Hentikan pemusnahan kawasan pertanian sayur terbesar di Perak: Petani Hulu Kinta minta campur tangan Anwar Ibrahim

Petani-petani kecil di kawasan Hulu Kinta yang sedang menghadapi pelbagai ancaman pengusiran menyerahkan memorandum kepada Pejabat Ahli Parlimen Tambun dengan permintaan supaya Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Tambun yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia, mencampur tangan dalam menghentikan pemusnahan tanah pengeluaran makanan.

Jangan usir! Kekalkan Changkat Kinding sebagai kawasan pertanian

“Negara kita sedang menghadapi masalah kekurangan makanan dan harga makanan asas sedang meningkat,” kata Dr. Jeyakumar, Pengerusi Nasional PSM, semasa penyerahan memorandum bersama dengan petani-petani Changkat Kinding. “Negara kita sedang mengimport barangan makanan yang bernilai RM60 bilion setahun. Ini bukannya masa untuk menghancurkan kapasiti kita untuk mengeluarkan bahan-bahan makanan bagi rakyat kita!”