KUALA LUMPUR – 11 JULAI 2019: Laungan slogan “Tolak Tambak!”, “Tolak Pulau Palsu!”, “Bantah projek bodoh!”, “Hidup nelayan!” menggegarkan jalan menuju ke Bangunan Parlimen pada hari ini. Lebih kurang 200 orang yang prihatin pada isu penambakan laut mengadakan protes di hadapan Parlimen untuk menggesa kerajaan supaya menghentikan rancangan projek penambakan laut di Selatan Pulau Pinang. … Continue reading Jangan taburkan pasir dalam periuk nasi nelayan! – Protes tolak tambak di depan Parlimen
Sokong turunkan umur pengundi, tapi adakah kerajaan sedia hormati suara pengundi?
oleh Nik Aziz Afiq bin Abdul Pemuda PSM menzahirkan sokongan kepada usul pindaan perlembagaan bagi menurunkan kelayakan umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun. Menurut kenyataan Azhar Azizan Harun selaku Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), usul ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 4 Julai ini untuk dibahaskan. Kami melihat usul ini penting sekiranya … Continue reading Sokong turunkan umur pengundi, tapi adakah kerajaan sedia hormati suara pengundi?
Rakyat tuntut pelaksanaan IPCMC
KUALA LUMPUR: Gabungan Tuntut IPCMC telah mengadakan satu aksi protes di hadapan Bangunan Parlimen pada 8 April 2019, untuk menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen dengan tuntutan pelaksanaan segera penubuhan Suruhanjaya Besa Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Wakil daripada masyarakat sivil dan keluarga mangsa kematian dalam tahanan polis telah hadir dalam aksi ini. Baru-baru ini, … Continue reading Rakyat tuntut pelaksanaan IPCMC
Kerajaan perlu kaji semula gaji minimum RM1,050
"Menetapkan kadar gaji minimum boleh memberikan kesan positif kepada pekerjaan dan kestabilan industri dan merupakan satu kaedah membasmi kemiskinan. Kerajaan mempunyai tanggungjawab yang penting untuk melaksanakannya dan beberapa ketetapan perlu dipatuhi. Salah satunya adalah dialog sosial." - Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 2002 Berikut ialah memorandum bersama menuntut kaji semula gaji minimum yang diserahkan oleh Gabungan … Continue reading Kerajaan perlu kaji semula gaji minimum RM1,050
(Galeri gambar) Aksi protes gaji minimum di depan Parlimen
Satu aksi protes membantah kenaikan gaji minimum yang tidak mencukupi telah berlangsung pada 17 Oktober 2018. Protes anjuran Gabungan Bantah RM1050 ini disertai oleh ahli-ahli kesatuan sekerja, aktivis-aktivis sosial dan pekerja-pekerja biasa, yang membawa tuntutan pekerja untuk gaji yang adil dengan sepanduk yang berwarna-warni dan laungan yang penuh bersemangat. Berikut ialah koleksi gambar-gambar yang diambil … Continue reading (Galeri gambar) Aksi protes gaji minimum di depan Parlimen
Protes bantah gaji minimum yang terlalu rendah di depan Parlimen
KUALA LUMPUR – 17 OKTOBER 2018: Lebih 300 orang telah berprotes di hadapan bangunan Parlimen pada hari ini, untuk membantah kenaikan gaji minimum RM 50 yang amat sedikit. Laungan slogan seperti “Bantah 1050!”, “Jangan hina pekerja!”, “Gaji rendah, pekerja susah!” kuat kedengaran di sepanjang jalan menuju ke bangunan Parlimen, di samping pelbagai sepanduk yang tertulis … Continue reading Protes bantah gaji minimum yang terlalu rendah di depan Parlimen