Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar menang kes tuntutan gaji tertunggak

7 orang pekerja pembersihan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak, akhirnya menang dalam kes tuntutan untuk tunggakan gaji daripada bekas majikan mereka, ST Powerskill Sdn. Bhd. Pihak majikan telah bersetuju untuk membayar tunggakan gaji sebanyak RM 11,796.23 kepada kesemua 7 orang pekerja yang membuat tuntutan tersebut. Atas kegigihan untuk berjuang, 7 orang pekerja yang memulakan … Continue reading Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar menang kes tuntutan gaji tertunggak

Mahkamah Tinggi Seremban tolak rayuan majikan yang buang pekerja secara tidak sah

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN: Mahkamah Tinggi Seremban telah menolak rayuan daripada satu majikan yang enggan membayar pampasan penamatan kerja kepada pekerjanya yang diberhentikan secara tidak sah. Maheswary dan suaminya Roman, bekerja di sebuah ladang di Gemencheh, Negeri Sembilan. Maheswary bekerja dengan Nam Bee Company, manakala Roman bekerja sebagai pemandu lori di The Muar Rice and Transport … Continue reading Mahkamah Tinggi Seremban tolak rayuan majikan yang buang pekerja secara tidak sah

Pekerja pembersihan dapat balik gaji sebulan yang tertunggak 3 tahun dahulu

SUBANG JAYA, SELANGOR – 21 MAC 2019: 4 orang pekerja kontrak berjaya mendapat balik gaji sebulan yang tidak dibayar 3 tahun dahulu pada hari ini setelah bekas majikan bersetuju untuk membayar. 4 orang pekerja ini ialah pekerja pembersihan yang diupah oleh kontraktor Sekilas Enterprise pada bulan Mei 2013 hingga Mei 2016. Mereka bekerja di Sekolah … Continue reading Pekerja pembersihan dapat balik gaji sebulan yang tertunggak 3 tahun dahulu

Pengawal keselamatan menang kes mahkamah lawan majikan yang tidak bayar ikut Perintah Gaji Minimum

MELAKA – 6 MAC 2019: Mahkamah Tinggi Melaka telah memutus pada hari ini bahawa 12 orang pekerja kawalan keselamatan yang berkhidmat di sekolah-sekolah di Melaka harus dibayar pampasan oleh majikan lama mereka, kerana gaji tidak dibayar mengikut pengiraan yang sepatutnya. Majikan lama pekerja-pekerja ini, syarikat Aura Security, diarahkan oleh Hakim Dato Azman untuk membayar pampasan … Continue reading Pengawal keselamatan menang kes mahkamah lawan majikan yang tidak bayar ikut Perintah Gaji Minimum

Suami isteri tuntut keadilan kerana dibuang kerja atas pertuduhan tidak sah

Roman dan isterinya Maheswary bekerja di sebuah ladang di Gemencheh, Negeri Sembilan. Maheswary bekerja dengan Nam Bee Company, manakala Roman bekerja sebagai pemandu lori di The Muar Rice and Transport Co. Sdn Bhd, anak syarikat kepada Nam Bee Company. Kedua-dua mereka telah diberhentikan kerja atas dua pertuduhan, iaitu memukul seorang warga Nepal dan mengingkar arahan … Continue reading Suami isteri tuntut keadilan kerana dibuang kerja atas pertuduhan tidak sah

Pengawal keselamatan menang kes tuntut gaji minimum yang tidak dibayar

KEPALA BATAS, PULAU PINANG – 24 JANUARI 2019: Jabatan Tenaga Kerja Butterworth telah memutuskan dan mengeluarkan perintah pada hari ini kepada sebuah syarikat kawalan keselamatan supaya membayar seorang bekas pekerjanya semua tunggakan gajinya yang tidak dibayar mengikut kadar gaji minimum. Pekerja kawalan keselamatan berkenaan, Mohana Dass, telah bekerja di syarikat Rapid Security Sdn Bhd untuk … Continue reading Pengawal keselamatan menang kes tuntut gaji minimum yang tidak dibayar