Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

==========

oleh Sharan Raj

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan kapitalis pembalakan dan perlombongan yang bersekongkol dengan kerajaan negeri, menyalahgunakan krisis kesihatan COVID-19 dan krisis ekonomi negara untuk melakukan pembalakan dan perlombongan secara besar-besaran.

Kapitalis perlombongan dan pembalakan menyalahgunakan peluang apabila aktivis alam sekitar dan Orang Asli tidak bermampu untuk bergerak semasa krisis pandemik COVID-19, untuk menjahanamkan hutan hujan tropika di beberapa buah negeri.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat kesal dengan tindakan kapitalis yang menjadikan pihak kerabat diraja sebagai rakan kongsi perniagaan untuk mendapatkan kelulusan kerajaan negeri serta mengurangkan tekanan daripada masyarakat marhaen.

Malaysia sebagai sebuah negara di Nusantara dikurniakan hutan hujan tropika dan kepelbagaian biologi (“bio-diversity”). Hutan hujan tropika memainkan peranan yang besar dalam membendung krisis iklim berbanding hutan lain di dunia.

Rakyat tidak seharusnya termakan dengan janji manis ahli politik berhaluan kanan dan kapitalis ibarat menanam tebu di tepi bibir bahawa aktiviti pembalakan dan perlombongan akan memperkayakan negara kita.

Perlombongan dan pembalakan memberikan keuntungan lumayan kepada kapitalis tetapi mendatangkan pencemaran air, udara dan tanah kepada Orang Asli, petani dan rakyat Malaysia.

Dengan kekayaan ini, kapitalis dan ahli politik berhaluan kanan boleh berhijrah keluar dari Malaysia tetapi masyarakat marhaen terpaksa hidup dengan sisa pencemaran dan penyakit di Malaysia.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggesa Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk mengenakan moratorium kekal terhadap perlombongan dan pembalakan di dalam hutan.

Malah, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan ekonomi kitaran (circular ekonomi) untuk mendapatkan bahan mentah daripada sisa buangan.

==========

Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Penyelaras Nasional Biro Alam Sekitar dan Krisis Iklim (BASKI) PSM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *