Seorang pekerja pembersihan melawan PERKESO di mahkamah

Ini adalah satu kes di mana seorang pekerja pembersihan sekolah dinafikan hak untuk mendapat perlindungan PERKESO kerana pihak PERKESO menafsir undang-undang secara sempit. Valarmathy, berumur 47 tahun, ialah seorang pekerja pembersihan yang berkerja di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 1, Cheras, Selangor. Pekerjaannya di sekolah termasuklah kerja membersihkan longkang, membersihkan dewan, mengaturkan kerusi dan … Continue reading Seorang pekerja pembersihan melawan PERKESO di mahkamah

Majikan tipu pekerja: Dapat bantuan subsidi upah tetapi tidak bayar dengan betul

oleh Rani Rasiah Pemandu lori yang bekerja dengan sebuah syarikat pengangkutan, TKSC Sdn Bhd, yang terletak di Chemor, Perak, menghadapi kesusahan akibat tidak mendapat gaji untuk tempoh dari 19 Mac hingga 4 Mei 2020. Seperti perniagaan yang lain, syarikat ini juga terpaksa tutup untuk tempoh tersebut kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan untuk mengawal penyebaran wabak COVID-19. Pemandu-pemandu lori … Continue reading Majikan tipu pekerja: Dapat bantuan subsidi upah tetapi tidak bayar dengan betul

PSM mengetengahkan isu pekerja kepada perhatian Menteri Sumber Manusia

Pada 5 Jun 2020, Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan satu mesyuarat dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan di Pejabat Menteri di Putrajaya. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Dato' Mohd Jeffrey Bin Joakim selaku Pengarah Jabatan Tenaga kerja Semenanjung Malaysia, Puan Gayathri Vadivel selaku Ketua Cawangan Perhidmatan Pekerjaan dari Pejabat Sistem … Continue reading PSM mengetengahkan isu pekerja kepada perhatian Menteri Sumber Manusia

Perintah Kawalan Pergerakan dan soalan lazim pekerja

1. Bolehkah majikan boleh meminta pekerja untuk mengambil Cuti Tahunan (annual leave) semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan? Tidak boleh. Jika dipaksa, pekerja boleh membuat aduan di JabatanTenaga Kerja (JTK) berdekatan. 2. Bolehkah majikan meminta pekerja untuk mengambil cuti tidak berbayar (unpaid leave) semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan? Majikan tidak boleh mengarahkan pekerja untuk … Continue reading Perintah Kawalan Pergerakan dan soalan lazim pekerja

Jatuh ditimpa tangga: PERKESO tolak permohonan SIP untuk pekerja pembersihan dengan alasan remeh

KUALA LUMPUR – 8 OGOS 2019: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama dengan wakil pekerja pembersihan di sekolah kerajaan yang diberhentikan kerja baru-baru ini, menyerahkan memorandum kepada ibupejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Jalan Ampang pada hari ini, untuk menyatakan bantahan terhadap penolakan permohonan faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) daripada … Continue reading Jatuh ditimpa tangga: PERKESO tolak permohonan SIP untuk pekerja pembersihan dengan alasan remeh