Pengundi Perancis sekali lagi terpaksa berdepan dengan pilihan yang sukar, sama ada terus memilih untuk mengekalkan seorang Presiden yang mengamalkan dasar neoliberal yang membawa kesengsaraan kepada rakyat biasa, ataupun mengundi seorang politikus pelampau kanan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan hendak memerintah dengan cara yang lebih autoritarian.
Komun Paris 1871: Pemerintahan kelas pekerja yang pertama di dunia
Komun Paris ialah sebuah pemerintahan yang revolusioner dan berbentuk sosialis radikal, yang wujud dari 18 Mac hingga 28 Mei 1871, di bandar Paris, Perancis. Walaupun tempoh kewujudannya yang sangat singkat, Komun Paris sebagai pemerintahan kelas pekerja yang pertama di dunia, telah membawa inspirasi yang hebat kepada usaha perjuangan pembebasan masyarakat di peringkat antarabangsa.
Perancis: Rakyat bangkit lawan dasar Liberal yang autoritarian
(Foto oleh Christophe Petit Tesson / EPA) Protes besar-besaran di Perancis berjaya memaksa kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron untuk menggugurkan rang undang-undang yang penuh kontroversi. Bandar-bandar utama di seluruh Perancis, seperti Paris, Lyon, Rennes, Tours, Montpellier, Nantes, Toulouse, Pau dan sebagainya, dilanda gelombang protes khususnya pada 28 November 2020, dengan rakyat turun ke jalanan untuk … Continue reading Perancis: Rakyat bangkit lawan dasar Liberal yang autoritarian
Mali: Protes dan kudeta jatuhkan Presiden Keïta
Selepas gelombang protes besar-besaran beberapa bulan kebelakangan ini dan pemberontakan oleh sebahagian pegawai dalam Angkatan Tentera Mali, Presiden Mali, Ibrahim Boubacar Keïta, mengumumkan perletakan jawatannya dalam siaran televisyen pada 19 Ogos 2020, di samping membubarkan kerajaan dan parlimen. Keïta berkata, “Saya tidak mahu pertumpahan darah untuk kekalkan kuasa saya.” Kudeta tentera yang terbaru di negara … Continue reading Mali: Protes dan kudeta jatuhkan Presiden Keïta
Perancis: Pekerja ambilalih restoran McDonald’s untuk agih makanan percuma
Pekerja-pekerja Perancis, telah mengambilalih dan menduduki sebuah restoran McDonald’s yang tertutup di bandar Marseille, untuk menukarkannya kepada pusat pengagihan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukannya pada ketika krisis pandemik koronavirus. Pekerja-pekerja yang mengambilalih restoran McDonald’s yang terletak di kawasan Saint-Barthélemy di utara bandar Marseille ini sejak awal bulan April 2020, mendapat sokongan daripada kumpulan-kumpulan seperti … Continue reading Perancis: Pekerja ambilalih restoran McDonald’s untuk agih makanan percuma
Perancis: Mogok hebat paksa kerajaan berkompromi
Setelah aksi mogok umum yang berterusan untuk lebih 6 minggu di Perancis untuk menentang “pembaharuan” terhadap sistem pencen oleh Kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron, dan gas pemedih mata terus berterbangan di jalanan bandar besar seperti Paris, Kerajaan Perancis akhirnya terpaksa menawarkan kompromi dalam usahanya menghentikan perjuangan kelas pekerja yang sedang menggugat kekuasaan pemerintah Perancis ini. … Continue reading Perancis: Mogok hebat paksa kerajaan berkompromi
Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)
Tahun 2019 merupakan satu tahun yang penuh dengan perjuangan. Dari awal tahun hingga ke akhir tahun, dari benua Afrika ke Asia dan Amerika Latin, rakyat turun beramai-ramai ke jalanan untuk berprotes, ada yang berjaya menjatuhkan rejim bersifat kediktatoran, ada yang berjaya memaksa kerajaan yang memerintah membatalkan dasar anti-rakyat yang cuba dibawanya, ada yang masih bertahan … Continue reading Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)
Perancis: Pekerja mogok untuk lawan “pembaharuan” pencen
Walaupun momentum gerakan Jaket Kuning (Gilets jaunes) sudah merosot pada ketika ia menyambut ulangtahun pertamanya pada bulan lalu, tetapi negara Perancis sekarang dilanda pula dengan gelombang aksi mogok pekerja yang terbesar sejak tahun 2010. Pekerja-pekerja Perancis yang marah pada rancangan kerajaan Presiden Emmanuel Macron untuk melaksanakan “pembaharuan” terhadap pencen yang bakal menghakis perlindungan hari tua mereka, … Continue reading Perancis: Pekerja mogok untuk lawan “pembaharuan” pencen
Setahun sudah Gerakan Jaket Kuning
17 November 2019 menandakan ulangtahun pertama pencetusan gerakan “Jaket Kuning” (Gilet Jaunes) di Perancis. Lebih kurang 600 orang aktivis gerakan Jaket Kuning dari seluruh negara Perancis telah mengadakan satu perhimpunan baru-baru ini pada 1-3 November 2019 di bandar Montpelier, untuk membincangkan masa depan gerakan Jaket Kuning menjelang ulangtahun yang pertama untuk gerakan rakyat yang hebat … Continue reading Setahun sudah Gerakan Jaket Kuning
Perancis: “Jaket Kuning” hantui rejim Macron
Satu gelombang protes besar-besaran telah melanda Perancis, dengan ratusan ribu demonstran turun ke jalanraya dan mendirikan sekatan jalan, untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron dan dasar-dasarnya yang anti-pekerja. Pertempuran hebat berlaku antara demonstran dengan polis di jalanan Paris, mencetuskan konflik jalanan yang paling ganas sejak peristiwa kebangkitan rakyat pada bulan Mei … Continue reading Perancis: “Jaket Kuning” hantui rejim Macron