20190807 - jpp kk - Copy.jpgPada 6 Ogos 2019, Sri Kavin Das, seorang pekerja kawalan keselamatan yang bekerja di syairkat Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd telah dipanggil untuk rundingan damai bersama majikannya di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Perak.

Sri Kavin bekerja dengan Syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd yang beribupejabat di Gerik, Perak sejak 2 Julai 2018, dan diberhentikan pada 1 Julai 2019. Alasan yang digunakan oleh majikan untuk memberhentikannya adalah kontraknya hanya 1 tahun dan tidak berdisambung.

Pada 11 Julai 2019, Sri Kavin telah membuat aduan di pejabat JPP di Ipoh mengenai pemberhentian kerja ini. Susulan aduan ini, beliau dipanggil untuk rundingan damai. Tuntutan yang dibuat adalah untuk mendapatkan semula pekerjaan dengan terma kerja yang sama, disebabkan Sri Kavin masih mempunyai anak kecil dan tanggungan keluarga. Namun, majikan tetap berdegil untuk tidak mengupahnya semula sebagai pekerja, dengan memberi alasan bahawa pengawal keselamatan sudah mencukupi di syarikat lombong bijih timah tersebut.

Akhirnya, majikan memberi cadangan bahawa dia hanya dapat memberi pampasan gaji 1 bulan kepada Sri Kavin. Sri Kavin tidak bersetuju dengan cadangan itu dan menuntut untuk memulihkan kerjanya dengan dibayar gaji tunggakan atau pampasan gaji 6 bulan. Wakil majikan memberitahu tbahwa untutan itu terlalu tinggi dan memerlukan masa untuk berbincang dengan pihak pengurusan syarikat. Jawapan untuk tuntutan ini akan diberitahu oleh majikan pada Jumaat minggu depan. Sekiranya majikan tidak bersetuju, kes ini akan dibawa ke Mahkamah Perhubungan Perusahaan di Ipoh.

2 pegawai daripada Jabatan Sumber Manusia syarikat Syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd telah mewakili majikan untuk menghadiri perundingan damai ini. Pekerja diwakili oleh Panneer Selvam dan Danaletchumi daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Walaupun kerja kawalan keselamatan merupakan kerja yang tetap dan sangat diperlukan di lombong bijih tersebut, tetapi sistem kontrak disalahgunakan oleh majikan untuk mengupah pengawal keselamatan dan memberhentikan pekerja tetap sesuka hati.  Keadaan yang samajuga berlaku pada pekerja-pekerja pembersihan dan pengawal-pengawal keselamatan di sektor-sektor yang lain. Sistem kontrak sangat menindas pekerja. Sistem ini harus dihapuskan.

Perjuangan pekerja akan tetap diteruskan sehingga hak-hak pekerja dipertahankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *