“Kesihatan atau ekonomi? Kerajaan Pusat di Putrajaya nampaknya sedang teragak-agak dalam membuat keputusan sama ada meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Februari 2021 atau tidak, kerana angka jangkitan COVID-19 masih berada sekitar 3000-5000 kes baru setiap hari. Adalah jelas bahawa kita harus mengutamakan kesihatan berbanding ekonomi. Namun jika PKP perlu dipanjangkan lagi untuk membendung peningkatan kes jangkitan, maka rakyat perlukan jaring keselamatan yang boleh melindungi mereka apabila sektor ekonomi yang bukan-penting dijangka akan ditutup sepenuhnya,” begitu katanya A. Sivarajan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 29 Januari 2021.

“Mereka yang kehilangan kerja sejak PKP yang lepas pada bulan Mac 2020, telah cuba memulakan perniagaan kecil yang menjual makanan dan minuman, membuka gerai kecil di sekitar kawasan bandar. Namun, mereka juga menghadapi kesusahan untuk menampung kehidupan di bawah PKP 2.0 sekarang ini. Dengan pejabat-pejabat ditutup dan ramai orang bekerja dari rumah, mereka sedang bersudah payah untuk mendapatkan pulangan daripada simpanan mereka yang dilaburkan dalam memulakan gerai mereka.”

Sivarajan berkata, “Dengan begitu banyak ketidakpastian dalam pandemik COVID-19, kesan jangka panjang akan menyaksikan sebahagian besar golongan B40 malah golongan M40 ditolak ke dalam kancah kemiskinan.”

A. Sivarajan mengatakan bahawa Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang akan diberikan tidak lama lagi masih tidak mencukupi untuk meringankan beban kehidupan rakyat bawahan. Baru-baru ini, Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa Kerajaan telah pempercepatkan pelaksanaan Fasa Pertama Bantuan BPR, dengan mengawalkannya dari bulan Mei 2021 kepada akhir bulan Februari 2021, dengan RM300 untuk kategori isi rumah dan RM150 untuk individu bujang. Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengatakan bahawa lebih kurang 8.1 juta orang akan mendapat mandaat daripada skim yang memperuntukkan dana kerajaan sebanyak RM6.5 bilion ini. Keluarga (dengan seorang kanak-kanak) yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan akan menerima RM1,200; sementara keluarga dengan dua atau lebih orang kanak-kanak akan menerima RM1,800.

“Namun, sejauh mana BPR ini akan meringankan beban kewangan keluarga-keluarga ini, khususnya mereka yang telah kehilangan pendapatan mereka secara tiba-tiba?” tanya Sivarajan. “Setiap hari kita dengar tentang individu-individu yang prihatin, badan-badan bukan kerajaan dan wakil-wakil rakyat terpaksa mengagihkan bantuan makanan dan barangan keperluan harian kepada ratusan keluarga yang sedang bersusah payah untuk mendapatkan makanan harian. Kos hidup untuk sebuah keluarga dengan 5 orang anggota di bandar boleh mencecah lingkungan dari RM2,500 hingga RM3,000 sebulan. Berapa lama RM300 ini boleh bertahan?”

“Malangnya sama ada BPR ataupun inisiatif lain di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), adalah tidak mencukupi untuk melindungi keluarga-keluarga yang kehilangan semua atau sebahagian besar pendapatan mereka. Inisiatif-inisiatif ini masih tidak dapat menjamin keperluan asas mereka seperti makanan, tempat tinggal, di samping terus mendapatkan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan untuk keluarga mereka. Program-program yang sedia ada tidak mampu memberikan bantuan kewangan bulanan yang konsisten kepada keluarga-keluarga yang terkesan sehingga mereka mampu berdikari semula,” ulas Sivarajan.

Sejak pelaksanaan PKP 1.0 pada tahun 2020, PSM telah mengemukakan cadangan bahawa kerajaan perlu mewujudkan rancangan jangka panjang untuk melaksanakan skim bantuan kewangan bulanan yang bermodelkan konsep Pedapatan Asas Sejagat (UBI). PSM mencadangkan bantuan pendapatan asas RM1,000 sebulan kepada keluarga-keluarga yang memerlukannya. Daripada 8.1 juta orang penerima BPR, kerajaan patut mensasarkan mereka yang kehilangan sumber pendapatan sepenuhnya untuk memberi bantuan pendapatan asas sedemikian.

“Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa apabila keluarga-keluarga disokong dengan UBI, mereka akan dapat berpulih cepat daripada masalah kewangan dan kembali kepada tahap pendapatan mereka seperti dahulu. Keluarga-keluarga yang tidak menerima bantuan sedemikian cenderung untuk terjerat lebih lanjut lagi ke dalam kemiskinan, terperangkap dalam hutang, diusir dari rumah kediaman mereka, dihantui oleh lintah darat dan sebagainya. Keluarga-keluarga ini sering mengalami kemurungan dan kadang-kadang mungkin akan terfikir untuk membunuh diri,” Sivarajan menjelaskan tentang kepentingan UBI.

“Adalah sangat mengecewakan kerana Kerajaan Pusat di Putrajaya masih mengelakkan diri daripada memandang serius tentang realiti yang dihadapi oleh rakyat ini, dan gagal meneroka perkara yang melangkaui skim bantuan kewangan yang berbentuk BPR atau BPN. Berbanding daripada menyebarkan dana melalui pelbagai skim di bawah BPR, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya (di mana kadang-kadang bertindih), adalah lebih baik kerajaan memfokus kepada skim bermodelkan UBI dan mensasarkan keluarga-keluarga yang amat memerlukannya. Pemindahan wang RM1,000 sebulan adalah lebih signifikan untuk keluarga-keluarga yang telah kehilangan semua pendapatan berbanding dengan bantuan kewangan RM500 setahun kepada isi rumah yang masih mempunyai pendapatan bulanan RM4,001 hingga RM5,000 yang tetap,” tegas Sivarajan.

PSM menggesa sekali lagi pada Kerajaan supaya segera melaksanakan skim bantuan kewangan bermodelkan UBI untuk membantu keluarga-keluarga yang sedang hidup dalam kesusahan. Kelewatan dalam melaksanakan skim berbentuk UBI sebegini akan mendatangkan lebih banyak bencana kepada kebanyakan warga Malaysia yang berada dalam kesusahan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s