GEORGETOWN, PULAU PINANG – 24 MAC 2022: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menganjurkan satu aksi piket pada hari ini di hadapan bangunan HSBC di Lebuh Downing, Georgetown, Pulau Pinang, untuk membantah pemangsaan pekerja dan pencabulan hak kesatuan pekerja yang dilakukan oleh pihak pengurusan HSBC Bank Malaysia Berhad.

Lebih kurang 200 orang ahli kesatuan NUBE telah turun berpiket pada hari ini untuk mengetengahkan suara pekerja yang ditindas oleh HSBC dan menggesa pihak pengurusan HSBC supaya menyelesaikan 300 pertikaian perusahaan yang telah wujud sejak tiga tahun lalu. Ini merupakan aksi piket di hadapan ibu pejabat HSBC yang kedua pada tahun ini, selepas satu piket yang diadakan di Johor Bahru pada 10 Mac 2022.

Turut hadir bersolidariti dalam aksi piket pada hari ini ialah J. Solomon selaku Setiausaha Agung NUBE, dan juga kepimpinan kesatuan lain yang menyokong perjuangan pekerja-pekerja bank ini, termasuk S. Ravindran selaku Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Bahagian Pulau Pinang.

Antara isu pencabulan hak asasi manusia yang diketengahkan oleh pekerja-pekerja bank yang berpiket terhadap HSBC ialah:

  • HSBC menyumberkan luar pekerjaan kepada pihak ketiga, dan memaksa pekerja-pekerja yang sedia ada untuk menerima skim pemisahan sukarela (VSS) kemudian baru memohon kerja semula dengan HSBC;
  • Pihak pengurusan HSBC bersikap tidak adil, tidak profesional dan mendiskriminasi terhadap kesatuan NUBE dan ahli-ahlinya, seperti berlengah-lengah untuk menyelesaikan aduan pekerja dan menghalang ahli kesatuan daripada memasuki premis bank untuk bermesyuarat;
  • Pihak pengurusan HSBC sengaja mengelakkan apa-apa penyelesaian kepada pertikaian perusahaan yang dibangkitkan oleh pihak kesatuan, secara terang-terangan menunjukkan sikapnya yang langsung tidak menghormati undang-undang buruh seperti Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

NUBE juga mengecam Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana bersubahat dengan HSBC dalam amalan mengeksploitasi pekerja. NUBE telah menyerahkan satu memorandum kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 7 Disember 2021, untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menandatangani memorandum persefahaman melalui InvestPenang dengan HSBC untuk menarik pelaburan asing ke Pulau Pinang, walaupun HSBC telah mempunyai pelbagai rekod buruk seperti terlibat dalam pelaburan wang haram dan penindasan terhadap pekerjanya. Adalah menjadi tanggungjawab kepada mana-mana kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, untuk menegakkan piawaian perburuhan (seperti hak pekerja untuk berkesatuan, hak untuk rundingan bersama dan sebagainya) semasa berusaha untuk menarik pelaburan asing. Hak pekerja tidak harus dikorbankan semata-mata untuk menarik pelaburan asing.

K. Veeriah, Setiausaha MTUC Bahagian Pulau Pinang, berkata dalam kenyataan yang dikeluarkannya pada 23 Mac 2021, “Kami di MTUC Bahagian Pulau Pinang berpendirian bahawa pihak pengurusan HSBC Bank Malaysia harus membuang mentaliti feudalnya dan mengamalkan pendekatan yang proaktif dalam berhubung dengan NUBE dalam usaha holistik untuk mencari penyelesaian yang bermakna kepada keluhan Kesatuan dan pekerja.”

J. Solomon, Setiausaha Agung NUBE, berkata semasa aksi piket, “HSBC sebagai pelabur asing datang ke Malaysia ini bukan sahaja hendak merompak harta negara kita, tetapi juga menjalankan aktiviti-aktiviti yang menzalimi rakyat Malaysia. Mereka tidak mahu mematuhi undang-undang buruh Malaysia. Mereka tidak mematuhi perjanjian bersama antara NUBE dengan Persatuan Bank Komersial Malaysia (MCBA). Mereka juga sentiasa menindas ahli-ahli NUBE.”

Solomon juga menegaskan bahawa hanya solidariti sesama pekerja, barulah dapat mengatasi ekploitasi terhadap ahli-ahli kesatuan oleh “kelab orang kaya” yang terdiri daripada bank-bank dan kerajaan yang bersekongkol dengan mereka. “Tanpa warga pekerja, tiada ekonomi di negara ini. Namun, majikan seperti HSBC cuba kuburkan maruah pekerja. Kita tidak akan biarkannya berlaku. Kita akan sama-sama terus melawan kejahatan ini,” kata Solomon.

One thought on “Pekerja bank berpiket bantah kezaliman HSBC yang cabul hak asasi manusia

  1. Why don’t you write “the Pakatan Harapan State Government of Penang…”
    Also, isn’t it the Pakatan Harapan State Government of Penang which is threatening the livelihoods of fishermen (the Marhean) with the three artificial islands off the south coast of Penang island?

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s