Tangani krisis iklim segera (Siri pengenalan teras “Permintaan Rakyat Mudah Je” – 05)

Krisis iklim juga sewajarnya menjadi tumpuan demi kebajikan masyarakat Malaysia. Akibat kegiatan industri berteraskan pengautan untung yang tidak dikawal, bukan sahaja Malaysia malah seluruh dunia menghadapi krisis iklim yang bakal memupuskan spesies manusia. Lapisan ozon semakin menipis, paras laut semakin meningkat dan cuaca semakin aneh. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah yang sepatutnya demi membanteras isu tersebut.

Orang Asli bantah projek pembinaan Empangan Nenggiri

Masyarakat Orang Asli daripada suku Temiar di Gua Musang, Kelantan, menyatakan dengan jelas bahawa mereka membantah pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri yang bakal memusnahkan hutan dan kehidupan mereka. Wakil daripada masyarakat Orang Asli yang terjejas oleh projek pembinaan Empangan Nenggiri telah mengadakan satu sidang media pada 22 Mac 2021 untuk menyuarakan bantahan mereka dan melancarkan kempen … Continue reading Orang Asli bantah projek pembinaan Empangan Nenggiri

MB Selangor tiada alasan kukuh untuk teruskan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (PHSKLU) mengadakan satu sidang akhbar secara atas talian pada hari ini (4 Februari 2021), untuk menyatakan kekecewaan terhadap kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor kebelakangan ini berkenaan dengan rancangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Gabungan PHSKLU terdiri daripada organisasi-organisasi yang prihatin pada isu perlindungan hutan dan … Continue reading MB Selangor tiada alasan kukuh untuk teruskan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara