Tangani krisis iklim segera (Siri pengenalan teras “Permintaan Rakyat Mudah Je” – 05)

Krisis iklim juga sewajarnya menjadi tumpuan demi kebajikan masyarakat Malaysia. Akibat kegiatan industri berteraskan pengautan untung yang tidak dikawal, bukan sahaja Malaysia malah seluruh dunia menghadapi krisis iklim yang bakal memupuskan spesies manusia. Lapisan ozon semakin menipis, paras laut semakin meningkat dan cuaca semakin aneh. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah yang sepatutnya demi membanteras isu tersebut.

Orang Asli bantah projek pembinaan Empangan Nenggiri

Masyarakat Orang Asli daripada suku Temiar di Gua Musang, Kelantan, menyatakan dengan jelas bahawa mereka membantah pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri yang bakal memusnahkan hutan dan kehidupan mereka. Wakil daripada masyarakat Orang Asli yang terjejas oleh projek pembinaan Empangan Nenggiri telah mengadakan satu sidang media pada 22 Mac 2021 untuk menyuarakan bantahan mereka dan melancarkan kempen … Continue reading Orang Asli bantah projek pembinaan Empangan Nenggiri

MB Selangor tiada alasan kukuh untuk teruskan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (PHSKLU) mengadakan satu sidang akhbar secara atas talian pada hari ini (4 Februari 2021), untuk menyatakan kekecewaan terhadap kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor kebelakangan ini berkenaan dengan rancangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Gabungan PHSKLU terdiri daripada organisasi-organisasi yang prihatin pada isu perlindungan hutan dan … Continue reading MB Selangor tiada alasan kukuh untuk teruskan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Jangan gadaikan warisan dan ekosistem Bukit Bendera semata-mata untuk menarik pelancong – Maklum balas mengenai Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera 2020 (Penggantian)

oleh Choo Chon Kai Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang ingin mengemukakan pandangan mengenai Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera (RKKBB) 2020 (Penggantian) yang mengandungi beberapa masalah dan kelemahan yang membimbangkan. Visi dan teras yang bercanggah Kesilapan yang paling serius ialah menetapkan Visi RKKBB 2020(P) untuk “Transformasi Bukit Bendera sebagai Destinasi Pelancongan Bernilai Tinggi” [rujuk … Continue reading Jangan gadaikan warisan dan ekosistem Bukit Bendera semata-mata untuk menarik pelancong – Maklum balas mengenai Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera 2020 (Penggantian)

Hentikan pembalakan tidak terkawal untuk tangani krisis banjir di Semenanjung Malaysia

28 buah organisasi menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menangani krisis banjir, termasuk menghentikan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal. Seruan tersebut dibuat dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) pada 20 Januari 2021. Memorandum ini bertepatan masa dengan krisis banjir baru-baru ini yang melanda kawasan-kawasan di negeri … Continue reading Hentikan pembalakan tidak terkawal untuk tangani krisis banjir di Semenanjung Malaysia