Gelombang revolusi yang melanda pada tahun 1830 merupakan lanjutan momentum Revolusi Perancis 1789 yang belum selesai dalam suasana dominasi kekuasaan konservatif di seluruh benua Eropah.
Perjuangan Kemerdekaan Amerika Latin (Siri Revolusi Dunia – 07)
Perjuangan kemerdekaan Amerika Latin merupakan gelombang perjuangan anti-kolonial yang hebat, di mana sesetengahnya berpandukan idea-idea radikal untuk penghapusan perhambaan, kebebasan sivil, kesamarataan kaum, kedaulatan rakyat dan penyatuan bangsa tertindas.
Persoalan Taiwan: Pertembungan kuasa besar dunia dan cabaran kepada keamanan serantau
Pergolakan rentas Selat Taiwan yang terbaru ini mengedepankan semula Persoalan Taiwan di mata dunia. Walaupun Taiwan sebuah negara yang merdeka secara de facto, tetapi Kerajaan China sentiasa mendakwa bahawa negara pulau itu ialah sebahagian daripada wilayahnya. Sementara itu, negara AS yang pernah menempatkan tentera di Taiwan dahulu telah mengambil pendirian yang kabur dalam Persoalan Taiwan untuk beberapa dekad kebelakangan ini untuk percaturan geostrategiknya. Namun, dengan persaingan kuasa geopolitik antara AS dan China semakin meningkat dalam beberapa tahun yang kebelakangan ini, Persoalan Taiwan telah dijadikan sebagai pertaruhan.
Ireland Utara: Sinn Féin capai kemenangan bersejarah
Sinn Féin muncul sebagai parti nasionalis Ireland yang pertama menang paling banyak kerusi Dewan Undangan Ireland Utara dalam pilihanraya terbaru di wilayah tersebut. Ini merupakan satu kemenangan yang bersejarah bagi gerakan politik nasionalis republikan di Ireland Utara.
Revolusi Xinhai: Pembebasan nasional yang separuh jalan
Pada 10 Oktober 1911, tercetusnya satu pemberontakan di bandar Wuchang yang menandakan permulaan Revolusi Xinhai yang akhirnya menjatuhkan pemerintahan kerajaan monarki Dinasti Qing. Namun, revolusi nasionalis ini hanya berlaku sehingga separuh jalan apabila hasil kejayaannya diculik oleh golongan panglima tentera perang dan oligarki masyarakat yang mengekalkan keadaan semi-feudal dan semi-kolonial di negara China…
Kronologi Revolusi Dunia (Bahagian 3)
Sejarah masyarakat manusia penuh dengan perjuangan rakyat yang menentang kezaliman dan membebaskan diri daripada penindasan. Kronologi sejarah revolusi dunia ini (dalam 3 bahagian) menyenaraikan peristiwa-peristiwa perjuangan rakyat di seluruh pelusuk dunia, merangkumi kebangkitan rakyat melawan penindasan, pemberontakan menentang kuasa pemerintahan yang zalim, penentangan terhadap kekuasaan penjajah dan revolusi yang mengubah sistem masyarakat. (Ini bukannya senarai … Continue reading Kronologi Revolusi Dunia (Bahagian 3)
Kronologi Revolusi Dunia (Bahagian 2)
Sejarah masyarakat manusia penuh dengan perjuangan rakyat yang menentang kezaliman dan membebaskan diri daripada penindasan. Kronologi sejarah revolusi dunia ini (dalam 3 bahagian) menyenaraikan peristiwa-peristiwa perjuangan rakyat di seluruh pelusuk dunia, merangkumi kebangkitan rakyat melawan penindasan, pemberontakan menentang kuasa pemerintahan yang zalim, penentangan terhadap kekuasaan penjajah dan revolusi yang mengubah sistem masyarakat. (Ini bukannya senarai … Continue reading Kronologi Revolusi Dunia (Bahagian 2)
Idea kerakyatan Melayu untuk semua kaum wajar dibincang
oleh S. Arutchelvan Cadangan Tengku Razaleigh Hamzah untuk memberikan kerakyatan Melayu kepada semua kaum adalah satu idea yang memang hebat dan wajar dibincang jika kita hendak menguburkan masalah perkauman yang nampaknya semakin menebal di negara kita walaupun sudah merdeka lebih 60 tahun. Idea hebat ini pernah diusulkan oleh PUTERA-AMCJA pada tahun 1947, dan andaikata jika … Continue reading Idea kerakyatan Melayu untuk semua kaum wajar dibincang
Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?
Kapitalisme yang berlandaskan eksploitasi berterusan terhadap tenaga kerja dan sumber alam semulajadi untuk menjana keuntungan sebanyak mungkin kepada golongan pemodal dan syarikat korporat, merupakan satu sistem ekonomi yang mempunyai sifat perluasan yang paling hebat dalam sejarah masyarakat manusia di atas muka bumi ini. Di bawah sistem kapitalis, golongan korporat memiliki kebanyakan benda dalam masyarakat dan … Continue reading Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?
Kegagalan Pakatan Harapan: Pertembungan antara naratif?
oleh Dr Jeyakumar Devaraj Semua orang dinasihati supaya belajar dari kesilapan. Begitu juga dengan gerakan politik – jika mereka mahu melakukan yang lebih baik pada masa depan. Malangnya, saya tidak melihat pandangan sebegitu dibangunkan dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan (PH) dalam kebanyakan perbincangan yang saya adakan dengan mereka sejak “Langkah Sheraton” yang mencetuskan kejatuhan Kerajaan PH. Penyokong PH bukan Melayu sukar memahami … Continue reading Kegagalan Pakatan Harapan: Pertembungan antara naratif?