20200318 - dmr_cuci-hospital_bernama-01

1. Bolehkah majikan boleh meminta pekerja untuk mengambil Cuti Tahunan (annual leave) semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan?

Tidak boleh. Jika dipaksa, pekerja boleh membuat aduan di JabatanTenaga Kerja (JTK) berdekatan.

2. Bolehkah majikan meminta pekerja untuk mengambil cuti tidak berbayar (unpaid leave) semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan?

Majikan tidak boleh mengarahkan pekerja untuk mengambil cuti tanpa dibayar gaji. Ia harus diambil sebagai cuti sakit dan gaji penuh perlu dibayar. Jika majikan masih memotong gaji, pekerja ada hak untuk menuntut balik gaji yang dipotong tersebut dengan memfailkan tuntutan di JTK berdekatan.

3. Dalam tempoh kuaratin, bolehkah majikan menyuruh saya untuk mengambil sijil cuti sakit (MC)?

Tidak boleh. Boleh ambil sebagai cuti sakit tanpa sijil. Ini dibenarkan pada masa sekarang. Jika dipaksa, pekerja boleh melapor kepadai JTK berdekatan.

4. Majikan berkata bahawa syarikat perlu tutup sebab tiada bisnes. Bolehkah majikan memberhentikan kerja saya serta-merta?

Tidak boleh. Mana-mana syarikat yang mengatakan tiada bisnis, perlu melaporkan kepada JTK sebelum 30 hari mengambil keputusan untuk menutupnya. Ini adalah selaras dengan garis panduan pemberhentian kerja. Jika majikan berbuat demikian, boleh memfailkan kes di JTK ataupun di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).

5. Bolehkah majikan saya menyuruh saya untuk masuk bekerja di pejabat, walaupun kerajaan telahpun mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan?

Tidak boleh. Hanya perkhidmatan penting negara seperti air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan sahaja boleh terus beroperasi. Jika syarikat anda bukan dalam kategori ini dan tidak tutup, boleh membuat aduan polis dan polis akan mengambil tindakan. Hubungi hotline 03-88882010 atau JTK berdekatan untuk menyalurkan aduan anda.

6. Bolehkah majikan saya meminta saya untuk kerja dari rumah (work from home)?

Boleh.

7. Boleh saya dapat subsidi RM600 daripada kerajaan?

Jika majikan anda ialah perniagaan kecil dan tidak mampu membayar gaji semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh membuat permohonan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di Pejabat PERKESO yang berdekatan. Pejabat PERKESO akan beroperasi sepanjang tempoh kawalan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

==========

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai isu pekerjaan dan perburuhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, boleh hubungi talian hotline Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM): 03-88892359, 03-88862409, 88903404

Anda juga boleh hubungi Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM) 010-2402159 untuk khidmat nasihat.

2 thoughts on “Perintah Kawalan Pergerakan dan soalan lazim pekerja

  1. அருமையான விளக்கம் சகோதரர் அருள்ச்செல்வம், சகோதரி சிவரஞ்ஞினி இருவருக்கம் நன்றி.

    Like

  2. Sebagai pekerja yang bekerja sebagai pengawal keselamatan yang terpaksa bekerja semasa perintah kawalan Pergerakan pihak majikan hendak lah menyediakan peralatan keselamatan yang baik kepada pekerja seperti mask, hand sanitizer, pemeriksaan saringan keselamatan Dan sebagainya serta keperluan semasa yang diperlukan oleh pekerja yang bekerja semasa perintah kawalan Pergerakan, pihak majikan juga tidak boleh melepaskan tanggung jawab terhadap pekerja yang diberikan cuti semasa tempoh kawalan Pergerakan seperti hendaklah memberikan gaji dalam tempoh kawalan termasuklah tidak membuang pekerja yang tidak bekerja serta lain-lain perkara yang penting berkaitan hak pekerja.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s