Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah melancarkan Sistem Aduan Pekerja (SiAP) pada 5 November 2020. Berikut ialah jawapan kepada soalan-soalan lazim (FAQ) mengenai SiAP: 1. Apakah itu SiAP? SiAP ialah Sistem Aduan Pekerja yang merangkumi hotline bagi pengaduan kes pekerja secara atas talian (panggilan telefon atau WhatsApp) dan juga sistem pangkalan data kes pekerja. 2. … Continue reading 10 SOALAN LAZIM (FAQ) mengenai Sistem Aduan Pekerja (SiAP)
Sistem Aduan Pekerja (SiAP) dilancarkan
Sistem Aduan Pekerja (SiAP), satu inisiatif terbaru aktivis-aktivis pekerja untuk menerima aduan dan memperkasakan pekerja dalam memperjuangkan hak asasi pekerja, dilancarkan secara rasminya dalam satu sidang akhbar siaran atas talian pada hari ini (5 November 2020). SiAP merupakan sistem pengaduan atas talian yang diwujudkan oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), dengan usahasama daripada organisasi yang … Continue reading Sistem Aduan Pekerja (SiAP) dilancarkan
Pekerja migran di pawagam GSC tidak dibayar gaji 6 bulan
SUBANG JAYA - 8 SEPTEMBER 2020: 9 orang pekerja dari Sri Lanka yang bekerja di panggung wayang telah diusir keluar dari asrama pekerja tanpa dibayar gaji oleh majikan mereka sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac 2020. Pekerja-pekerja dari Sri Lanka yang diupah oleh syarikat UMR Solutions Sdn Bhd ini, telah dibawa masuk … Continue reading Pekerja migran di pawagam GSC tidak dibayar gaji 6 bulan
Pekerja syarikat bas ekspres tidak dibayar gaji 3 bulan
IPOH, PERAK - 30 JUN 2020: Lebih 30 orang pekerja daripada syarikat Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (KBES) telah membuat aduan pada hari ini di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Ipoh, kerana majikan mereka tidak membayar gaji kepada mereka sejak bulan Mac lalu. Aduan tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Pekerja Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (JKPKBES Taiping). Pekerja-pekerja yang … Continue reading Pekerja syarikat bas ekspres tidak dibayar gaji 3 bulan
Pekerja pembersihan yang diberhentikan kerja dapat kembali pekerja selepas rundingan damai
IPOH, PERAK: 2 daripada 3 orang pekerja pembersihan di Proton Tanjung Malim telah dipulihkan kerja selepas proses rundingan damai di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Perak pada 24 Jun 2020. Sesi yang diadakan pada 24 Jun 2020 ini merupakan rundingan damai yang kedua di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan yang diadakan antara 3 orang pekerja … Continue reading Pekerja pembersihan yang diberhentikan kerja dapat kembali pekerja selepas rundingan damai
Pelanggaran PKP: Rakyat biasa dikenakan tindakan tegas, majikan dibiarkan saja?
oleh Sivaranjani Manickam Ketika rakyat biasa yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan tindakan tegas, sehingga ditahan, diheret ke mahkamah dan dipenjarakan, kenapa pula pihak majikan dibenarkan untuk terus melanggar arahan PKP dan menganiayai pekerja? Sepanjang 15 hari yang lalu ini, Parti Sosialis Malaysia (PSM) sedang membantu pekerja-pekerja di Malaysia dengan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan mereka melalui talian hotline kami. Lebih 250 panggilan telah … Continue reading Pelanggaran PKP: Rakyat biasa dikenakan tindakan tegas, majikan dibiarkan saja?
Jangan bahayakan pekerja kerana keuntungan – Laporan pemantauan Biro Pekerja PSM (25-29 Mac 2020)
oleh M. Sivaranjani Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Kerajaan untuk membendung wabak COVID-19, Kerajaan telah mengenakan syarat bahawa hanya industri yang tergolong sebagai “perkhidmatan perlu” (essential service) sahaja yang harus beroperasi dalam tempoh PKP ini. Namun demikian, syarikat perniagaan yang bukan perkhidmatan perlu (non-essential service) dan kilang-kilang lain yang ingin beroperasi telah diminta untuk membuat permohonan kepada pihak Kementerian … Continue reading Jangan bahayakan pekerja kerana keuntungan – Laporan pemantauan Biro Pekerja PSM (25-29 Mac 2020)
Pemandu lori menang kes di Mahkamah Buruh Bangi
BANGI, SELANGOR: Pada 12 Mac 2020, Lo Yoon Keong atau lebih dikenali sebagai Ah Keong, menang dalam kes di Mahkamah Buruh Bangi berkenaan isu pembuangan kerja tidak sah terhadapnya oleh pihak majikan. Ini merupakan satu kemenangan kepada seorang pemandu lori yang tidak berpelajaran dan dinafikan jaminan kerja oleh majikannya, Kong Hardware Trading. Ah Keong berjaya mendapat gaji ganti notis dan … Continue reading Pemandu lori menang kes di Mahkamah Buruh Bangi
Penindasan kelas tidak mengira kaum – satu catatan Arutchelvan
oleh S. Arutchelvan Hari ini (20 Februari 2020), saya bersama dengan saudari Paremas Elumalai telah menghadiri satu perbicaraan kes di Mahkamah Buruh Bangi. Namun, pihak majikan untuk kes ini, Kong Hardware Trading, tidak hadir ke perbicaraan dan Pengerusi Mahkmah, Tuan Junaidi, mengarahkan untuk kes dijalankan secara ex-parte. Dalam kes ini, seorang pemandu lori yang bernama Lo Yoon Keong, telah dibuang kerja oleh majikannya tanpa notis secara tiba-tiba dan tanpa sebarang alasan. … Continue reading Penindasan kelas tidak mengira kaum – satu catatan Arutchelvan
Pengawal keselamatan di syarikat lombong tuntut pemulihan kerja
Pada 6 Ogos 2019, Sri Kavin Das, seorang pekerja kawalan keselamatan yang bekerja di syairkat Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd telah dipanggil untuk rundingan damai bersama majikannya di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Perak. Sri Kavin bekerja dengan Syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd yang beribupejabat di Gerik, Perak sejak 2 Julai 2018, dan diberhentikan pada … Continue reading Pengawal keselamatan di syarikat lombong tuntut pemulihan kerja