oleh M. Sivaranjani

Lum Kun Tai ialah seorang balu yang menuntut pencen penakat daripada PERKESO setelah suaminya meninggal dunia pada buan November 2015. Lum Kun Tai telah berkahwin dengan suaminya pada tahun 1991 mengikut adat tradisi di tokong dan mempunyai 4 anak. Salah seorang anaknya merupakan OKU.

Permohonan untuk pencen penakat bagi Lum Kun Tai telah ditolak oleh PERKESO dengan alasan bahawa perkahwinanya tidak didaftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Lum Kun Tai membuktikan bahawa dialah satu-satunya isteri kepada si mati suaminya dengan bukti-bukti pertaliannya sepanjang 24 tahun kehidupan bersama suaminya sehingga suaminya meninggal dunia.

Setelah PERKESO menolak tuntutannya, Lum Kun Tai membawa PERKESO ke Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial Pekerja (SSAB) dan Jemaah Rayuan memututskan bahawa Lum Kun Tai layak untuk mendapat pencen penakat walaupun perkahwinanya tidak didaftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkhawinan dan Penceraian) 1976. Tetapi, PERKESO mencabar Lum Kun Tai di Mahkamah Tinggi. Lum Kun Tai menang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2017 dan PERKESO masih lagi tidak berpuas hati dan teruskan rayuan di Mahkamah Rayuan. Akhirnya pada 28 September 2020, Lum Kun Tai menang mempertahankan haknya untuk tututan pencen penakat dengan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Lum Kun Tai telah dibantu oleh peguam Manimegalai yang mewakili Pusat Bantuan Guaman (LAC) Majlis Peguam Negara.

Persoalan yang wujud di sini adalah, mengapa PERKESO begitu degil mahu mencabar seorang balu yang merupakan pekerja B40 walaupun Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial Pekerja (SSAB) telah menyatakan Lum Kun Tai layak mendapat pencen penakat? Bukankah fungsi asas PERKESO adalah memberi perlindungan sosial kepada pekerja di Malaysia dan bukannya membazirkan caruman pekerja dengan membayar firma guaman besar seperti Skrine & Co untuk mengheret pekerja-pekerja miskin seperti Lum Kun Tai ke mahkamah. Ini satu masalah serius yang wujud pada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) masa kini. Pihak PERKESO mempunyai kuasanya untuk melihat undang-undang PERKESO dengan mengambilkira pelbagai faktor sosial berkenaan seseorang pekerja dan bukannya hanya mengikut undang-undang secara kaku. Kita harus mengembalikan fungsi asas penubuhan PERKESO. Akta PERKESO ini harus digunakan untuk memberi perlindungan sosial yang maksimum kepada pekerja dan memperluaskan lagi faedahnya pada masa hadapan.

==========

M. Sivaranjani ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Penyelaras Biro Pekerja PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s