Gaji pengawal keselamatan sekolah di bawah Wira Corps tertangguh-tangguh sampai 2 bulan

Urusniaga syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan di premis kerajaan ini bukannya sejenis perniagaan yang hasil pendapatannya akan dipengaruhi oleh faktor turun naik pasaran dalam ekonomi. Ia akan tetap menerima bayaran daripada kerajaan tanpa mengira keadaan ekonomi di luar, selagi kerajaan menyalurkan dana kepadanya. Oleh itu, adalah tidak masuk akal untuk syarikat ini lewat dalam membayar gaji kepada pekerja-pekerjanya kecuali kelambatan pembayaran daripada pihak Kementerian Pendidikan.

Pengawal keselamatan berjaya cabar kekebalan Kedutaan AS

KUALA LUMPUR - 3 FEBRUARI 2021: Mahkamah Rayuan memutuskan pada hari ini dalam satu perbicaraan atas talian, untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun lalu yang berpihak kepada Kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang memohon untuk membatalkan rujukan kes pemberhentian kerja Subramaniam Letchimanan ke Mahkamah Perusahaan oleh Menteri Sumber Manusia. Keputusan Mahkamah Rayuan ini … Continue reading Pengawal keselamatan berjaya cabar kekebalan Kedutaan AS

Pekerja pembersihan Hospital Seri Manjung menang kes tuntut OT tidak dibayar

Seorang pekerja pembersihan di Hospital Seri Manjung yang memfailkan tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan bayaran kerja lebih masa (OT) sejam setiap hari yang tidak dibayar, telah menang kesnya pada 11 Januari 2021 di Mahkamah Buruh Sitiawan. Kemenangan kes tuntutan oleh pekerja ini menunjukkan bahawa tindakan majikannya, iaitu syarikat UEMS yang merupakan kontraktor swasta … Continue reading Pekerja pembersihan Hospital Seri Manjung menang kes tuntut OT tidak dibayar

Pekerja operator mesin hilang jari dapat pampasan pemberhentian kerja

KUALA LUMPUR - 20 November 2020: Mahkamah Buruh di Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dalam satu keputusan yang dibuat pada hari ini, memerintahkan syarikat HL Hub Li Engineering Works untuk membayar sebanyak RM22,000 kepada bekas pekerjanya Sarkunum Veloo sebagai penyelesaian untuk pampasan pembuangan kerja. Sarkunum ialah seorang operator mesin yang mengalami kemalangan di … Continue reading Pekerja operator mesin hilang jari dapat pampasan pemberhentian kerja