Malaysia Bekerja: Dasar strategik untuk rangsang pembangunan industri baharu

(Siri “Malaysia Bekerja” - 2) (foto: United Nations Photo) oleh Sharan Raj Kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menjana 500,000 pekerjaan tanpa polisi kukuh merupakan sebuah gimik politik. Kekurangan pengetahuan ekonomi rakyat dan menjana pekerjaan oleh Zafrul sedang menyebabkan rakyat merana. Kerajaan wajar memperkenalkan polisi strategik untuk … Continue reading Malaysia Bekerja: Dasar strategik untuk rangsang pembangunan industri baharu

Malaysia Bekerja: Perkenalkan skim pendapatan asas untuk rangsang ekonomi

(Siri “Malaysia Bekerja” - 1) (Foto: Trinn Suwannapha / World Bank) oleh Sharan Raj Kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menjana 500,000 pekerjaan tanpa polisi kukuh merupakan sebuah gimik politik. Kekurangan pengetahuan mengenai ekonomi rakyat dan penjanaan pekerjaan oleh Zafrul sedang menyebabkan rakyat merana. Pekerjaan wujud apabila … Continue reading Malaysia Bekerja: Perkenalkan skim pendapatan asas untuk rangsang ekonomi

Pengewangan hutang – Jangan biar perkara baharu takutkan anda!

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapatnya lonjakan dalam minat terhadat strategi “pengewangan hutang” (debt monetization) khususnya selepas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal menyokong pendekatan ini. Terdapatnya suara-suara yang menyokong dan membantahnya. Seorang bergelaran Tan Sri dalam salah satu kumpulan Whatsapp yang saya ada dalamnya menulis, “Mencetak wang adalah tidak bertanggungjawab dan membinasakan. Kita … Continue reading Pengewangan hutang – Jangan biar perkara baharu takutkan anda!

Terlepas pandang pada masalah yang lebih besar – Pandangan sepintas lalu Belanjawan 2021

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapat beberapa aspek dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz yang tidak menyenangkan untuk saya. Yang pertama adalah, isteri saya dan saya akan menerima bayaran sekali gus (one-off) RM300 masing-masing kerana kami ialah pesara kerajaan. Adakah kerajaan mempunyai lebihan dana yang begitu besar sehingga ia boleh memberi … Continue reading Terlepas pandang pada masalah yang lebih besar – Pandangan sepintas lalu Belanjawan 2021

Belanjawan 2021: Idea baru diperlukan untuk tangani kemelesetan zaman COVID-19

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Apakah belanjawan yang paling sesuai untuk Malaysia mengharungi kemelesetan ekonomi yang timbul daripada pandemik COVID-19? Ini ialah isu penting yang patut kita bincangkan agar penyelesaian yang sesuai dapat ditemui. Setiap negara perlu membangunkan konsensus nasional mengenai bagaimana kapasiti kewangan negara yang terhad harus digunakan untuk mengurangkan kesan pandemik yang sedang berlaku … Continue reading Belanjawan 2021: Idea baru diperlukan untuk tangani kemelesetan zaman COVID-19

Lanjutan moratorium pinjaman bank bersasar – Tribunal diperlukan untuk selamatkan keluarga daripada naluri pemangsa bank!

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj  Pada 27 Julai 2020, Menteri Kewangan Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz menjelaskan pendirian Kerajaan berkenaan moratorium pinjaman bank apabila ditanya oleh Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng dalam sesi soal jawab di Parlimen. Menteri Kewangan mengumumkan bahawa bank yang beroperasi di Malaysia telah bersetuju untuk melanjutkan moratorium pinjaman untuk tiga … Continue reading Lanjutan moratorium pinjaman bank bersasar – Tribunal diperlukan untuk selamatkan keluarga daripada naluri pemangsa bank!

Kemelesetan ekonomi pasca COVID-19: Cadangan PSM untuk pulihkan negara demi rakyat – Pastikan tiada sesiapa yang ketinggalan

Wabak COVID-19 telah mengejutkan ekonomi global. Walaupun beberapa pakar ekonomi arus perdana berusaha untuk menyakinkan diri bahawa ekonomi global akan bangkit semula selepas langkah-langkah kawalan pergerakan di beberapa buah negara dilonggarkan, hakikatnya adalah pemulihan ini tidak akan berbentuk “V” dan ekonomi dunia akan mengambil masa 18 bulan ataupun lebih untuk pulih ke tahap sebelum wabak … Continue reading Kemelesetan ekonomi pasca COVID-19: Cadangan PSM untuk pulihkan negara demi rakyat – Pastikan tiada sesiapa yang ketinggalan

Pulih negara demi rakyat: PSM kemuka cadangan tangani kemelesetan ekonomi pasca COVID-19

PUTRAJAYA - 16 JULAI 2020: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyerahkan satu dokumen yang mengandungi cadangan pelan tindakan nasional untuk menangani kegawatan ekonomi negara kerana krisis wabak COVID-19 kepada Pejabat Perdana Menteri pada hari ini. Rombongan PSM yang hadir semasa penyerahan memorandum hari ini terdiri daripada Dr. Jeyakumar Devaraj selaku Pengerusi PSM, S. Arutchelvan selaku Timbalan … Continue reading Pulih negara demi rakyat: PSM kemuka cadangan tangani kemelesetan ekonomi pasca COVID-19

Langkah Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi: Bagus tapi kita perlukan “New Deal”

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) menghargai bahawa Langkah Tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) telah memberi perhatian kepada sebahagian kritikan terhadap Pakej PRIHATIN yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Mac 2020. Banyak rungutan daripada sektor perniagaan yang mengkritik bahawa Pakej PRIHATIN yang diumumkan pada 27 Mac 2020 itu tidak … Continue reading Langkah Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi: Bagus tapi kita perlukan “New Deal”