Tolak Apartheid Vaksin

Jika kita membenarkan negeri-negeri yang lebih kaya untuk memperoleh vaksin secara sendiri, bagaimana pula dengan negeri-negeri yang lebih miskin dalam Persekutuan Malaysia? Adakah nyawa rakyat di negeri-negeri lebih miskin itu kurang bernilai berbanding dengan penduduk-penduduk di Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak?

Vaksin COVID-19: Biar cermat asal selamat!

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Ianya cukup jelas bahawa kita memerlukan vaksin COVID-19 bagi melawan pandemik koronavirus. Jika sejumlah besar populasi kita diimunkan secara signifikan – biarpun buat hanya sementara waktu atau untuk tempoh selama setahun atau dua – pastinya kadar jangkitan koronavirus akan menurun. Sekaligus, bermakna yang kita dapat mengurangkan tahap penjarakan sosial, serta lebih … Continue reading Vaksin COVID-19: Biar cermat asal selamat!

Kuba mantap hadapi COVID-19, sekatan dan dwistandard dasar imperialis

oleh Ibete Fernández Hernández (diterjemah daripada tulisan asal dalam Bahasa Inggeris yang boleh dibaca di sini) Pandemik COVID-19 yang menjejaskan dunia tanpa mengira kelas sosial, kaum ataupun kekayaan yang dimiliki sejak bulan Disember 2019, mengancam untuk menghapuskan sebahagian besar penduduk dunia. Penularan virus yang cepat menyebabkan kita meninjau semula cara-cara baru  untuk hidup dan bekerjasama … Continue reading Kuba mantap hadapi COVID-19, sekatan dan dwistandard dasar imperialis

Ada apa dengan Pendapatan Asas Sejagat (UBI)?

Dalam keadaan krisis ekonomi yang membawa kepada pengangguran dan kehilangan pendapatan secara meluas dalam masyarakat, sehingga wujudnya kemungkinan semakin ramai orang tidak mempunyai punca pendapatan tetap untuk mendapatkan makanan yang mencukupi, UBI semakin menjadi satu topik perbincangan hangat sebagai solusi kepada masalah ini. UBI yang dimaksudkan di sini bukannya ubi kentang, ubi kayu atau ubi keledek … Continue reading Ada apa dengan Pendapatan Asas Sejagat (UBI)?

Kenapa AS begitu celaru dalam menangani COVID-19?

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Cara Amerika Syarikat (AS) menangani wabak COVID-19 yang sangat tidak berkesan boleh menjadi agak membimbangkan, kerana adalah semakin jelas bahawa ia tidak terbatas pada Presiden AS dan pasukan di sekelilingnya. Imej-imej dari Michigan dan negeri-negeri yang lain di AS di mana rakyat biasa menuntut hak mereka untuk berhimpun dalam kumpulan besar, … Continue reading Kenapa AS begitu celaru dalam menangani COVID-19?

Koronavirus, kegawatan, krisis dan kapitalisme

Sungai Yangtze atau Sungai Panjang di China, sungai terpanjang di benua Asia, mengalir melalui satu tempat yang sebegini di wilayah Hubei yang terletak di bahagian tengah Tanah Besar China: Di tebing barat laut Sungai Yangtze, terdapat sebuah tempat bernama Hanyang, yang pernah menjadi pusat perindustrian yang penting di China, di mana kilang senjata Hanyang yang … Continue reading Koronavirus, kegawatan, krisis dan kapitalisme

Kenapa Kerala tangani wabak COVID-19 lebih baik berbanding California?

Negeri Kerala yang terletak di bahagian barat daya India, merupakan negeri pertama di India yang melaporkan kes COVID-19 di mana kes pertamanya dikesan pada 30 Januari 2020, tetapi selepas tiga bulan setengah berlalu, setakat 15 Mei 2020, Kerala yang berjumlah penduduk lebih 34 juta orang hanya mencatatkan 560 kes jangkitan COVID-19, dan 4 kematian, iaitu … Continue reading Kenapa Kerala tangani wabak COVID-19 lebih baik berbanding California?

Bina masa depan lebih baik bagi rakyat pekerja ketika zaman pelbagai krisis (Kenyataan Bersama Parti-parti Kiri Asia Tenggara untuk Hari Pekerja Sedunia 2020)

Kenyataan Bersama Hari Pekerja Sedunia 2020 - 1 Mei 2020 Bina masa depan lebih baik bagi rakyat pekerja ketika zaman pelbagai krisis (Kenyataan ini dirangka oleh parti-parti kiri dan pertubuhan-pertubuhan buruh di Asia Tenggra, dan disokong oleh kumpulan-kumpulan dari Asia Tenggara dan di luar rantai ini.)  Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dunia terkesan dengan teruk dan … Continue reading Bina masa depan lebih baik bagi rakyat pekerja ketika zaman pelbagai krisis (Kenyataan Bersama Parti-parti Kiri Asia Tenggara untuk Hari Pekerja Sedunia 2020)

Retrospektif: Bagaimana jikalau Mahathir kendalikan krisis COVID-19?

oleh S. Arutchelvan Banyak pihak memuji cara Malaysia mengendalikan wabak COVID-19. Jumlah kes baru yang dilaporkan pada 17 April 2020 adalah yang terendah sejak PKP (Perintah Kawalan pergerakan) dikuatkuasakan, dengan jumlah kes baru yang dilaporkan di Malaysia adalah 69. Ini memang suatu berita yang menggembirakan tetapi kita tidak boleh terlalu ghairah dengan statistik ini, dan … Continue reading Retrospektif: Bagaimana jikalau Mahathir kendalikan krisis COVID-19?