Hentikan sekatan ekonomi, selamatkan nyawa!

Sekatan ekonomi yang dikenakan oleh kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS) ke atas negara-negara yang tidak sehaluan dengannya sedang mengganggu usaha negara-negara tersebut dalam menghadapi ancaman pandemik COVID-19. “Pengenaan sekatan ekonomi melumpuhkan yang berterusan menjejaskan secara teruk hak asasi rakyat biasa untuk mendapatkan makanan yang mencukupi,” begitu katanya Hilal Elver, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak … Continue reading Hentikan sekatan ekonomi, selamatkan nyawa!

AS masih mahu ancam Venezuela pada ketika pandemik global

Walaupun negara Amerika Syarikat (AS) merupakan negara yang paling teruk dilanda wabak COVID-19, dengan jumlah kes positif jangkitan COVID-19 telah mencecah lebih 300 ribu orang, menjadikannya negara dengan paling banyak kes COVID-19 yang disahkan, tetapi kerajaan AS di bawah pimpinan Donald Trump masih meneruskan sikap pembulinya terhadap negara-negara yang tidak sehaluan dengan kepentingan imperialis AS. … Continue reading AS masih mahu ancam Venezuela pada ketika pandemik global

Solidariti antarabangsa untuk pertahan hak rakyat hidup bermaruah

Penularan pandemik COVID-19 telah menjejaskan kehidupan harian rakyat di merata dunia, dan hampir melumpuhkan seluruh dunia. Berbilion orang berada dalam pelbagai peringkat keadaan “perintah kurung”, dan “penjarakan sosial” telah menjadi satu istilah sejagat. Kepimpinan kerajaan dunia, dari Donald Trump dan Boris Johnson sehingga Narendra Modi dan Jair Bolsonaro, telah menunjukkan sepenuhnya kebodohan dan kelemahan mereka dalam … Continue reading Solidariti antarabangsa untuk pertahan hak rakyat hidup bermaruah

Mobilisasi untuk pertahan kehidupan bermaruah – Seruan anti-imperialis untuk menghadapi krisis COVID-19

Pada ketika dunia sedang dilanda pandemik, Jawatankuasa Penganjur Minggu Perjuangan Anti-Imperialis telah menyeru untuk mobilisasi untuk mempertahankan kehidupan bermaruah. Berikut ialah kenyataan daripada Minggu Perjuangan Anti-Imperialis: Penularan COVID-19 di seluruh dunia telah menjana krisis yang serius, yang akan memberi kesan kepada ratusan ribu orang yang telah dijangkiti oleh koronavirus ini. Corak kehidupan untuk majoriti rakyat … Continue reading Mobilisasi untuk pertahan kehidupan bermaruah – Seruan anti-imperialis untuk menghadapi krisis COVID-19

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat: Berada di landasan betul tapi perlu lagi anjakan paradigma

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Dunia kita sedang dilanda krisis yang serius dalam tiga aspek. Aspek pertama dan punca pencetus krisis ini ialah pandemik COVID-19 yang sedang menular di seluruh dunia. Pandemik ini menimbulkan beban berlebihan yang hebat ke atas perkhidmatan perubatan, malah di negara-negara yang terkaya di dunia. Kadar kematian di Itali, pada takat ini … Continue reading Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat: Berada di landasan betul tapi perlu lagi anjakan paradigma

Ujian COVID-19 dan KWSP: Jangan umum sesuatu sebelum berfikir betul-betul

oleh S. Arutchelvan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya berhenti membuat keputusan tergesa-gesa pada ketika seluruh negara sedang menempuh kesusahan.  1. Isu bayaran ujian COVID-19 Perdana Menteri berkata dalam sidang akhbar tengahari tadi (23 Mac 2020) bahawa warga asing perlu membayar untuk ujian COVID-19. Namun, nasib baiknya Ketua Pengarah Kesihatan … Continue reading Ujian COVID-19 dan KWSP: Jangan umum sesuatu sebelum berfikir betul-betul

Tumpukan perhatian ke atas rakyat dalam menghadapi Pandemik Global

Berikut ialah Deklarasi Antarabangsa yang dirangka oleh Perhimpunan Rakyat Antarabangsa (International Assembly of the Peoples) dan Tricontinental: Institute for Social Research. Teks asal Deklarasi di sini. SARS-CoV-2 atau COVID-19, yang diisytihar sebagai pandemik global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekarang ini, telah mula membawa bencana di sebahagian besar dunia, dengan bahagian dunia yang lain sedang menunggu … Continue reading Tumpukan perhatian ke atas rakyat dalam menghadapi Pandemik Global

Wabak penyakit dan kapitalisme

Tirai kapitalisme dibuka dengan penularan wabak Pada tahun 1545-1548, sejenis wabak penyakit demam berdarah yang dikenali sebagai Cocoliztli merebak di wilayah Sepanyol Baru (Nueva España), iaitu tanah jajahan Empayar Sepanyol pada masa itu di kawasan Mexico hari ini, dianggarkan telah membunuh seramai 5 juta hingga 15 juta orang penduduk masyarakat orang asal tempatan, ataupun bersamaan … Continue reading Wabak penyakit dan kapitalisme

WHO isytihar COVID-19 sebagai Pandemik

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytihar pada 11 Mac 2020 bahawa wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) boleh disifatkan sebagai “Pandemik”, iaitu kejadian wabak besar-besaran yang merebak seantero dunia dan melibatkan populasi yang besar. Ini merupakan pandemik pertama yang disebabkan oleh koronavirus (wabak SARS yang juga disebabkan oleh jangkitan koronavirus pada tahun 2002-2003 hanya dikategorikan sebagai epidemik). … Continue reading WHO isytihar COVID-19 sebagai Pandemik