Komun Paris 1871: Pemerintahan kelas pekerja yang pertama di dunia

Komun Paris ialah sebuah pemerintahan yang revolusioner dan berbentuk sosialis radikal, yang wujud dari 18 Mac hingga 28 Mei 1871, di bandar Paris, Perancis. Walaupun tempoh kewujudannya yang sangat singkat, Komun Paris sebagai pemerintahan kelas pekerja yang pertama di dunia, telah membawa inspirasi yang hebat kepada usaha perjuangan pembebasan masyarakat di peringkat antarabangsa.

Perancis: Rakyat bangkit lawan dasar Liberal yang autoritarian

(Foto oleh Christophe Petit Tesson / EPA) Protes besar-besaran di Perancis berjaya memaksa kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron untuk menggugurkan rang undang-undang yang penuh kontroversi. Bandar-bandar utama di seluruh Perancis, seperti Paris, Lyon, Rennes, Tours, Montpellier, Nantes, Toulouse, Pau dan sebagainya, dilanda gelombang protes khususnya pada 28 November 2020, dengan rakyat turun ke jalanan untuk … Continue reading Perancis: Rakyat bangkit lawan dasar Liberal yang autoritarian

Mali: Protes dan kudeta jatuhkan Presiden Keïta

Selepas gelombang protes besar-besaran beberapa bulan kebelakangan ini dan pemberontakan oleh sebahagian pegawai dalam Angkatan Tentera Mali, Presiden Mali, Ibrahim Boubacar Keïta, mengumumkan perletakan jawatannya dalam siaran televisyen pada 19 Ogos 2020, di samping membubarkan kerajaan dan parlimen. Keïta berkata, “Saya tidak mahu pertumpahan darah untuk kekalkan kuasa saya.” Kudeta tentera yang terbaru di negara … Continue reading Mali: Protes dan kudeta jatuhkan Presiden Keïta