Kemiskinan usia tua ialah satu isu masyarakat yang serius yang perlu diberikan keutamaan segera dalam perancangan dasar negara dan pengerahan sumber. Keperluan untuk melaksanakan skim “Pencen Warga Emas” sejagat adalah amat terdesak.
SIP gagal lindungi pekerja kontrak
JPKK dan PSM membawa kepada perhatian PERKESO mengenai kelemahan yang wujud dalam Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sehingga menyebabkan pekerja-pekerja kontrak yang berpendapatan rendah dan kekurangan jaminan kerja tidak dilindungi.
PSM saran 7 tuntutan perlindungan sosial bagi pekerja
Sehaluan dengan laungan Jawatankuasa 1 Mei 2022 “Jamin Perlindungan Sosial Pekerja”, PSM mendesak Kerajaan untuk memberikan keutamaan kepada perlindungan sosial pekerja.
Memperkasakan perlindungan sosial (Siri pengenalan teras “Permintaan Rakyat Mudah Je” – 01)
Teras 1 untuk pelan tindakan alternatif “Pemulihan Nasional: Haluan Baru untuk Malaysia” yang diperkenalkan oleh PSM mencadangkan pemerkasaan perlindungan sosial.
Salurkan bantuan terus kepada pekerja ekonomi gig
Kerajaan harus menyalurkan bantuan secara langsung kepada pekerja-pekerja dalam sektor ekonomi gig dan memastikan mereka mendapat perlindungan sosial secara automatik.
Seorang balu B40 menang kes tuntutan pencen penakat terhadap PERKESO
oleh M. Sivaranjani Lum Kun Tai ialah seorang balu yang menuntut pencen penakat daripada PERKESO setelah suaminya meninggal dunia pada buan November 2015. Lum Kun Tai telah berkahwin dengan suaminya pada tahun 1991 mengikut adat tradisi di tokong dan mempunyai 4 anak. Salah seorang anaknya merupakan OKU. Permohonan untuk pencen penakat bagi Lum Kun Tai … Continue reading Seorang balu B40 menang kes tuntutan pencen penakat terhadap PERKESO
Kisah seorang pekerja pembersihan menang kes terhadap PERKESO di mahkamah
oleh S. Arutchelvan Pada 7 September 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur YA Dato Sri Mariana Binti Haji Yahya memberi keputusan yang berpihak kepada Valarmathy dan menolak keputusan Jemaah Rayuan PERKESO pada 4 Oktober 2019 yang mengklasifikasikan tuntutan Valar sebagai bukan satu bencana kerja. PERKESO sebelum ini menolak tuntutan Valar yang bekerja sebagai pekerja pembersihan … Continue reading Kisah seorang pekerja pembersihan menang kes terhadap PERKESO di mahkamah
Pekerja pembersihan sekolah menang kes lawan PERKESO di mahkamah
KUALA LUMPUR - 7 SEPTEMBER 2020: Pekerja pembersihan sekolah, Valarmathy, menang dalam kesnya melawan PERKESO di mahkamah hari ini. Dalam keputusan yang disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato Sri Mariana Binti Haji Yahya, adalah dinyatakan bahawa Valarmathy berhak untuk membuat tuntutan PERKESO berkenaan dengan kemalangannya semasa menghantar rakan sekerjanya pulang ke rumah. Sebelum … Continue reading Pekerja pembersihan sekolah menang kes lawan PERKESO di mahkamah
Kes pekerja pembersihan sekolah lawan PERKESO
oleh S. Arutchelvan Hari ini (3 September 2020), perbicaraan kes pekerja pembersihan Valarmathy melawan PERKESO berlangsung di hadapan Hakim YA Dato Sri Mariana Binti Haji Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Peguam yang mewakili Valar ialah Vivian Kuan, New Sin Yew dan Beatrice Chin. Peguam Valar menghujah dengan jelas dan nyata bahawa memang terdapat beberapa … Continue reading Kes pekerja pembersihan sekolah lawan PERKESO
Seorang pekerja pembersihan melawan PERKESO di mahkamah
Ini adalah satu kes di mana seorang pekerja pembersihan sekolah dinafikan hak untuk mendapat perlindungan PERKESO kerana pihak PERKESO menafsir undang-undang secara sempit. Valarmathy, berumur 47 tahun, ialah seorang pekerja pembersihan yang berkerja di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 1, Cheras, Selangor. Pekerjaannya di sekolah termasuklah kerja membersihkan longkang, membersihkan dewan, mengaturkan kerusi dan … Continue reading Seorang pekerja pembersihan melawan PERKESO di mahkamah