20200121 - climate campaign

KUALA LUMPUR – 21 JANUARI 2020: Parti Sosialis Malaysia (PSM) melancarkan kempen baru pada hari ini dalam satu sidang akhbar khas, untuk mengetengahkan isu krisis iklim yang semakin serius dan mendesak Kerajaan Malaysia supaya mengisytihar Darurat Iklim.

Pengerusi PSM Dr. Jeyakumar Devaraj berkata dalam sidang akhbar pelancaran kempen ini, “Kita sedang menghadapi krisis iklim yang mengancam kehidupan manusia di dunia. Walaupun begitu banyak Persidangan Perubahan Iklim Sedunia (COP) diadakan, tetapi dunia kita masih tidak melakukan yang secukupnya untuk menghentikan apa yang sedang berlaku. Oleh itu, kami berpandangan bahawa masyarakat perlu melakukan sesuatu secara keseluruhan.”

“Terdapat orang dalam kerajaan yang sedar dan prihatin tentang isu ini, tetapi terdapat juga banyak pihak berkepentingan yang sedang memberi tekanan ke atas kerajaan dengan cara-cara tertentu, seperti industri minyak petroleum, industri pembuatan kereta dan sebagainya. Terdapatnya lobi hebat yang berkait rapat dengan ahli-ahli politik… Ini menyebabkan kerajaan banyak berpura-pura (lip service) dan sangat sedikit kerja yang sebenar,” kata Dr. Jeyakumar.

“Kita perlu berusaha untuk membina satu gerakan massa yang memfokus pada menangani krisis iklim. Ini adalah matlamat kempen ini,” tegas Dr. Jeyakumar. Kempen Krisis Iklim PSM ini akan berusaha memberdaya masyarakat akar umbi untuk memperjuangkan perubahan yang perlu demi menyelamatkan masyarakat kita daripada ancaman kemusnahan alam.

PSM telah meluluskan satu usul dalam Kongres Nasional Parti pada tahun 2017 untuk menjalankan kajian tentang cara-cara untuk mengurangkan gas rumah hijau. Kemudiannya PSM telah mengadakan perbincangan yang mendalam dengan masyarakat sivil yang peka pada isu ini untuk mengemukakan cadangan-cadangan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dan menangani krisis iklim. Hasil daripada kajian dan konsultasi yang melibatkan banyak pihak, PSM menyediakan satu dokumen dasar untuk menangani krisis iklim daripada beberapa aspek. Selepas dibentangkan dalam Kongres Nasional PSM pada tahun 2019, satu usul diluluskan untuk melancarkan kempen yang memfokus pada keperluan segera dalam menangani krisis iklim. Oleh itu, PSM melancarkan kempen baru untuk menuntut pada kerajaan supaya mengisytihar “Darurat Iklim” atau “Kecemasan Iklim”, dengan membawa isu ini kepada perhatian orang ramai di seluruh negara.

“Sikap ‘keadaan seperti biasa’ (business as usual) Kerajaan Malaysia telah menghalang ia daripada mengambil langkah-langkah yang drastik tetapi perlu untuk menangani krisis klim,” kata Sharan Raj, Ahli Jawatankuasa PSM merangkap Penyelaras Biro Alam Sekitar PSM.

Kenapa kita perlu mengisytihar Darurat Iklim sekarang?

  • Penebangan hutan sedang berlaku pada kadar yang mencemaskan, dan Kerajaan gagal mengawalselia penebangan hutan secara berkesan.
  • Pembangunan ekonomi negara kita sedang mengambil jalan yang tidak mampan, dengan dasar kerajaan yang bercanggahan, seperti hendak mengeksploitasi sumber alam semulajadi dan memelihara alam pada masa yang sama.
  • Ketidakpedulian tentang kesan pembangunan yang terlampau terhadap alam sekitar.
  • Kegagalan Kerajaan dalam mengurangkan pembebasan gas rumah hijau.

Menurut Sharan Raj, PSM akan mengadakan Kempen “Isytihar Darurat Iklim” dengan Fasa 1 (dari Januari 2020 hingga Mei 2020) yang merangkumi perkara seperti:

  • Mengemukakan 10 tuntutan utama yang penting untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau kepada 6 Kementerian yang berkenaan.
  • Kempen media sosial dan media massa untuk mendidik orang ramai tentang krisis iklim.
  • Menganjurkan aktiviti seperti kempen jelajah, forum dan persidangan meja bulan dengan komuniti-komuniti setempat, cawangan-cawangan PSM, kampus-kampus institusi pengajian tinggi dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil di tempat-tempat seperti Seberang Perai, Ipoh dan Pasir Gudang.
  • Menyeru pada orang ramai dan masyarakat sivil untuk menyertai aksi massa bersempena Hari Bumi 2020.
  • Menggesa Kerajaan Pakatan Harapan untuk membentangkan usul mengisytihar Kecemasan Iklim di Parlimen.

20200121 - climate krisis

10 tuntutan utama yang dikemukakan dalam Kempen Isytihar Darurat Iklim ialah:

  1. Hentikan pembinaan loji penjana kuasa elektrik yang menggunakan bahan api fosil (seperti arang batu, gas asli dan minyak).
  2. Tetapkan tarikh akhir untuk penutupan semua loji penjana kuasa yang membakar arang batu.
  3. Kerajaan Persekutuan memperuntukkan geran tahunan kepada Kerajaan Negeri untuk hutan dara yang belum ditebang.
  4. Hentikan pembalakan di hutan dara, hutan tanah gambut dan hutan paya bakau.
  5. Pinda Akta Perhutanan untuk membolehkan rundingan yang melibatkan ADUN pembangkang, badan-badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar dan masyarakat Orang Asli, sebelum memberi sebarang kelulusan untuk pembalakan.
  6. Tangkap semua gas metana daripada sisa efluen kilang kelapa sawit (POME) untuk digunakan dalam penjanaan kuasa elektrik.
  7. Bangunkan rangkaian pengangkutan bas massa (BMT) yang efisien di seluruh negara.
  8. Bangunkan sistem pengurusan berasingan untuk sisa makanan dan organik supaya mengalihkannya dari tapak pelupusan sampah ke penghasilan biogas yang menjana kuasa elektrik.
  9. Haramkan pelepasan gas “fugitif” daripada sektor minyak dan gas.
  10. Tubuhkan satu jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusi oleh Perdana Menteri untuk menyelaraskan usaha pengurangan gas rumah hijau dan membentangkan laporan kemajuan tahunannya dalam Parlimen.

3 thoughts on “PSM lancar kempen desak pengisytiharan Darurat Iklim

  1. Kempen ini perlu di perluaskan kepada setiap individu Rakyat MALAYSIA. Rakyat MALAYSIA perlu di sedarkan mengenai kepentingan Iklim dan alam sekitar yang kini sedang diancam kerana penmbangunan yg keterlaluan. Pemanasan Global kerana kesan daripada gas Rumah hijau perlu di jelaskan melalui Pendidikan diperingkat sekolah melalui mata pelajaran Geografi yg mana sister Pendidikan kita tidak memberi keutamaan. Saya sangat setuju dan sokong inisiatif pihak PSM demi kepentingan masa depan Rakyat Dan bunyi MALAYSIA .

    Liked by 1 person

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s