Penternak lembu ladang Sime Darby gesa hentikan gangguan

Penternak-penternak lembu di sekitar kawasan Kuala Selangor, Selangor, telah membuat aduan polis pada 1 Mac 2020 di Balai Polis Sungai Kapar Indah ke atas pengurus ladang daripada syarikat Sime Darby berkenaan dengan ugutan untuk mengusir keluar lembu dari ladang. Penternak-penternak ini datang daripada Ladang Bukit Cherakah, Ladang Brownson dan Ladang Bukit Panjang. Menurut salah seorang … Continue reading Penternak lembu ladang Sime Darby gesa hentikan gangguan

Penternak jadi mangsa kepada pembangunan yang abaikan kesejahteraan rakyat marhaen

oleh Gandi CF Sejak kebelakangan ini, timbulnya banyak isu berkaitan dengan penternak dan petani, terutamanya isu pengusiran paksa. Beberapa bulan yang lepas, pihak pengurusan syarikat Sime Darby telah mengeluarkan notis pengusiran paksa kepada semua penternak yang mengusahakan penternakan lembu dan kambing di ladang-ladang Sime Darby, dan kelmarin pula satu kandang di Bukit Tinggi, Selangor, telah … Continue reading Penternak jadi mangsa kepada pembangunan yang abaikan kesejahteraan rakyat marhaen

Kandang Lembu diroboh sebelum penyelesaian muktamad

BUKIT TINGGI, SELANGOR: Walaupun penyelesaian untuk penempatan semula penternak yang mengusahakan kandang lembu dan kambing di Bukit Tinggi masih boleh dimuktamadkan, tetapi Kerajaan Selangor masih tergesa-gesa untuk merobohkan kandang penternakan tersebut. Anggota-anggota penguatkuasa daripada Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Majlis Perbandaran Klang dan polis telah dikerahkan secara beramai-ramai pada 17 Februari 2020, untuk merobohkan kandang … Continue reading Kandang Lembu diroboh sebelum penyelesaian muktamad

Menteri Pertanian digesa campurtangan untuk selamatkan rezeki penternak

PUTRAJAYA: Penternak-penternak yang menjalankan aktiviti penternakan di ladang-ladang Sime Darby, telah menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 19 September 2019, untuk menyuarakan bantahan terhadap “Notis Larangan Ternakan” yang dikeluarkan oleh Sime Darby. Para penternak menyeru pada Salahuddin Ayub selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mencampurtangan dalam isu ini … Continue reading Menteri Pertanian digesa campurtangan untuk selamatkan rezeki penternak

“Sime Darby, jangan usir kami!” seru penternak Kuala Selangor

KAPAR, SELANGOR – 7 SEPTEMBER 2019: Penternak-penternak yang mengusahakan penternakan lembu dan kambing di ladang Sime Darby sekitar Kuala Selangor, telah membuat aduan polis ke atas syarikat Sime Darby, pada hari ini di Balai Polis Sungai Kapar Indah, oleh kerana pihak syarikat Sime Darby hendak melakukan pengusiran secara paksa terhadap mereka dari kawasan ladang Sime … Continue reading “Sime Darby, jangan usir kami!” seru penternak Kuala Selangor

Petani Kuala Kuang perlu campurtangan Kerajaan Perak untuk hentikan pengusiran paksa

IPOH, PERAK: 7 orang petani dan penternak ikan dari Kampung Kuala Kuang, Chemor, Perak, merayu pada Kerajaan Negeri Perak supaya mencampurtangan dalam menyelesaikan masalah ancaman pengusiran paksa yang sedang dihadapi oleh mereka. Mereka telah menyerahkan satu memorandum kepada Kerajaan Negeri Perak pada 3 Mei 2019. Petani dan penternak ikan yang berkenaan telah menerima notis pengusiran … Continue reading Petani Kuala Kuang perlu campurtangan Kerajaan Perak untuk hentikan pengusiran paksa

Hentikan pengusiran paksa terhadap petani kawasan pertanian Kampung Kuala Bikam

BIDOR, PERAK: Sejak bulan Ogos 2018, kawasan pertanian dan penternakan ikan air tawar di kawasan tanah kerajaan yang terbiar di sekitar Kampung Kuala Bikam diancam oleh syarikat pengambilan pasir dan ejen-ejennya. Seramai 30 orang petani dan penternak dari Kampung Kuala Bikam sedang mengusahakan tanah bekas lombong seluas 190 ekar untuk lebih daripada 30 tahun  dengan … Continue reading Hentikan pengusiran paksa terhadap petani kawasan pertanian Kampung Kuala Bikam

Menjawab persoalan tentang isu perobohan kandang lembu Bukit Tinggi

(Berikut ialah tulisan oleh S. Arutchelvan, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, yang menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan berkenaan dengan isu perobohan kandang lembung di Bukit Tinggi, Klang, Selangor, pada 27 Ogos 2018.) Apabila saya terbaca komen-komen mengenai isu perobohan kandang lembu di Bukit Tinggi, maka saya terbawa untuk memberikan sedikit maklumbalas mengenai kritikan-kritikan yang dilontarkan terhadap … Continue reading Menjawab persoalan tentang isu perobohan kandang lembu Bukit Tinggi

Kandang lembu diroboh tanpa penyelesaian adil, aktivis PSM ditangkap polis

BUKIT TINGGI, SELANGOR – 27 Ogos 2018: Lebih 100 anggota penguatkuasa daripada pelbagai agensi kerajaan seperti polis, Majlis Perbandaran Klang dan Pejabat Daerah dan Tanah Klang, telah dikerahkan untuk merobohkan sebuah kandang lembung pada pagi tadi. 5 orang telah ditahan semasa operasi perobohan kandang lembu tersebut, termasuk 2 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) (iaitu … Continue reading Kandang lembu diroboh tanpa penyelesaian adil, aktivis PSM ditangkap polis