Petani-petani dan penternak-penternak di Semenanjung Malaysia telah mengemukakan tuntutan bersama kepada Perdana Menteri Muhiyiddin Yassin merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Negara yang sedang mengendalikan krisis wabak COVID-19, dengan seruan supaya pihak Kerajaan mengambil langkah-langkah untuk melindungi rezeki mereka dan memastikan jaminan makanan untuk semua rakyat.

Dalam memorandum yang ditujukan kepada Perdana Menteri pada 23 April 2020, para petani dan penternak kecil dari 62 buah kawasan di Semenanjung Malaysia telah memohon pada pihak Kerajaan untuk mencampurtangan dalam menyelesaikan kemelut mereka dan melindungi mereka yang mengusahakan aktiviti pertanian atau penternakan ini daripada ancaman pengusiran paksa yang sedang berlaku di merata tempat.

Walaupun petani-petani kecil dan penternak-penternak kecil ini sedang mengeluarkan sebahagian besar daripada sayur-sayuran, buah-buahan, ikan air tawar, produk tenusu dan daging untuk rakyat Malaysia, tetapi ramai antara mereka diancam oleh pengusiran paksa.

Ratusan petani kecil yang telah mengusahakan kebun-kebun mereka untuk tiga generasi diusir setiap tahun oleh syarikat-syarikat swasta yang baru yang diberi pemilikan ke atas tanah yang sedang diusahankan oleh petani-petani tersebut. Sementara itu, beberapa ribu penternak kecil sedang diancam oleh keputusan syarikat Sime Darby untuk menghalau semua penternak keluar dari ladang-ladang Sime Darby yang merupakan kawasan ragut untuk para penternak selama 50 tahun yang lalu.

Bencana wabak COVID-19 berkemungkinan besar akan menjejaskan jaminan makanan kepada rakyat Malaysia. Hampir 30% daripada makanan yang dimakan oleh rakyat kita masih diimport masuk dari negara luar. Jumlah nilai makanan yang diimport adalah RM 53 bilion pada tahun 2018. Import sayur-sayuran adalah bernilai RM 4.6 bilion manakala jumlah import tenusu dan daging adalah RM 7.7 bilion. Wujudnya risiko bahawa rantaian bekalan makanan dari luar negara akan diganggu oleh sebab penularan wabak yang serius di seluruh dunia. Oleh itu, adalah amat penting untuk memperkukuhkan jaminan makanan (food security) bagi rakyat Malaysia dan memastikan pengeluaran makanan tempatan – oleh pesawah padi, petani, nelayan dan penternak – dapat dipertingkatkan lagi. Ini bukan masanya untuk menekan para petani dan peternak dengan menghalau mereka keluar dari tanah yang sedang diusahakan mereka.

Tuntutan Petani-petani dan penternak-penternak:

1. Majlis Keselamatan Negara (MKN) harus meminta semua Kerajaan Negeri untuk mengumpulkan data tentang petani kecil dan penternak yang sedang mengusahakanpertanian di tanah kerajaan, dan juga maklumat tentang petani dan penternak yang sedang diancam oleh syarikat yang diberi pemilikan ke atas tanah yang diusahakan mereka dalam 15 tahun yang lalu.

2. MKN harus menganjurkan satu mesyuarat Majlis Tanah Negara (seperti yang diperuntukkan dalam Perkara91 Perlembagaan Malaysia) supaya menggubal satu polisi yang membolehkan petani dan penternak kecil untuk meneruskan dengan usaha mengeluarkan makanan. Perkara-perkara seperti berikut harus dibentangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara;

a) Moratorium terhadap pengusiran petani dan penternak atas alasan ingin membangunkan tanah tersebut untuk tujuan lain daripada pertanian dan penternakan. Untuk tempoh tahun 2020 dan 2021,tanah yang diguna untuk pertanian dan penternakan harus dikekalkan untuk tujuan itu;

b) Petani kecil yang sedang mengusahakan tanah kerajaan harus ditawarkan pajakan 20 tahun untuktanah yang diusahakanmereka (dengan had maksimum 20 ekar seorang) dengan syarat mereka meneruskan aktiviti penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, penternakan atau kolam ikan. Boleh juga disyaratkan bahawa pajakan itu boleh dibatalkan jika mereka menghentikan usaha bercucuk tanam untuk tempoh masa 18 bulan ke atas; dan

c) Kerajaan juga harus mengkaji untuk memberi bantuan dari segi kewangan atau subsidi untuk mengekalkan petani dan penternak kecil-kecilan ini supaya mereka dapatmeneruskan penglibatan mereka dalam memenuhi jaminan makanan.

3. MKN harus mencampurtangan dalam menyelesaikan masalah antara penternak lembu dengansyarikat Sime Darby yang sedang cuba mengusirkan ratusan penternak kecil keluar dari ladang-ladang Sime Darby di seluruh Malaysia. Perkara ini perlu diselesaikan dengan baik memandangkan kawasan ladang telahpun digunakan sebagai kawasan ragut selama 50 tahun yang lalu tanpa menjejaskan hasil perladangan, dan penternak yang bersandar pada ladang-ladang merupakan penyumbang terbesar kepada pengeluaran tenusu dan daging di Malaysia. Sime Darby merupakan sebuah GLC dan harus dinasihat untuk berkerjasama demi kepentingan jaminan makanan rakyat Malaysia.

4. Jika tanah pertanian dan penternakan ini harus diambil atas sebab-sebab kepentingan negara yang lebih mendesak, maka tanah mereka harus digantikan di kawasan lain yang sesuai dengan terma yang munasabah dan diberi masa yang mencukupiuntuk perpindahan.

Petani-petani kecil dan penternak-penternak kecil ini yang terjejas ini menyatakan harapan mereka untuk bertemu dengan seorang Ahli Majlis Keselamatan Negara yang dipertanggungjawabkan oleh Perdana Menteri, supaya isu-isu yang dikemukakan oleh mereka ini dapat diperjelaskan lagi. Mereka menyeru pada Perdana Menteri supaya mengambil berat isu ini, kerana ia bukan sahaja melibatkan rezeki puluhan ribu orang petani dan penternak kecil, tetapi juga berkaitan dengan jaminan makanan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Memorandum kepada Kerajaan daripada Jawatankuasa Petani dan Penternak ini disokong oleh kumpulan-kumpulan petani dan penternak berikut:

  1. Petani Kecil Tanah Hitam, Chemor
  2. Petani Kg Bali, Kuala Kuang, Chemor
  3. Petani Moden Kanthan, Chemor
  4. Petani dan Penternak Batu Puteh, Kampar
  5. Petani dan Penternak, Mambang Diawan, Kampar
  6. Petani dan Penternak Kuala Kampar, Malim Nawar
  7. Pekebun buah-buahan, Kg. Baru Kuala Bikam, Sungkai
  8. Petani Kecil, Wilayah SMTD, Chenderiang
  9. Petani Kg Baru Coldstream, Bidor
  10. Petani dan Penternak Tronoh, Batu Gajah
  11. Penternak Ikan Koi Kg Bali, Tronoh
  12. Penternak Ladang Elphil, Sg Siput
  13. Petani kecil Ladang Kamiri, Sg Siput
  14. Penternak Ladang Kamuning, Sg Siput
  15. Penternak Kamiri, Sg Siput
  16. Penternak Ladang Changkat, Sg Siput
  17. Pekebun Kecil Cameron Highlands
  18. Petani Ringlet, Cameron Highlands
  19. Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah)
  20. Penternak Ladang Elphil, Sg Siput
  21. Petani kecil Ladang Kamiri, Sg Siput
  22. Penternak Ladang Kamuning, Sg Siput
  23. Penternak Ladang Kamiri, Sg Siput
  24. Penternak Ladang Changkat, Sg Siput
  25. Penternak Ladang Sungai Baru, Bahagian Lubuk China Linggi
  26. Penternak Batu 18 Ladang Sengkang, Pasir Panjang
  27. Penternak Batu 14 Ladang Sengkang, Pasir Panjang
  28. Penternak Batu 22 Ladang Sengkang, Pasir Panjang
  29. Penternak Ladang Bukit Pelanduk, Division B1, B2, B3
  30. Penternak Ladang Tampin Linggi
  31. Penternak Ladang Lim Sum, Rantau
  32. Penternak Ladang Port Dickson, Lukut
  33. Penternak Ladang Saga
  34. Penternak Ladang Sua Betong
  35. Penternak Ladang Sungai Ujong Sua, Betong
  36. Penternak Ladang Majery
  37. Penternak Ladang Salak
  38. Penternak Ladang Sendayan
  39. Penternak Ladang Sungai Salak
  40. Penternak Ladang Tanah Merah A3
  41. Penternak Ladang Tanah Merah A4
  42. Penternak Ladang Kirby
  43. Penternak Ladang Merlimau
  44. Penternak Ladang Serkam
  45. Penternak Ladang Kesang Pjak
  46. Penternak Ladang Bukit Asahan
  47. Penternak Ladang Bukit Kajang
  48. Penternak Ladang Diamond Jubilee
  49. Penternak Ladang Kemuning Tebung
  50. Penternak Ladang Batu 21 Sungai Baru, Masjid Tanah
  51. Penternak Ladang Ledang Batu 20, Tangkak
  52. Ladang Gunung Mas Chaah
  53. Penternak Ladang Simpang Giri Chaah
  54. Penternak Ladang Gathiri Chaah
  55. Penternak Ladang Bukit Kerayong
  56. Penternak Ladang Sabak Bernam
  57. Penternak Ladang Bukit Cheraka
  58. Penternak Ladang Sungai Buloh Bukit Rotan
  59. Penternak Ladang Bukit Panjang
  60. Penternak Ladang Braunston
  61. Penternak Ladang Sungai Kapar Indah
  62. Penternak Ladang Sepang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *