20200619-B (2)

oleh Rani Rasiah

Pemandu lori yang bekerja dengan sebuah syarikat pengangkutan, TKSC Sdn Bhd, yang terletak di Chemor, Perak, menghadapi kesusahan akibat tidak mendapat gaji untuk tempoh dari 19 Mac hingga 4 Mei 2020. Seperti perniagaan yang lain, syarikat ini juga terpaksa tutup untuk tempoh tersebut kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan untuk mengawal penyebaran wabak COVID-19.

Pemandu-pemandu lori syarikat tersebut pernah dengar tentang beberapa skim yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu dalam pembayaran gaji kepada pekerja semasa PKP. Butiran tentang skim-skim tersebut amat mengelirukan mereka dari segi jumlah dan tempoh bayaran, serta syarat-syarat lain. Apabila mereka menghubungi pejabat majikan, mereka dimaklumkan bahawa mereka tidak layak mendapat sebarang bantuan oleh sebab mereka tiada gaji asas. Memang benar, gaji mereka hanya berasaskan komisen untuk jumlah perjalanan setiap bulan.

Dalam keadaan yang terdesak, beberapa orang pemandu telah pergi ke pejabat PERKESO untuk menanyakan sekiranya ada apa-apa bantuan yang boleh didapatkan oleh mereka daripada PERKESO.  Mereka rasa terkejut apabila diberitahu oleh pegawai PERKESO bahawa menurut rekod mereka, majikan mereka telahpun memohon dan mendapatkan bantuan PSU (Program Subsidi Upah) sebanyak RM1,200 setiap orang pekerja untuk bulan April 2020. Pegawai PERKESO menjelaskan kepada mereka bahawa majikan dikehendaki membuat penambahan kepada RM1,200 ini untuk mencapai gaji yang biasa mereka dapat. Ini bermakna sekiranya gaji purata seorang pemandu itu adalah RM2,000 setiap bulan, maka majikan perlu menambahkan lagi RM800 selain RM1,200 daripada PERKESO.

Pemandu-pemandu lori syarikat ini juga menghadapi masalah-masalah lain seperti pelbagai potongan gaji yang tidak sah. Oleh yang demikian, mereka telah pergi ke Pejabat Tenaga Kerja untuk mengadu tentang gaji yang tidak dibayar dan masalah-masalah lain.

Selepas aduan dibuat, majikan mula memasukkan wang ke dalam akaun mereka. Tetapi masih ada sesuatu yang tidak betul, yang bercanggah dengan maklumat yang diberikan oleh pegawai PERKESO. Sekiranya seorang pemandu diberi kerja untuk beberapa hari sahaja dan dapat komisen RM800, majikan menambah RM400 untuk mencapai RM1,200. Sekiranya komisen berjumlah RM1,100, maka ditambah RM100 untuk mencapai RM1,200. Berbeza dengan penjelasan PERKESO di mana gaji purata pekerja dibayar dengan majikan menambahkan bayaran kepada RM1,200 daripada PERKESO. Pekerja rasa keliru – adakah ini skim yang berlainan? Atau adakah ini satu lagi tipu helah majikan?

Semestinya bukan sahaja syarikat ini yang menyalahgunakan skim-skim ini. Bayangkan berapa ramai pekerja yang tidak dapat menikmati bantuan ini akibat tipu helah majikan, dan berapa ramai pekerja yang tidak berani membuat aduan sebab takut dibuang kerja. Keadaan ini wujud sebab syarat kerajaan bahawa hanya majikan boleh memohon untuk bantuan ini tanpa penglibatan pekerja. Pekerja sesuatu syarikat harus terlibat dalam permohonan untuk bantuan supaya mereka sedar tentang permohonan pernah dibuat dan sama ada permohonan itu lulus atau gagal, dan berapa wang bantuan yang mereka layak dapat. PERKESO harus memasukkan syarat baru supaya pihak PERKESO sendiri dan pekerja tidak kena tipu oleh majikan yang tidak bertanggungjawab.

==========

Rani Rasiah ialah Ahli Jawantankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM).

2 thoughts on “Majikan tipu pekerja: Dapat bantuan subsidi upah tetapi tidak bayar dengan betul

  1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
    Saya ingin bertanyakan mengenai subsidi upah. Sekiranya pihak syarikat telah mendapat subsidi upah sebanyak rm1200, adakah syarikat perlu membayar gaji basic rm1200 seperti dalam kontrak kerja dan ditambah dengan subsidi upah dari krjaan , menjadikan total seorang pekerja akan mendapat RM2400. Saya sebagai wakil majikan keliru dengan isu ini. Mohon pencerahan dari pihak tuan.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s