Gelombang protes rakyat yang hebat tercetus di Sri Lanka untuk melawan krisis ekonomi dan pemerintahan keluarga Rajapaksa.
Skim Jaminan Kerja (Siri pengenalan teras “Permintaan Rakyat Mudah Je” – 02)
PSM menyeru kepada Kerajaan supaya melaksanakan Skim Jaminan Kerja untuk mencapai pengangguran sifar dan memastikan bahawa semua rakyat mempunyai pekerjaan yang dibayar dengan gaji sara hidup.
Mana dia program sokongan rakyat?
Pemuda Sosialis berpendapat bahawa perlu adanya program sokongan untuk kejadian sebegini supaya akses rakyat kepada keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, air, makanan, elektrik dan internet tidak terjejas.
Malaysia sakit, rakyat bangkit: #TINDAK15 gesa tindakan segera selamat nyawa rakyat
Malaysia sakit, rakyat bangkit! Lebih 600 orang berhimpun secara maya untuk mengemukakan tuntutan #TINDAK15 bagi pelaksanaan segera supaya menyelamatkan nyawa rakyat dan membebaskan masyarakat Malaysia daripada kemelut krisis COVID-19 yang sedang melanda pada masa kini.
Haiti: Rakyat terus lawan Presiden yang neoliberal dan korup
(foto oleh Joseph Odelyn / AP Photo) Gelombang protes yang baharu tercetus di Haiti sejak 10 Januari 2021, untuk menentang kerajaan pimpinan Presiden Jovenel Moïse yang mendapat sokongan daripada kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS). Ribuan warga awam, pelajar, pekerja, anggota gerakan sosial dan parti politik pembangkang telah bermobilisasi di seluruh negara itu untuk melawan cubaan … Teruskan membaca Haiti: Rakyat terus lawan Presiden yang neoliberal dan korup
Skim berbentuk UBI diperlukan pada ketika ekonomi tidak menentu
“Kesihatan atau ekonomi? Kerajaan Pusat di Putrajaya nampaknya sedang teragak-agak dalam membuat keputusan sama ada meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Februari 2021 atau tidak, kerana angka jangkitan COVID-19 masih berada sekitar 3000-5000 kes baru setiap hari. Adalah jelas bahawa kita harus mengutamakan kesihatan berbanding ekonomi. Namun jika PKP perlu dipanjangkan lagi untuk membendung … Teruskan membaca Skim berbentuk UBI diperlukan pada ketika ekonomi tidak menentu
GameStop: Pemberontakan popular dalam pasaran kewangan kasino?
Baru-baru ini, sekumpulan pelabur kecil yang amateur, yang berpakat melalui forum r/wallstreetbets dalam laman web Reddit dan menggunakan aplikasi perdagangan saham atas talian, telah berjaya menumpaskan beberapa buah dana lindung nilai (hedge fund) besar yang cuba mengaut keuntungan daripada aktiviti jualan kosong saham GameStop, sebuah syarikat peruncitan permainan video yang beribupejabat di Amerika Syarikat. Golongan … Teruskan membaca GameStop: Pemberontakan popular dalam pasaran kewangan kasino?
Tunisia: Protes rakyat berlarutan kerana kesusahan ekonomi
Masih ingatkah gelombang protes hebat di Tunisia yang menjatuhkan pemerintahan Kerajaan Zine El Abidine Ben Ali pada 10 tahun yang lalu? Pada 14 Januari 2011, Zine El Abidine Ben Ali yang sudah berkuasa sebagai Presiden Tunisia selama 23 tahun, membubarkan kerajaannya dan mengisytihar darurat dalam usaha terdesaknya untuk menyekat gelombang protes hebat yang berlarutan hampir … Teruskan membaca Tunisia: Protes rakyat berlarutan kerana kesusahan ekonomi
Imbas kembali 2020: Pergolakan dalam negara Malaysia
Kita sudah sampai ke penghujung tahun 2020 dan bakal menyambut Tahun Baru 2021. Marilah kita imbas kembali sepintas lalu pergolakan politik dan sosio-ekonomi yang berlaku di negara Malaysia sepanjang tahun 2020. 1. Penularan wabak COVID-19 dan PKP Pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) menular di seluruh dunia sejak awal tahun 2020, dan Malaysia juga tidak dapat … Teruskan membaca Imbas kembali 2020: Pergolakan dalam negara Malaysia
Pengewangan hutang – Jangan biar perkara baharu takutkan anda!
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapatnya lonjakan dalam minat terhadat strategi “pengewangan hutang” (debt monetization) khususnya selepas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal menyokong pendekatan ini. Terdapatnya suara-suara yang menyokong dan membantahnya. Seorang bergelaran Tan Sri dalam salah satu kumpulan Whatsapp yang saya ada dalamnya menulis, “Mencetak wang adalah tidak bertanggungjawab dan membinasakan. Kita … Teruskan membaca Pengewangan hutang – Jangan biar perkara baharu takutkan anda!