Projek perlombongan lantanid di Ulu Jelai mengancam alam sekitar dan kehidupan Orang Asli

Masyarakat Orang Asli di Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang, sedang menghadapi ancaman daripada rancangan perlombongan Lantanid yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Projek perlombongan ini sekarang berada dalam proses menyediakan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Konsesi untuk perlombongan lantanid di Ulu Jelai telah diberikan kepada 3 buah syarikat dengan jumlah keluasan tanah mencecah 660 hektar.

Orang Asli bantah projek pembinaan Empangan Nenggiri

Masyarakat Orang Asli daripada suku Temiar di Gua Musang, Kelantan, menyatakan dengan jelas bahawa mereka membantah pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri yang bakal memusnahkan hutan dan kehidupan mereka. Wakil daripada masyarakat Orang Asli yang terjejas oleh projek pembinaan Empangan Nenggiri telah mengadakan satu sidang media pada 22 Mac 2021 untuk menyuarakan bantahan mereka dan melancarkan kempen … Continue reading Orang Asli bantah projek pembinaan Empangan Nenggiri

Beku sewa rumah rakyat miskin sepanjang tempoh krisis

KUALA LUMPUR - 29 JUN 2020: Jawatankuasa Beku Sewa menyeru pada pihak Kerajaan supaya menggubalkan dasar dan mengambil tindakan segera untuk membantu rakyat dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan pembayaran sewa rumah sepanjang tempoh masa berlakunya krisis pendemik COVID-19 terkini. Seruan tersebut dibuat dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan oleh Jawatankuasa Beku Sewa pada hari ini. … Continue reading Beku sewa rumah rakyat miskin sepanjang tempoh krisis

Kesatuan pekerja pembersihan membidas UEM Edgenta dan UEMS

IPOH, PERAK: Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) mengadakan satu sidang akhbar pada 7 Jun 2020, untuk membidas kenyataan daripada syarikat UEM Edgenta Bhd pada 2 Jun 2020 (menurut berita Malaysiakini bertajuk "Protokol keselamatan ada untuk lindungi pekerja, kata UEM Edgenta"), selepas protes kesatuan dan penangkapan aktivis kesatuan di hadapan Hospital … Continue reading Kesatuan pekerja pembersihan membidas UEM Edgenta dan UEMS

PSM lancar kempen desak pengisytiharan Darurat Iklim

KUALA LUMPUR - 21 JANUARI 2020: Parti Sosialis Malaysia (PSM) melancarkan kempen baru pada hari ini dalam satu sidang akhbar khas, untuk mengetengahkan isu krisis iklim yang semakin serius dan mendesak Kerajaan Malaysia supaya mengisytihar Darurat Iklim. Pengerusi PSM Dr. Jeyakumar Devaraj berkata dalam sidang akhbar pelancaran kempen ini, “Kita sedang menghadapi krisis iklim yang … Continue reading PSM lancar kempen desak pengisytiharan Darurat Iklim

Kerajaan tipu pekerja ladang untuk 3 dekad? Pastikan pekerja ladang miliki rumah sendiri!

Kerajaan perlu menggubal undang-undang baru untuk memastikan pekerja-pekerja ladang memiliki rumah mereka sendiri. Seruan ini dikemukakan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam satu sidang akhbar yang diadakan secara bersama dengan Jawatankuasa Perumahan Pekerja Ladang Bukit Beruntung pada 31 Mei 2019 di Kuala Lumpur. Selain anggota Jawatankuasa Perumahan Pekerja Ladang Bukit Beruntung, turut hadir dalam sidang … Continue reading Kerajaan tipu pekerja ladang untuk 3 dekad? Pastikan pekerja ladang miliki rumah sendiri!