Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengemukakan pelan tindakan alternatif “Pemulihan Nasional: Haluan Baru untuk Malaysia” untuk menggesa pembaharuan yang dapat menjamin kesejahteraan masyarakat. Siri rencana ini akan menyenaraikan tuntutan yang terkandung dalam 5 teras pelan tindakan yang bertemakan “Permintaan Rakyat Mudah Je” ini.

**********

Teras 5: Tangani krisis iklim segera

Krisis iklim juga sewajarnya menjadi tumpuan demi kebajikan masyarakat Malaysia. Akibat kegiatan industri berteraskan pengautan untung yang tidak dikawal, bukan sahaja Malaysia malah seluruh dunia menghadapi krisis iklim yang bakal memupuskan spesies manusia. Lapisan ozon semakin menipis, paras laut semakin meningkat dan cuaca semakin aneh. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah yang sepatutnya demi membanteras isu tersebut. Setelah memperhatikan data berkenaan, masalah yang khusus kepada negara kita telah dikenalpasti. Matlamat yang kita perlu capai demi mengatasinya adalah seperti berikut:

  • Penggunaan 100% tenaga boleh baharu sebelum tahun 2035
  • Penanganan pencemaran daripada industri petroleum
  • Pengutamaan pengangkutan awam
  • Pelaksanaan moratorium kekal terhadap pembalakan di hutan primer

Penggunaan 100% tenaga boleh baharu sebelum tahun 2035

Sektor penjanaan tenaga elektrik merupakan pengeluar gas rumah hijau tertinggi di Malaysia, khususnya di Semenanjung Malaysia. Hal ini dapat dilihat pada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menghasilkan sebanyak 66% daripada permintaan elektrik dengan pembakaran arang batu, manakala 24% dihasilkan dengan pembakaran fosil-metana (gas asli). Malaysia perlu beralih kepada 100% sumber tenaga boleh baharu sebelum tahun 2035.

Oleh itu, kerajaan perlu:

  • Meningkatkan kecekapan tenaga dengan drastik dalam sektor industri dan komersial.
  • Melaksanakan moratorium terhadap janakuasa bahan api fosil.
  • Meningkatkan penjanaan daripada Tenaga Boleh Baharu (TBB).
  • Menggunakan bio-metana daripada sisa organik, efluen minyak kilang kelapa sawit (POME), tapak pelupusan sampah, dan sisa pertanian di stesen janakuasa gas.
  • Membina sistem grid tenaga pintar sebelum tahun 2025.
  • Membina sistem grid tenaga untuk membawa kuasa hidro Sarawak ke Sabah sebelum tahun 2024.
  • Memperkukuh sistem Grid Tenaga ASEAN (APG).

Penanganan pencemaran daripada industri petroleum

Industri petroleum negara kita mengeluarkan 8.30% daripada gas rumah hijau (GHG) di Malaysia melalui aktiviti penerokaan, perlombongan, penghasilan dan penapisan petroleum dan fosil-gas. Kebanyakan pencemaran GHG daripada industri petroleum adalah hasil kegiatan venting dan flaring yang boleh dielakkan dengan teknologi sedia ada. Oleh itu, kerajaan perlu mengharamkan pelepasan pencemar fugitif seperti venting dan flaring daripada industri petroleum negara.

Pengutamaan pengangkutan awam

Pertambahan populasi bandar serta penggunaan kenderaan yang semakin bertambah di Malaysia melepaskan karbon dioksida yang berlebihan ke dalam atmosfera. Pembangunan jalan raya dan penggunaan kenderaan mengurangkan litupan vegetasi dan meningkatkan paras tenaga haba dalam atmosfera sehingga mengakibatkan isu seperti banjir kilat, kenaikan suhu bandar, kesesakan jalan raya dan juga pencemaran air dan udara.

Secara umumnya, majoriti daripada pelepasan bahan pencemar udara adalah daripada sektor pengangkutan selain daripada pelepasan industri dan pembakaran terbuka. Dianggarkan sebanyak 88% daripada masyarakat Malaysia menggunakan kenderaan persendirian dan dilaporkan bahawa pelepasan gas karbon dioksida di Lembah Klang adalah sebanyak 337,800 tan setahun.

Oleh itu, kerajaan perlu:

  • Membangunkan sistem pengangkutan awam yang mampan bagi memudahkan pergerakan rendah karbon.
  • Mewujudkan pengangkutan awam berasaskan “Bus Mass Transit” (BMT) di semua bandar di Malaysia.
  • Pengangkutan BMT perlu mengutamakan bas elektrik untuk mengurangkan pencemaran udara daripada enjin diesel.

Pelaksanaan moratorium kekal terhadap pembalakan di hutan primer

Hutan primer terdiri daripada spesies asli yang telah berkembang secara semulajadi, dengan sedikit atau tanpa bukti kegiatan manusia, termasuk hutan yang pulih daripada bencana alam. Hutan primer mempunyai biodiversiti yang lebih tinggi daripada hutan sekunder yang menggantikannya. Antara contoh hutan sekunder yang wujud di Malaysia adalah hutan tropikal dan hutan paya bakau.

Kerajaan perlu melaksanakan:

  • Moratorium kekal terhadap aktiviti pembalakan dan perlombongan di dalam hutan primer;
  • Pewartaan semua hutan primer sebagai hutan simpanan kekal (HSK).

==========

Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s