20200220 - 87035812_232804067882336_8571012215929307136_n (2)

oleh S. Arutchelvan

Hari ini (20 Februari 2020), saya bersama dengan saudari Paremas Elumalai telah menghadiri satu perbicaraan kes di Mahkamah Buruh Bangi. Namun, pihak majikan untuk kes ini, Kong Hardware Trading, tidak hadir ke perbicaraan dan Pengerusi Mahkmah, Tuan Junaidi, mengarahkan untuk kes dijalankan secara ex-parte. Dalam kes ini, seorang pemandu lori yang bernama Lo Yoon Keong, telah dibuang kerja oleh majikannya tanpa notis secara tiba-tiba dan tanpa sebarang alasan.

Pemandu lori tersebut telah menghubungi Pusat Khidmat PSM Semenyih yang kemudian bersedia mengambil kes ini dengan kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC). Kami telah membantu pekerje untuk memfailkan kes di bawah Akta Kerja 1955, di mana pekerja ini menuntut faedah penamatan kerja mengikut Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980 dan gaji ganti notis untuk 4 minggu seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 13(2) Akta Kerja.

Saudara Lo Yoon Keong telah dibuang kerja secara tidak sah, tanpa sebab dan tanpa notis pada 23 Oktober 2019. Pada hari itu, majikannya memanggil dia dan menyerahkan wang baki gaji RM360.00. Sebelum itu, dia tidak pernah diberi surat amaran, surat tunjuk sebab dan sebagainya.

Selepas Saudara Lo membuat aduan polis dan membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja, majikannya memberitahu melalui telefon untuk menyuruhnya tarik balik kes, dan jika dia enggan berbuat demikian maka majikan akan buat satu aduan polis yang menuduhnya curi minyak. Dia amat terkejut dengan ugutan ini, dan dengan bantuan PSM, dia telah membuat aduan polis.

Hari ini, setelah kenyataan saksi dibuat, Mahkamah memutuskan untuk memberikan keputusan pada 5 Mac 2020.

Hari ini, kami berhujah bahawa Lo Yoon Keong telah dibuang kerja oleh syarikat tanpa sebab atau alasan yang munasabah dan pemecatannya tidak wajar di bawah sebarang keadaanpun. Tuntutan penuh Lo Yoon Keong tidak sampai RM3,000 kerana pendapatan sebulannya hanyalah RM1,800. Sehingga hari ini, dia langsung tidak juga mempunyai simpanan bank kerana menurutnya pendapatannya hanya cukup untuk belanja dan makan. Sekarang ini, dia sedang mencari pekerjaan baru.

Saudara Lo Yoon Keong walaupun seorang yang beretnik Cina, tetapi kisah dan taraf hidupnya memang susah seperti saudara pekerja daripada etnik yang lain. Selain itu, majikannya pun orang Cina. Maka, inilah apa yang selalu diceritakan oleh PSM: masalah rakyat harus dilihat dari segi kelas, iaitu kelas pekerja lawan kelas majikan.

==========

S. Arutchelvan ialah Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s