Erti merdeka

Kemerdekaan bukannya sekadar bermakna sesebuah negara itu mempunyai wilayahnya sendiri, kerajaannya sendiri, bendera kebangsaannya sendiri dan negara kebangsaannya sendiri. Ia adalah lebih daripada itu. Sebuah negara yang merdeka ialah sebuah negara yang bebas daripada cengkaman kuasa imperialis kapitalis, dengan rakyatnya bebas dalam menentukan nasib mereka sendiri dan mentadbir urus mereka sendiri secara bersama tanpa campur tangan kuasa asing.

Masalah pasaran bebas

Pernahkah kita terfikir apabila membeli barangan murah dalam talian, sama ada produk tersebut berkualiti atau tidak, dan bagaimana kebolehtahanannya? Memang ini merupakan kebimbangan setiap pengguna yang rasional, tetapi dalam dunia pemasaran hari ini, secara tidak langsung, pengguna juga sedar bahawa produk tersebut tidak akan tahan lama.

10 orang bilionair terkaya tambah kekayaan AS$100 juta setiap hari – Pengumpulan kekayaan melampau memburukkan ketidaksamarataan ekonomi dunia

Kekayaan bilionair meningkat secara mendadak pada tahun 2024, dengan kadar peningkatan tiga kali ganda lebih cepat berbanding tahun 2023. Bertrilion-trilion telah diberikan dalam harta warisan, mewujudkan oligarki bangsawan baharu yang mempunyai kuasa yang besar dalam politik dan ekonomi kita.

Revolusi Amerika (Siri Revolusi Dunia – 04)

Revolusi Amerika merupakan satu revolusi demokratik borjuis yang berusaha untuk mewujudkan sebuah negara bangsa dengan masyarakat kapitalis yang bebas daripada cengkaman kuasa asing. Revolusi ini secara dasarnya memanfaatkan golongan borjuis baharu yang datang daripada golongan peneroka kolonial berkulit putih di Amerika Utara, membolehkan mereka menguasai ekonomi di tanah bekas jajahan British dan membuka ruang yang lebih besar kepada pembangunan serta perluasan ekonomi kapitalis Amerika Syarikat yang lebih lanjut.

Revolusi Inggeris (Siri Revolusi Dunia – 03)

Revolusi Inggeris ialah revolusi borjuis yang hebat selepas Pemberontakan Belanda dan sebelum Revolusi Perancis yang akan berlaku lebih satu abad kemudian. Ia merupakan perjuangan kelas yang hebat antara kelas pemerintah feudal yang lama (raja, golongan bangsawan lama dan golongan tuan tanah feudal) dan kelas borjuis yang baharu muncul pada masa itu (seperti golongan pedagang, golongan gentri dan golongan pemilik tanah yang bukan keturunan bangsawan lama) yang disokong oleh kelas-kelas sosial menengah serta bawahan (seperti golongan petani kecil, golongan pemilik harta kecil, tukang-tukang dan askar-askar bawahan).