Afrika Selatan: Pekerja bermogok tuntut perubahan dasar yang radikal

(foto: Twitter SAFTU) Ratusan ribu pekerja Afrika Selatan mengambil bahagian dalam mogok besar-besaran yang diadakan pada 24 Februari 2021. Mogok umum yang diadakan oleh Persekutuan Kesatuan Sekerja Afrika Selatan (SAFTU) yang terdiri daripada 24 buah kesatuan sekerja ini mengetengahkan tuntutan pekerja untuk perubahan radikal terhadap dasar ekonomi negara Afrika Selatan, termasuk pemiliknegaraan semua industri monopoli … Continue reading Afrika Selatan: Pekerja bermogok tuntut perubahan dasar yang radikal

Iktiraf pekerja pembersihan hospital sebagai frontliner

Kenyataan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk memasukkan pekerja kontrak di hospital kerajaan dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Keputusan kerajaan tersebut jelas menunjukkan bahawa pekerja pembersihan hospital kerajaan juga harus diiktiraf sebagai … Continue reading Iktiraf pekerja pembersihan hospital sebagai frontliner

Pekerja pembersihan Hospital Seri Manjung menang kes tuntut OT tidak dibayar

Seorang pekerja pembersihan di Hospital Seri Manjung yang memfailkan tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan bayaran kerja lebih masa (OT) sejam setiap hari yang tidak dibayar, telah menang kesnya pada 11 Januari 2021 di Mahkamah Buruh Sitiawan. Kemenangan kes tuntutan oleh pekerja ini menunjukkan bahawa tindakan majikannya, iaitu syarikat UEMS yang merupakan kontraktor swasta … Continue reading Pekerja pembersihan Hospital Seri Manjung menang kes tuntut OT tidak dibayar

JPKK gesa Kementerian Kesihatan iktiraf pekerja perkhidmatan sokongan hospital sebagai frontliner

PUTRAJAYA – 3 DISEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Kesihatan pada hari ini untuk menggesa pihak Kementerian supaya mengiktiraf perkhidmatan sokongan hospital (seperti pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan) sebagai sebahagian daripada barisan hadapan (frontliner) supaya mereka tidak dinafikan faedah yang diberikan kepada golongan frontliner, menyerapkan semua pekerja perkhidmatan sokongan … Continue reading JPKK gesa Kementerian Kesihatan iktiraf pekerja perkhidmatan sokongan hospital sebagai frontliner

Kempen sedunia tuntut #MakeAmazonPay

Syarikat Amazon, sebuah syarikat teknologi multinasional yang beribupejabat di Amerika Syarikat, merupakan salah sebuah syarikat korporat dengan nilai pasaran melebihi USD1 trilion, bersama-sama dengan syarikat Apple dan Microsoft, sementara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon, Jeff Bezos, orang yang terkaya di dunia pada masa kini, telah menjadi orang pertama di dunia yang memiliki kekayaan lebih USD200 … Continue reading Kempen sedunia tuntut #MakeAmazonPay

Wira, wirawati dan frontliner yang dilupakan dalam Belanjawan 2021

Kenyataan bersama oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) tidak bersetuju dengan Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Parlimen oleh Kerajaan Persekutuan pada 6 November 2020, kerana Belanjawan … Continue reading Wira, wirawati dan frontliner yang dilupakan dalam Belanjawan 2021

Pekerja pembersihan hospital yang sepatutnya dikuarantin diarahkan majikan untuk terus bekerja

oleh M. Sarasvathy Beberapa orang pekerja pembersihan di Hospital Bukit Mertajam tidak dikuarantin selepas menjalani ujian swab COVID-19, sebaliknya diarahkan oleh pihak majikan Edgenta UEMS (UEMS) untuk bekerja seperti biasa dengan pekerja-pekerja lain. Kesihatan dan keselamatan pekerja pembersihan terus diabaikan dan UEMS bersikap tidak bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerja. Pada 11 November 2020, semua petugas kesihatan, … Continue reading Pekerja pembersihan hospital yang sepatutnya dikuarantin diarahkan majikan untuk terus bekerja

Sistem Aduan Pekerja (SiAP) dilancarkan

Sistem Aduan Pekerja (SiAP), satu inisiatif terbaru aktivis-aktivis pekerja untuk menerima aduan dan memperkasakan pekerja dalam memperjuangkan hak asasi pekerja, dilancarkan secara rasminya dalam satu sidang akhbar siaran atas talian pada hari ini (5 November 2020). SiAP merupakan sistem pengaduan atas talian yang diwujudkan oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), dengan usahasama daripada organisasi yang … Continue reading Sistem Aduan Pekerja (SiAP) dilancarkan