Bersempena dengan Hari Pekerja Sedunia, PSM menganjurkan aksi sambutan hari yang amat bermakna kepada golongan pekerja ini di beberapa tempat di seluruh negara pada hari ini.
Perampasan tanah pertanian di Perak: Kenapa murah hati pada pemaju tapi zalimi petani kecil?
“Kenapa Kerajaan Negeri Perak begitu murah hati pada pemaju swasta tetapi berlaku zalim terhadap petani kecil?” Ini ialah persoalan yang dibangkitkan oleh Dr. Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Nasional PSM, dalam sidang akhbar khas untuk mendedahkan maklumat terperinci tentang isu perampasan tanah pertanian di negeri Perak yang menjejaskan punca pencarian golongan petani kecil dan mengancam jaminan makanan di negara kita.
Tangani pencemaran sungai di Johor dari punca sebenarnya
Punca utama berlakunya pencemaran sungai ialah pembangunan yang tidak terancang dan tidak terkawal.
Gaji rendah, ketiadaan jaminan kerja dan pekerjaan gig – Isu kritikal pekerja yang harus ditangani di Johor
Calon PSM untuk Kota Iskandar, Ara, menggesa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya menjadi teladan dengan melaksanakan gaji minimum RM1,500 segera untuk semua pekerja mereka.
PSM lancar Manifesto Pilihan Raya untuk Kota Iskandar
PSM melancarkan Manifesto Pilihan Raya untuk kawasan DUN N49 Kota Iskandar yang menggariskan 3 teras utama dan 6 fokus isu setempat.
Selamatkan Orang Asli Pos Lanai: Kempen petisyen bantah perlombongan lantanid dilancarkan
Jawatankuasa Bertindak Wilayah dan Adat Orang Asli Pos Lanai Pahang melancarkan kempen petisyen atas talian untuk membantah rancangan perlombongan lantanid di kawasan tanah adat Orang Asli di Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang.
Hak petani diancam oleh cadangan perlesenan kegiatan pemprosesan benih
Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) mengadakan satu sidang akhbar pada hari ini (6 April 2021) untuk menyuarakan kebimbangan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tumbuhan yang boleh meningkatkan harga benih dan memiskinkan petani. Berikut ialah kenyataan penuh FKMM: Forum Kedaulatan Makanan Malaysia khuatir kerana Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan membentangkan Rang Undang-Undang Kualiti … Teruskan membaca Hak petani diancam oleh cadangan perlesenan kegiatan pemprosesan benih
Projek perlombongan lantanid di Ulu Jelai mengancam alam sekitar dan kehidupan Orang Asli
Masyarakat Orang Asli di Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang, sedang menghadapi ancaman daripada rancangan perlombongan Lantanid yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Projek perlombongan ini sekarang berada dalam proses menyediakan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Konsesi untuk perlombongan lantanid di Ulu Jelai telah diberikan kepada 3 buah syarikat dengan jumlah keluasan tanah mencecah 660 hektar.
Orang Asli bantah projek pembinaan Empangan Nenggiri
Masyarakat Orang Asli daripada suku Temiar di Gua Musang, Kelantan, menyatakan dengan jelas bahawa mereka membantah pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri yang bakal memusnahkan hutan dan kehidupan mereka. Wakil daripada masyarakat Orang Asli yang terjejas oleh projek pembinaan Empangan Nenggiri telah mengadakan satu sidang media pada 22 Mac 2021 untuk menyuarakan bantahan mereka dan melancarkan kempen … Teruskan membaca Orang Asli bantah projek pembinaan Empangan Nenggiri
Beku sewa rumah rakyat miskin sepanjang tempoh krisis
KUALA LUMPUR - 29 JUN 2020: Jawatankuasa Beku Sewa menyeru pada pihak Kerajaan supaya menggubalkan dasar dan mengambil tindakan segera untuk membantu rakyat dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan pembayaran sewa rumah sepanjang tempoh masa berlakunya krisis pendemik COVID-19 terkini. Seruan tersebut dibuat dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan oleh Jawatankuasa Beku Sewa pada hari ini. … Teruskan membaca Beku sewa rumah rakyat miskin sepanjang tempoh krisis