVID-19 dan masalah kegawatan ekonomi. Maklumbalas ini akan membantu kerajaan dalam mengubahsuai program tersebut supaya lebih tepat dan berkesan. Untuk membolehkan penglibatan rakyat umum, transparensi untuk terma kontrak-kontrak yang dikeluarkan adalah amat penting. Ini akan membuka ruang untuk rakyat umum mengadu kepada kerajaan sekiranya ada projek yang tidak mengikut spesifikasi. Kerajaan perlu mewujudkan sistem ombudsman yang mana orang awam boleh membuat aduan sekiranya mereka rasa tindakan pihak polis atau mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa adalah terlampau. Sistem ombudsman ini juga perlu mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menghadapkan agensi penguatkuasa ke satu sesi pendengaran untuk menentusahihkan aduan tersebut.
2. Kerajaan perlu mengumumkan satu moratorium penguatkuasaan imigresen bagi tempoh satu tahun akan datang. Malangnya, pihak berkuasa kelihatan membisu walaupun perkara ini telah banyak kali disuarakan oleh NGO dan juga aktivis masyarakat supaya moratorium seperti disebut di atas diisytiharkan.
3. Langkah yang perlu diambil untuk mewujudkan jaminan bahawa aplikasi pengesanan yang dipromosikan oleh kerajaan adalah sekadar langkah sementara yang akan dihentikan apabila wabak COVID-19 berada di bawah Sistem pengesanan digital tidak seharusnya dijelmakan ke dalam satu bentuk pemantauan berterusan terhadap ahli-ahli politik pembangkang atau aktivis-aktivis dan wartawan-wartawan yang mempunyai pandangan berbeza dengan kerajaan.
4. Sistem “semak dan imbang” (check and balance) yang telah disebut beberapa kali dalam kertas cadangan ini, memerlukan khidmat nasihat dan juga penglibatan pemimpin tempatan untuk melaksanakan dan juga menilai pelbagai program yang telah dinyatakan. Penyertaan daripada orang ramai juga dianggap sebagi salah satu daripada cara yang berkesan untuk mengelakkan terlalu banyak pembaziran yang disebabkan nepotisme, kronisme dan korupsi.
Anggaran dana untuk 8 Tuntutan Kempen
1. Tuntutan pertama: Meningkatkan jaminan keselamatan makanan
Cadangan | Kos kepada Kerajaan Persekutuan |
Menuntut agar syarikat perladangan memperuntukkan 10% daripada tanah yang dimiliki untuk mengusahakan pertanian seperti padi dan jagung.
|
Tiada kos tambahan |
Pajakan tanah kerajaan selama 20 tahun untuk tujuan pertanian dan penternakan. |
Tiada kos tambahan. Dapat menjana pendapatan untuk Kerajaan Negeri.
|
Menggalakkan pekebun kecil getah dan kelapa sawit untuk turut mengusahakan tanah mereka dalam bidang pertanian makanan agar membantu meningkatkan bekalan makanan.
|
Tiada kos tambahan |
Skim pencen tua bagi pesawah padi |
RM192 juta setiap tahuna
|
a. Atas jangkaan hanya 25% daripada pesawah padi yang memenuhi syarat untuk skim pencen pada tahun 2020: – 40,000 pesawah padi x RM400 sebulan x 12 bulan = RM192,000
2. Tuntutan Kedua: Skim UBI (yang diubahsuaikan)
Berdasarkan jangkaan 2 juta keluarga akan memerlukan bantuan ini : –
2 juta x RM1000 sebulan x 12 bulan = RM24 billion setahun
3. Tuntutan ketiga: Skim subsidi sewa rumah
Cadangan | Anggaran Kos |
Kerjaaan kena membayar subsidi sewa rumah bulanan bagi penyewa yang tidak sanggup membayar sewa penuh. |
RM 2.25 billion setiap tahunb
|
b. Berdasarkan anggaran
- 625,000 keluarga akan memerlukan bantuan ini
- purata sewa bulanan keluarga-keluarga ini adalah sebanyak RM600
- pihak kerajaan perlu menampung 50% daripada sewa bulanan: – 625,000 keluarga x RM300/sebulan x 12 bulan = RM2.25 billion setahun
4. Tuntutan keempat: Meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan
Semua saranan yang dikemukakan memerlukan penambahan dalam belanjawan Kementerian Kesihatan daripada peruntukan semasa bernilai RM31.5 billion ke RM36 billion. Jumlah pernambahan dalam belanjawan adalah sebanyak RM4.5 billion.
5. Tuntutan kempen kelima: Memastikan keselamatan golongan awam
Cadangan |
Anggaran Kos |
Pelaksanaan kod warna bagi daerah untuk menentukan jenis aktiviti yang dibenarkan
|
Tiada kos tambahan |
Memantau tempat awam menggunakan termometer inframerah
|
RM 44 jutac
|
Moratorium terhadap kesalahan imigresen |
Ini boleh mengurangkan kos dalam pemenjaraan dan tindakan di mahkamah
|
Rawatan pekerja migran di hospital kerajaan dengan caj yang dinikmati oleh warganegara Malaysia
|
RM 0.8 billiond
|
c. Atas jangkaan kos termometer inframerah adalah RM200,000 untuk setiap Kawasan Parlimen: – 222 kawasan parlimen x RM200,000 = RM44,400,000.
d. Peruntukan untuk perkhidmatan hospital dalam Belanjawan 2020 adalah RM14.221 billion. Ini merangkumi kos merawat 32 juta orang penduduk Malaysia. Jika diagih mengikut per kapita,ianya adalah RM444 seorang setahun. Oleh kerana hampir semua pekerja migran adalah dalam lingkungan umur antara 20 dan 55 tahun, mereka memerlukan perkhidmatan kesihatan pada kadar 0.3 per kapita jika dibandingkanpopulasi Malaysia (yang dalam kalangannya mempunyai ramai penduduk muda dan tua): – 0.3 x 6 juta x RM444 = RM799 juta setahun.
(Harus diingatkan bahawa hasil pungutan levi pekerja migran adalah lebih kurang RM3 billion setiap tahun. Pihak mana yang memberi subsidi dan pihak mana yang menerima sebenarnya?)
6. Tuntutan Keenam: Mengambilalih kilang-kilang yang ingin ditutup
Usaha pemerolehan aset syarikat swasta haruslah dilaksanakan secara adil dan boleh mengambil contoh daripada Akta Pengambilan Tanah. Mengikut Akta ini, harga pasaran tanah dinilai secara profesional dan kerajaan membayar harga tersebut kepada tuan tanah. Ada juga peruntukan dalam Akta ini yang memberi kuasa kepada tuan tanah untuk mempertikaikan penilaian pihak kerajaan di mahkamah jika mereka rasa tawaran harga bagi tanah berkenaan adalah terlalu rendah.
Kaedah ini harus dimaktubkan dalam sebuah Akta yang serupa supaya nilai bangunan dan jentera dalam kilang yang ingin ditutup dapat ditentukan oleh penilai bertauliah dan jumlah itu dibayar kepada pemilik kilang.
Kami tidak mempunyai data terhadap kilang-kilang yang ingin ditutup oleh pemilik dan oleh itu tidak dapat memberi anggaran kos untuk melaksanakan tuntutan ini. Namun, kami memberi jangkaan kos RM3 billion sebagai satu jangkaan hipotesis buat masa ini.
7. Tuntutan ketujuh: Menggunakan kapasiti masyarakat untuk mencapai matlamat sosial dan memulihkan alam sekitar
Cadangan |
Anggaran kos |
Membina 200 rumah kos rendah di setiap kawasan parlimen
|
RM 3.1 billione |
Majlis Tempatan mengambilalih pengurusan rumah pangsa kos rendah dan melaksanakan kerja pembaikan dan pemulihan semua rumah pangsa kos rendah.
|
RM 0.5 billionf |
Membaiki perkhidmatan pelupusan sampah di seluruh Malaysia
|
RM 1 billiong |
Program penghutanan1 semula
|
RM 1 billionh |
Memasang panel solar untuk 200 unit rumah di setiap Kawasan Parlimen
|
RM 1.33 billioni |
e. 222 kawasan x 200 rumah x RM70,000 per unit = RM3.108 billion (Jika skim ini boleh mengupah sesetengah pekerja di bawah Skim Jaminan Pendapatan Asas, maka pihak kerajaan boleh menjimatkan kos perbelanjaan itu)
f. Ini adalah satu anggaran sahaja. Perlu memastikan kerja-kerja pemulihan yang harus dilaksanakan. Kita telah memperuntukkan RM500 juta sebagai nilai awalan untuk memulakan kerja-kerja ini. Namun, seperti perbelanjaan yang lain, ketelusan dan pengawasan adalah amat penting!!!
g. Lab Pengurusan Sisa Pepejal di bawah Pemandu pada 2015 telah mencadangkan untuk membentuk 23 perkhidmatan Tapak Pelupusan Sanitari, setiapnya dihubungkan ke rangkaian Stesen Pertukaran. Mengikut pelan Lab, sisa pejejal isi rumah harus diasingkan di punca mengikut sisa dapur dan lain-lain. Bio-metana daripada sisa dapur digunakan untuk menjana elektrik, manakala sisa bukan dapur dikitar semula dan hanya sedikit (umpamanya produk plastik) perlu dilupuskan. Peruntukan RM1 billion tidak mencukupi untuk semua yang dicadangkan oleh Lab Sisa Pepejal 2015 tetapi dana ini boleh memulakan usaha ini.
h. Malaysia mempunyai keluasan tanah sebanyak 33 juta hektar. Dari keluasan ini,15% adalah hutan dara dan 38% atau 12.5 juta hektar tanah adalah hutan yang telahpun dibalak. Jika diandaikan ia mengambil RM60,000 untuk penghutanan semula satu hektar tanah, maka RM1 billion boleh memulakan pemulihan 200,000 hektar tanah melalui penghutanan semula.
i. Atas anggaran kos panel solar adalah RM33,000 untuk tiap satu rumah: – RM 33,000 x 200 buah rumah x 222 kawasan Parlimen = RM1.33 billion
8. Tuntutan kelapan: Mendukung hak asasi manusia dan penyertaan demokratik
Cadangan | Kos |
Wujudkan sistem ombudsman untuk menerima aduan rakyat terhadap agensi kerajaan yang bersikap keras. |
Tiada kos tambahan jika BPA dapat diperkasakan
|
Memastikan pemantauan digital untuk mengawal wabak COVID-19 tidak dikekalkan sebagai sistem mengintip ahli politik pembangkang, NGO dan wartawan.
|
Tiada kos tambahan |
Menyertakan pemimpin tempatan dalam pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program-program untuk kebajikan rakyat. |
Tiada kos tambahan
|
Jumlah dana untuk melaksanakan Tuntutan 1 hingga 8
Cadangan |
Kos |
Skim pencen tua bagi pesawah padi |
RM 192 juta setahun |
Skim Jaminan Pendapatan Asas
|
(RM 24 bilion setahun) RM 14 bilion untuk 7 bulan |
Skim Subsidi Sewa Rumah
|
(RM 2.25 bilion setahun) RM 1.3 bilion untuk 7 bulan |
Memperkasakan Sistem Kesihatan Umum |
RM 4.5 bilion |
Menjamin keselamatan orang awam Termometer inframerah Rawatan perubatan untuk pekerja migran |
RM 44 juta RM 0.8 bilion |
Mengambilalih kilang-kilang yang ingin tutup |
RM 3 bilion |
Projek sosial dan untuk memulihkan alam sekitar Pembina 44,400 rumah kos rendah Projek-projek membaiki rumah pangsa kos rendah Memantapkan perkhidmatan pelupusan sampah Memulihkan hutan yang telah dibalak Program memasang panel solar
|
RM 3.1 bilion RM 0.5 bilion RM 1 bilion RM 1 bilion RM 1.4 bilion |
Jumlah (Mei hingga Disember 2020) |
RM 30.84 bilion |
RM31 bilion bukan satu jumlah yang kecil. Tetapi ia juga bukan satu jumlah yang “tidak masuk akal”! Jika dibanding dengan jumlah peruntukan yang telahpun diluluskan dalam 5 bulan yang lalu untuk program-program penajaan ekonomi, kita dapat memerhati bahawa –
a. Belanjawan Persekutuan 2020 yang diluluskan pada bulan Disember 2019 mengandungi anggaran seperti berikut:
Pendapatan kerajaan bagi tahun 2020 RM 244.53 bilion (nota 6)
Perbelanjaan bagi tahun 2020 RM 296.25 billon
Defisit Kerajaan untuk 2020 RM 51.72 bilion (3.2% KDNK)
(Public Finances Statistics)
b. Pakej rangsangan ekonomi RM20 bilion yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir pada 27 Februari 2020:
- Mengandungi perbelanjaan langsung Kerajaan Persekutuan sebanyak RM3.23 bilion
c. Pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin pada 27 Mac 2020:
– Perbelanjaan langsung Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM25 billion.
- Kementerian Kesihatan RM 1.5 bilion
- Elaun khas barisan hadapan (frontliner)
- Bantuan Prihatin Nasional RM 10.1 bilion
- Pelajar dalam kolej dan universiti RM 0.27 bilion
- Diskaun TNB RM 0.5 bilion
- Bayaran kepada kakutangan kerajaan RM 0.75 bilion
- Bayaran kepada pesara RM 0.425 bilion
- Sektor pertanian RM 0.164 bilion
- Skim subsidi gaji 3 bulan RM 5.9 bilion
- Pemandu E–hailing RM 0.06 bilion
- Pekerja kontrak di sekolah RM 0.11 bilion
- Penambahan dana pinjaman bagi SME RM 4.5 bilion
Jumlah RM24.3 bilion
d. Pakej Tambahan yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin pada 6 April 2020 :-
Perbelanjaan langsung Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 9.8 bilion, iaitu
- jumlah tambahan sebanyak RM 7.7 bilion untuk skim subsidi upah
- RM 2.1 bilion untuk 700,000 perniagaan mikro
Jumlah keseluruhannya perbelanjaan kerajaan untuk merangsang ekonomi sehingga sekarang adalah RM 38 bilion (3.23b + 25b + 9.8b). Sebelum ini pun, defisit perbelanjaan persekutuan adalah dianggarkan sebesar RM52 bilion untuk tahun 2020. Kita harus mengingatkan diri bahawa anggaran defisit ini adalah berdasarkan pada situasi ekonomi yang biasa di mana harga minyak petroleum adalah lebih kurang USD 60 setong sepanjang 2020. Selain itu, kegawatan ekonomi yang sedang berlaku akan mengurangkan pengutipan cukai korporat dan cukai individu secara mendadak. Oleh itu, pendapatan kerajaan untuk tahun 2020 tidak akan mencapai sasaran RM244.5 bilion seperti yang dianggarkan pada bulan Disember 2019. Sekiranya kita menganggap bahawa pendapatan Kerajaan akan menurun sekitar 20%, maka jumlah defisit keseluruhan pada ketika ini adalah
Defisit dianggarkan pada Disember 2019 RM 52 bilion
3 Pakej Rangsangan RM38 bilion
Kekurangan pendapatan dalam Kerajaan Perseketuan RM 49 bilion
Jumlah Defisit RM139 bilion
Ini bersamaan dengan 8.6% daripada KDNK dengan anggapan bahawa KDNK kekal pada RM1,616 bilion (tetapi KDNK hampir pasti lebih kecil daripada itu. Maka defisit ini akan lebih daripada 8.6%.) Sekarang PSM pula mencadangkan untuk menambah defisit sebanyak RM32 bilion lagi dan menambahkannya ke RM171 bilion! Dari mana wang itu akan diperolehi?
Sumber Hasil Kerajaan yang Biasa (nota 6)
Pendapatan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2019 berasal dari sumber-sumber berikut:
Cukai langsung RM135.6 bilion
- Korporat RM70.8 bilion
- Individu RM35.2 bilion
- Petroleum` RM17.9 bilion
- Lain-lain RM11.7 bilion
Cukai Tidak Langsung RM44.4 bilion
- Cukai Jualan RM15.5 bilion
- Cukai Perkhidmatan RM11.3 bilion
- Eksais RM10.5 bilion
- Lain-lain RM7.0 bilion
Royalti Petroleum RM35 bilion
Hasil Bukan Cukai Lain-lain RM48.3 bilion
Pinjaman Baru RM51.9 bilion
Jumlah Pendapatan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2019 = RM315 bilion
CADANGAN PSM untuk SUMBER TAMBAHAN DANA PERSEKUTUAN
1. Potongan belanjawan operasi 10% semua Kementerian
Kita boleh memilih untuk mengurangkan Belanjawan Operasi kita (dianggar sebanyak RM244 bilion dalam Belanjawan 2020) pada sekitar 10%. Semua Kementerian kecuali Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri boleh diminta mengkaji balik anggaran operasi mereka dan mengurangkannya sehingga 10%. Kaedah ini telah dilakukan semasa kemelesetan ekonomi tahun 1986-1987 dan sekali lagi semasa krisis ekonomi 1998-1999. Usaha ini akan menjimatkan RM20 bilion atau lebih.
2. Cukai Kekayaan – cukai individu yang terkaya di Malaysia
Kita tidak ada cukai kekayaan di Malaysia sehingga sekarang. Cukai negara kita adalah dikenakan ke atas pendapatan semasa sahaja. PSM mencadangkan satu cukai baru ke atas kekayaan individu dengan aset yang melebihi RM1 bilion. Hanya 50 individu di Malaysia yang memiliki aset berjumlah RM1 bilion ke atas. Aset mereka merangkumi wang tunai, deposit bank, saham, aset tetap, kereta peribadi, harta tanah, barangan emas dan rumah-rumah. Golongan terkaya ini harus dicukai dengan kadar 2% untuk mereka yang memiliki aset bernilai antara RM1 bilion hingga ke RM2 bilion. Kadar cukai kekayaan harus ditingkatkan secara berperingkat ke 10% untuk mereka yang memiliki RM30 bilion ke atas.
Ini akan menghasilkan sekitar RM20 bilion setahun daripada golongan hartawan di negara kita seperti dipamerkan dalam jadual yang berikut.
No | Nilai Kekayaan (RM) | % Cukai | Kekayaan dalam RM (USD) | Hasil cukai |
1 | 1 bil – 2bil
|
2% | YawTS – 2bil (480j)
Desmond Lim- 2 bil (470j) Patrick Grove- 2 bil (465j) Kong CS- 1.82b (420j) Azman Hashim – 1.77b (410j) Mohd Abd Karim – 1.75b (405j) OngLH – 1.58b (365j) Abd Kadir Sahib- 1.56b (360j) LohKC – 1.54b (355j) Wong TS- 1.47b (340j) Tong Fern– 1.45b (335j) Wen Chiu Chi – 1.41b (325j) Kamarudin M – 1.36b (315j) Wong TS- 1.34b (310m) Mokh Mahatir – 1.32b ( 304j ) GooiSL – 1.25b (290j) Chu JW- 1.21b (280j) Kong PL – 1.2b (275j) Yong PC- 1.15b (265j) OhKE – 1.10b ( 255j)
|
Jumlah
488 juta |
2.1b- 5b | 4% | Cheah CH – 2.58b (595j)
GohPO – 2.6b (600j) LimHW – 2.65b (610j) Ahmayudina – 2.7b (620j) Danny Tan- 2.8b (665j) SyedAzmanSIB – 2.9b (675j) Vincent Tan- 3.25b (750j) Lim Kang H- 3.32b (765j) Lee oi – 3.62b (835j) David Kong- 3.9b (900j) Ninian Mogan – 4.2b (970j) Ngau BK- 4.23b (975j) Tiong Hiew- 4.23b (976j) Surin Opat – 4.25b (980j) Gnanalingam – 4,34b (1b )
|
Jumlah 1.46 bilion |
|
5b-10b | 6% | Lim Wee Chai – 5.8b (1.35b)
Syed Mokhtar – 6.07b (1.4b) Jeffreey Cheah – 6.3b (1.45b) Francis Yeoh – 7.4b (1.7b) Lau Cho Kun- 9.9 b (2.3b)
|
Jumlah
1.62 bilion |
|
10.1b-30b | 8% | Kuan Kam Hon- 12.1b (2.8b)
Koon PK- 13b (3b) Lim Kok Thay – 13.9b (3.2b) Lee Yeow Chor – 20.8b (4.8b) The Hong Piow – 21b (4.85b) Chen Lip Keong -23b (5. 3b) Ananda k- 25.6b (5.9b)
|
Jumlah
8.95 bilion |
|
30b-50b | 10% | Quek LC – 42.1b (9.7b)
Robert Kuok – 49.9b (11.5b) |
Jumlah
8 bil |
|
JUMLAH KESELURUHAN | 20.52 bilion |
Anggaran kekayaan berdasarkan senarai Forbes
3. Mengatasi masalah pengelakan cukai
Syarikat multinasional dan juga golongan hartawan sedang pakai kepakaran akauntan mereka untuk mengelak daripada membayar cukai. Ini merupakan penipuan rakyat pada skala yang besar. Satu antara kaedah yang mereka guna adalah kaedah “perhargaan pindahan” (transfer pricing) di mana barangan yang mereka jual kepada anak syarikat mereka yang bertapak di wilayah kadar cukai rendah dijual dengan harga yang terlalu rendah supaya apabila barangan itu dijual kepada negara barat dengan harga sebenarnya, untung jualan itu masuk ke dalam akaun anak syarikat dan tidak dikenakan cukai Malaysia walaupun barangan itu dibuat di Malaysia. Kita perlu bekerjasama dengan negara-negara lain secara multilateral untuk menyekat amalan ini. Tempat berlindung cukai (tax haven) harus dikawal dan undang-undang baru harus digubal dalam sistem Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) untuk mengurangkan penipuan cukai yang berleluasa sekarang.
Kita juga perlu memperkenalkan cukai ke atas urus niaga kewangan serta langkah-langkah lain untuk memastikan bahawa syarikat dan individu terkaya membayar cukai yang harus dibayar mereka. Tetapi usaha ini akan mengambil masa bertahun-tahun kerana kita kena mengatasi aspek-aspek terburuk daripada liberalisasi peraturan kewangan yang telah berlaku di bawah WTO dan perjanjian-perjanjian perdagangan bebas selama 40 tahun yang lalu. Usaha ini memerlukan pembinaan gabungan antarabangsa negara-negara Dunia Ketiga dan pergerakan Cukai Adil di Dunia Barat. Ini adalah satu strategi jangka masa panjang yang penting. Namun, kita tidak boleh mengharapkan usaha ini akan memenuhi keperluan kita untuk pendapatan tambahan bagi kerajaan kita dalam tahun 2020.
4. Meminjam lagi daripada sektor swasta
Kerajaan boleh mengeluarkan lebih banyak bon kerajaan (nota 7) “MGS” ataupun Sekuriti Kerajaan Malaysia yang akan dibeli oleh syarikat dan bank swasta. Masalahnya adalah apabila beban hutang kerajaan meningkat, ianya akan mewujudkan komitmen masyarakat masa depan untuk membayar balik hutang ini. Pada takat ini, Malaysia mempunyai kira-kira RM799 bilion MGS yang perlu diservis – bayaran “bunga” yang diperlukan pada tahun 2019 adalah RM33 bilion (bererti kadar faedah efektif adalah 4.13%). MGS-MGS ini kena dibayar balik modalnya bila habis tempoh pinjaman – ini bererti jumlah RM799 bilion itu harus dibayar balik secara berperingkat dalam tempoh masa 30 tahun yang akan datang! Oleh itu, ianya bukan satu idea yang baik untuk meningkatkan hutang kerajaan kepada sektor swasta secara mendadak.
5. “Pengewangan Hutang” (Monetization of Debt) (nota 8)
Ini adalah strategi di mana Kerajaan menjual Sekuriti Kerajaan kepada Bank Negara dengan kadar faedah yang sangat rendah (mungkin 0.1%). Dalam erti kata lain, Kerajaan Persekutuan meminjam daripada Bank Negara. Kaedah ini akan memberikan dana yang diperlukan kepada pemerintah tanpa meningkatkan beban pembayaran bunga terhadap hutang itu.
Ini bukan suatu idea yang dicipta oleh PSM. Sebenarnya urusan kewangan seperti ini sedang dilaksanakan oleh beberapa negara seperti Jepun, Australia, New Zealand, Indonesia, India dan Bank Pusat Eropah untuk menjana dana bagi perbelanjaan kerajaan.
Bloomberg melaporkan bahawa Bank Negara Indonesia akan memegang 11% daripada hutang kerajaan menjelang bulan Februari 2021, sementara Bank Negara Australia dan New Zealand masing-masing memegang 24% dan 39% hutang kerajaan negara-negara itu. Bank Rizab India kelihatan bersedia untuk meningkatkan pemilikan hutang kerajaan ke 15% jumlah pinjaman kerajaan India. (Starbiz 29/4/2020. Halaman depan)
Kelebihan strategi ini adalah:
- Kerajaan kita akan memperoleh RM31 bilion untuk membiayai program komprehensif bantuan pengangguran, program subsidi sewa rumah, program-program untuk menghijaukan Malaysia serta beberapa inisiatif lain dalam program solidariti.
- Dana yang dibelanjakan untuk rakyat akan memacukan pengeluaran produk makanan dan akan mengaktifkan rantaian bekalan makanan dan keperluan asas lain. Keperluan asas rakyat kita akan dipenuhi melalui sistem pasaran yang sedia wujud apabila dana membeli adalah dalam tangan semua rakyat. Pada masa yang sama, rangsangan rantaian bekalan keperluan asas akan menjana lebih banyak peluang pekerjaan dan membantu mengurangkan masalah pengangguran. Ini akan memainkan peranan besar dalam mengatasi kejutan kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh wabak COVID-19.
- Projek yang memberi tumpuan kepada perumahan dan strategi hijau akan meningkatkan kualiti kehidupan bagi semua rakyat Malaysia.
- Ini tidak akan membebankan pembayaran hutang negara kita, kerana kerajaan kita meminjam daripada Bank Negara kita sendiri dengan kadar faedah yang sangat rendah.
- Fakta bahawa kita tidak merupakan pelopor strategi “debt monetization” bermaksud bahawa ia tidak akan menimbulkan kerisauan yang keterlaluan dalamkalangan agensi pengadarankredit dan menyebabkan penurunan status kredit kita.
Kesan “Pengewangan Hutang” terhadap Kadar pertukaran matawang RM
Terdapat kelemahan pada strategi “pengewangan hutang” yang mesti kita beri perhatikan. Kelemahan utama adalah kesannya terhadap nilai mata wang ringgit. Nilai ringgit banyak bergantung pada keseimbangan antara penawaran ringgit dan permintaannya dalam pasaran antarabangsa. Peniaga akan menukar matawang mereka menjadi ringgit apabila mereka ingin membeli kelapa sawit, getah, komoditi lain, barang perkilangan, saham di Bursa Malaysia dan Sekuriti Kerajaan Malaysia. Peniaga akan ingin menukar ringgit yang dipegang mereka ke dalam mata wang asing apabila mereka menjual barang ke Malaysia (dibayar dalam ringgit), mereka keluar dari Bursa Saham KL, atau mereka mengembalikan keuntungan yang dibuat di Malaysia ke negara asal mereka atau ketika mereka menjual MGS yang mereka perolehi.
Kegiatan ekonomi yang meningkatkan permintaan terhadap ringgit | Kegiatan ekonomi yang meningkatkan penawaran ringgit dalam pasaran antarabangsa |
Eksport komoditi Malaysia dan barangan lain
Pembelian saham di Bursa Malaysia oleh individu atau institusi asing
Pembelian Sekuriti Kerajaan Malaysia
|
Import barang dan perkhidmatan
Penjualan saham BSKL oleh individu atau institusi asing (nota 9)
Penjualan Sekuriti Kerajaan Malaysia (nota 9) di pasaran bon sekunder (nota 10)
Penghantaran balik keuntungan dan pendapatan pekerja asing
Pembelian aset asing oleh syarikat dan individu Malaysia.
|
Ringgit berada dalam “apungan terkawal” (nota 11) di mana nilai sebenar berbanding mata wang lain ditentukan oleh mekanisme pasaran. Jika terdapat lebih banyak orang yang ingin menukar ringgit menjadi matawang asing daripada sebaliknya, ia akan menekan nilai ringgit ke bawah. Sekiranya nilai ringgit merudum, maka semua import negara termasuk bahan makanan, ubat-ubatan, alat perubatan dan alat mesin yang penting akan menjadi lebih mahal, dan ini boleh menyebabkan inflasi.
Tetapi dalam keadaan kemelesetan ekonomi yang wujud sekarang, pemindahan wang ke dalam tangan keluarga-keluarga yang berkurangan wang untuk memenuhi keperluan asas tidak akan menyebabkan peningkatan besar dalam import dan menjejaskan nilai ringgit. Pemindahan wang ini akan menghasilkan pengeluaran barang dan perkhidmatan penting yang kebanyakannya dihasilkan oleh industri dalam negeri. Oleh itu, nampaknya strategi “pengewangan hutang” ataupun “debt monetization” adalah kaedah yang paling tepat digunakan untuk meningkatkan kewangan kerajaan dalam keadaan kemelesetan yang kita hadapi.
Tekanan negatif terbesar terhadap nilai ringgit pada takat ini adalah pengeluaran modal pihak pelabur asing (nota 9) yang sedang menjual syer-syer di pasaran saham KLSE dan bon-bon kerajaan Malaysia kerana ingin membeli aset kewangan di Amerika Syarikat ataupun Eropah yang memberi pulangan yang lebih baik.
Berapakah jumlah “Pengewangan Hutang” yang kita harus lakukan dalam tahun 2020?
Selain daripada RM171 bilion yang perlu untuk menampung defisit dalam belanjawan, kita juga memerlukan dana sebanyak RM80 billion untuk membayar balik (nota 12) bon kerajaan yang akan tamat tempoh hayatnya dalam tahun 2020. (Untuk 20 tahun yang lalu kerajaan kita telah memakai kaedah ini untuk menyelesaikan hutang bon yang perlu dikembalikan kepada pemegang.) Jadi, jumlah “pinjaman” yang perlu untuk Malaysia telah meningkat daripada RM131 bilion (sebelum ekonomi kita digegarkan oleh wabak COVID-19 dan kegawatan) ke RM250 bilion sekarang.
Jika kita bergantung pada kaedah “debt monetization” untuk keseluruhan RM250 bilion ini, pasaran kewangan antarabangsa akan dibanjiri dengan Ringgit Malaysia, dan ini akan menekan nilai ringgit ke bawah.
Kita juga harus mengambil kira perkara-perkara berikut:
- Pemilikan bon kerajaan oleh pelabur asing telah berkurang daripada RM169 bilion pada bulan Februari 2020 ke RM147 bilion pada bulan April 2020. (Starbiz 27/4/2020, m/s 5).
- Jumlah pengeluaran dana asing daripada Bursa Sahan KLSE dalam sejak April 2019 adalah RM9.1 billion. (Starbiz 25/4/2020, m/s 16)
Trend-trend seperti ini yang menambahkan jumlah ringgit di pasaran wang antarabangsa boleh menjejaskan nilai matawang kita dan harus dipantau rapi oleh kerajaan dan Bank Negara. Penjualan bon kerajaan kepada sektor swasta adalah satu cara mengurangkan surplus wang ringgit dalam pasaran wang luar negara.
Syor PSM adalah sebahagian besar – mungkin RM110 bilion hingga 130 bilion daripada dana RM250 bilion yang kita perlukan tahun ini, diperolehi melalui penerbitan bon biasa yang dijual kepada pelabur swasta (iaitu mengikut kaedah biasa). Ini akan mengurangkan jumlah Ringgit Malaysia dalam pasaran antarabangsa. Baki kewangan yang kita perlukan – RM 120 bilion hingga RM140 bilion boleh dijana melalui kaedah “debt monetization”.
Pulih negara demi rakyat – Pastikan tiada sesiapa yang ketinggalan tanpa dibela
Kami telah melakarkan satu program untuk menyelamatkan keadaan berasaskan solidariti rakyat. Kami tidak mementingkan peningkatan KDNK Malaysia ataupun berharap untuk menjana pekerjaan yang mencukupi bagi semua rakyat. Kami faham bahawa dalam situasi ekonomi antarabangsa yang wujud sekarang, kedua-dua matlamat itu amat sukar untuk dicapai. Sasaran kami jauh lebih rendah (nota 13) –
- Keperluan asas – makanan, penginapan, perkhidmatan kesihatan, bekalan air dan elektrik – mesti dinikmati oleh semua penduduk Malaysia. Kita tidak boleh berkompromi untuk mencapai matlamat ini!
- Kapasiti ekonomi kita yang tidak dapat digunakan kerana permintaan pasaran telah merudum buat masa ini harus dipakai untuk menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi rakyat kita – rumah-rumah PPR untuk disewa harus dibina dan rumah pangsa kos rendah harus dibaikpulihkan. Program menghijaukan negara kita juga harus dilaksanakan.
- Sektor perniagaan kita termasuk perusahaan kecil dan sederhana mesti dibantu kerana mereka mengandungi kapasiti untuk menjana kekayaan apabila ekonomi berpulih. Mereka harus dibantu untuk mengelakkan daripada kemuflisan dan ini mungkin memerlukan pinjaman tanpa bunga (untuk dua tahun yang pertama) supaya mereka dapat menjaga aset mereka. Adalah jangkaan kami bahawa apabila ekonomi dunia pulih, perniagaan-perniagaan ini dapat beroperasi balik dan menjana pekerjaan untuk rakyat kita.
Kami berharap warga Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat akan turut serta dalam diskusi tentang pelan tindakan yang dikemukakan oleh PSM untuk menangani kemelesetan ekonomi COVID-19.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita berdepan dengan satu krisis yang cukup besar. Krisis ini telahpun mengganggu cara masyarakat dan ekonomi kita berfungsi, dan akan terus merosotkan ekonomi untuk satu tahun yang akan datang. Seruan PSM adalah kita harus mengumpulkan sumber daya negara kita – dan sumber kita memang luas – untuk memastikan bahawa tiada sesiapa yang ketinggalan; setiap keluarga mendapat keperluan asas dan perkhidmatan asas yang diperlukan; semua orang akan terus dilindungi daripada ancaman COVID-19, dan bahawa kita dapat menggunakan kemampuan ekonomi kita yang kini kurang dimanfaatkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik. Menangani krisis COVID-19 secara bersolidariti pasti akan membantu menyatukan rakyat kita, dan kita akan bangkit daripada krisis ini sebagai sebuah negara yang lebih bersatu dan harmoni.
Kami berpendapat bahawa cadangan-cadangan PSM di atas adalah realistik, namun cadangan-cadangan ini harus dibincangkan lagi. Kami berharap warga Malaysia akan turut menyumbangkan idea-idea mereka supaya program pro-rakyat ini dapat dimantapkan lagi dan seterusnya dilaksanakan. Kami berharap anda sekalian akan turut bersolidariti dalam usaha kami mengatasi cabaran-cabaran yang terbentang untuk mewujudkan suatu negara yang lebih harmoni dan adil.
==========
Dokumen ini disediakan oleh Dr. Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), dengan perundingan dengan beberapa organisasi masyarakat sivil seperti Persatuan Agora Malaysia, ALIRAN dan sebagainya.
==========
Nota:
- PSM menentang penerokaan hutan yang sedia ada untuk pertanian atau tujuan lain. Hutan yang terdapat di negara kita harus dilestarikan dan dipulihkan. Itulah sebabnya kami mencadangkan agar 10% tanah perladangan kelapa sawit (keseluruhannya sekitar 5 juta hektar) digunakan untuk menghasilkan padi dan jagung bijirin. Kini, 700,000 hektar tanah padi menghasilkan 70% keperluan padi kita. Kita memerlukan 300-400 ribu hektar tanah ladang lagi untuk ditukarkan kepada pengeluaran padi demi mencapai tahap sara diri pada kadar 100%. Sime Darby dan FELDA ialah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang seharusnya menunjuk jalan dalam mempelbagaikan tanaman mereka untuk menjamin bekalan makanan negara.
- Skim UBI yang diubahsuai bukannya pampasan untuk pengangguran berdasarkan individu. Tujuannya adalah untuk menjamin pendapatan minimum bagi semua keluarga terutama keluarga di mana lelaki dan wanita dalam isi rumah tersebut tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi. Tujuan skim ini adalah untuk memastikan bahawa semua keluarga akan mempunyai cukup wang untuk membeli barang keperluan asas bagi keluarga.
- Kajian global oleh CovidSurg Collaborative yang diterbitkan dalam British Journal of Surgery telah menganggarkan bahawa kadar pembatalan operasi di hospital Malaysia adalah 70.9 peratus. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat 151,717 pembedahan di hospital Malaysia yang tertunda dari bulan Mac hingga Mei 2020. (Kod Biru 15/5/2020).
- Resolve to Save Lives telah mengeluarkan sistem amaran COVID-19 berkod warna untuk menandakan risiko penularan dalam masyarakat dan mengesyorkan tahap pencegahan individu yang sesuai. Sistem ini merangkumi empat tahap yang bermula dari “normal baru” hingga “tahap waspada tinggi”, dengan langkah-langkah yang sesuai yang dapat diambil oleh masyarakat dan individu di setiap tahap untuk mengurangkan risiko penularan.
- Semua ini adalah masalah teknikal dan agensi kerajaan yang berkenaan telah membincangkannya dan menyusun rancangan tindakan. Tambahan lagi, kita mempunyai ramai orang di negara ini yang telah menangani masalah ini. Kerajaan perlu menyatukan mereka untuk menyusun rancangan konkrit untuk setiap program ini. Jawatankuasa pemantauan bebas perlu dibentuk untuk memantau pelaksanaan projek-projek ini supaya kita dapat memperoleh nilai dari wang yang dibelanjakan.
- Nisbah pendapatan cukai berbanding KDNK telah menurun di seluruh dunia akibat polisi neoliberal yang didasarkan pada kepercayaan bahawa masyarakat dilayan paling baik jika kerajaan tidak “mencampur tangan” dengan kegiatan ekonomi dan membiarkan perusahaan bersaing “bebas” dalam pasaran. Salah satu kesan pendekatan polisi ini adalah untuk mengurangkan kadar cukai bagi syarikat dan jutawan dan memberi mereka banyak ruang untuk menghindari pembayaran cukai.
- Sekuriti Kerajaan Malaysia berbentuk bon. Bon ialahpinjaman yang membayar kadar faedah tetap tertentu setiap tahun (kadar kupon) kepada pelabur, dengan jumlah pokok dibayar kembali pada akhir tempoh bon. Tempoh bon boleh berkisar antara satu tahun hingga 30 tahun. Oleh kerana bon dikeluarkan oleh kerajaan, bon dilihat sebagai pelaburan yang selamat. Purata kadar faedah untuk bon kerajaan Malaysia adalah sekitar 4.2% setiap tahun.
- Debt monetization ataupun “Pengewangan Hutang” telah berkembang dari Quantitative Easing (QE), di mana semasa dan setelah Kemelesetan 2008, bank pusat negara maju telah menerajui pasaran bon sekunder untuk membeli bon, dan memindahkan wang tunai ke dalam tangan para pelabur dengan harapan tindakan ini dapat merangsang pengeluaran dan menjana pekerjaan. Tetapi kerana permintaan agregat lembab, QE menaikkan harga hartanah. Dari taktik membeli bon dalam pasaran bon sekunder hingga membeli bon secara langsung daripada kerajaan hanya satu langkah kecil.
- Pelabur antarabangsa menjual RM774.1 juta ekuiti tempatan bersih dalam 1 minggu yang lalu. Sejauh ini pelabur asing telah mengeluarkan RM11.08 bilion dari BSKL (Starbiz 13/5/2020). Pelabur asing menjual Sekuriti Kerajaan Malaysia bernilai RM 12.5 bilion antara Februari dan April 2020 (Starbiz 27/4/20). Aliran keluar modal besar seperti ini (dalam jangka masa yang agak singkat) akan menyebabkan lebihan ringgit di pasaran mata wang antarabangsa dan menyebabkan ringgit merudum ke bawah.
- Pasar Bon Prima adalah tempat Bon Kerajaan dijual – pihak berkuasa yang berdaftar mengundang tawaran dan memperuntukkan MGS yang ditawarkan dalam kalangan pembida. Pemegang bon boleh memegang bon mereka sehingga selesai tempoh, mengumpulkan pembayaran kupon tahunan (faedah) serta jumlah pokok semasa selesai tempoh. Ataupun, mereka boleh menjual bon ini (dengan hak untuk mengumpulkan semua pendapatan yang masih perlu dibayar terhadapnya) kepada pihak lain yang berminat dalam pasaran Bon Sekunder. Sekiranya kadar faedah yang ada adalah rendah, atau jika ada persepsi bahawa mata wang kita akan meningkat berbanding mata wang lain, harga bon ini dapat melebihi nilai jumlah pokok dengan margin yang besar.
- Bahagian rejim yang “terkawal”adalah di mana Bank Negara akan mencampurtangan menggunakan rizab luarannya untuk membeli ringgit jika tekanan ke bawah mengancam dan menyebabkan ringgit jatuh di bawah ambang tertentu. Tetapi jika tekanan ke bawah terlalu kuat, Bank Negara terpaksa mengambil keputusan untuk membiarkan ringgit turun ke nilai yang lebih rendah kerana tidak mahu menggunakan semua rizab luarannya untuk mempertahankan ringgit.
- Selama beberapa dekad yang lalu, Kerajaan Malaysia membiayai defisit belanjawannya dengan menjual Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS = Bon) kepada pelabur. MGS ini adalah untuk jangka masa yang ditentukan, di mana kerajaan harus membayar balik jumlah pokok kepada pelabur. Oleh kerana kita telah menjalankan anggaran defisit selama 30 tahun yang lalu, kita tidak dapat membayar balik MGS yang matang daripada hasil semasa. Apa yang telah kerajaan kita melakukan adalah menerbitkan MGS baru untuk membayar kembali MGS lama yang sudah matang. Hampir semua kerajaan melakukan perkara yang sama. Kini, Malaysia mempunyai RM750 bilion dalam sekuriti kerajaan yang masih dimiliki oleh sektor swasta. Rata-rata 10% daripada jumlah ini akan matang setiap tahun. Oleh itu, kita perlu mengeluarkan RM 75 bilion MGS baru untuk menyelesai mereka yang akan selesai tempoh tahun ini. Jika tidak berlakunya wabak COVID-19 dan kemelesetan yang disebabkan olehnya, Kerajaan Malaysia perlu mengeluarkan sekitar RM126 bilion MGS pada tahun 2020 – RM 75 juta untuk membayar balik MGS yang akan matang tahun ini dan RM 51 bilion untuk defisit bagi tahun 2020.
- Ini serupa dengan “bergolek dengan pukulan”. Maksudnya, kita harus fokus kepada melindungi dan mempertahankan diri daripada wabak dan kemerosotan ekonomi dengan memastikan tiada yang kekurangan barang dan perkhidmatan penting, serta sistem kewangan dan keupayaan pengeluaran kita tidak rosak dengan teruk. Objektif tambahan adalah kita harus menghijau ekonomi di mana sahaja kita boleh. Ini berdasarkan premis bahawa kita begitu terintegrasi dengan ekonomi dunia. Oleh itu, kita tidak dapat pulih sepenuhnya hingga seluruh dunia juga keluar daripada kemerosotan ekonomi yang disebabkan oleh COVID-19.
Reblogged this on Dasar-dasar PSM / PSM Policies.