Tanggungjawab Menteri bukannya suruh pekerja terima gaji rendah

oleh M. Sivaranjani Parti Sosialis Malaysia (PSM) kecewa dengan kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan yang menyarankan kepada pekerja bahawa “lebih baik kita ada peluang pekerjaan dengan gaji yang rendah daripada tiada kerja". Kenyataan ini akan memberanikan lagi majikan untuk menekan gaji pekerja padahal pemotongan gaji sudah pun berlaku secara berleluasa sekarang. PSM … Continue reading Tanggungjawab Menteri bukannya suruh pekerja terima gaji rendah

Kenapa rumit sangat? Tak boleh naikkan gaji minimum ke RM1,200 untuk seluruh Malaysia pada tahun 2020?

oleh S. Arutchelvan Merujuk kepada pengumuman Kementerian Sumber Manusia baru-baru ini bahawa gaji minimum akan dinaikkan ke RM1,200 sebulan di 57 buah bandar sementara gaji minimum akan kekal pada RM1,100 sebulan untuk semua tempat lain di negara kita. Kenapa tidak terus menjadikannya gaji minimum RM1,200 untuk seluruh Malaysia pada tahun 2020? Malaysia sepatutnya sudah menjadi … Continue reading Kenapa rumit sangat? Tak boleh naikkan gaji minimum ke RM1,200 untuk seluruh Malaysia pada tahun 2020?

Gaji minimum RM1,200 untuk 57 buah bandar mulai 1 Januari 2020

Kementerian Sumber Manusia telah mengumumkan bahawa gaji minimum dinaikkan ke RM1,200 sebulan untuk 57 kawasan bandar utama di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran, berkuatkuasa milai 1 Januari 2020. Gaji minimum untuk semua tempat selain daripada 57 bandar ini akan kekal RM1,100 sebulan. Keputusan untuk menaikkan gaji minimum di bandar utama dibuat oleh kerajaan … Continue reading Gaji minimum RM1,200 untuk 57 buah bandar mulai 1 Januari 2020

Masyarakat ladang tuntut penggubalan akta perumahan

KUALA LUMPUR - 4 DISEMBER 2019: Lebih 500 orang berprotes di hadapan bangunan Parlimen pada hari ini untuk menuntut pada Kerajaan Persekutuan supaya menggubal undang-undang yang menjamin hak perumahan masyarakat ladang di seluruh Malaysia. Aksi yang disertai oleh pekerja, bekas pekerja dan penduduk di lebih 30 buah ladang di seluruh Malaysia ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Sokongan … Continue reading Masyarakat ladang tuntut penggubalan akta perumahan

Belanjawan 2020: Syor PSM kepada Kerajaan PH

Keluarga-keluarga B20 kita sedang hidup dalam kesengsaraan di negara yang kaya ini walaupun Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK ataupun GDP) telah meningkat dengan pesatnya dalam 50 tahun yang lalu. Pada tahun 1970, KDNK Malaysia ialah RM10.3 bilion sahaja. Tahun lalu, ia telah mencecah RM1400 bilion (1.4 trilion), satu peningkatan yang mengkagumkan (135 kali ganda!). Tetapi … Continue reading Belanjawan 2020: Syor PSM kepada Kerajaan PH

Gaji pekerja kecil akibat kerakusan kapitalis, bukan produktiviti rendah

oleh Arveent Karthirtchelvan Pemuda Parti Sosialis Malaysia menyambut baik hasrat Kerajaan Malaysia untuk memberi tumpuan kepada pengurangan jurang antara negeri kaya dan miskin, jurang pendapatan rakyat di bandar dan luar bandar serta jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030. Pelan pelaksanaan projek serta program di luar bandar dan negeri … Continue reading Gaji pekerja kecil akibat kerakusan kapitalis, bukan produktiviti rendah

Serbu majikan yang tidak patuh Perintah Gaji Minimum – JTK harus lebih tegas lindungi hak pekerja

oleh Cecilia Anthonysamy “Kalau tak suka, kamu semua boleh berhenti.” Ini jawapan majikan apabila pekerja mengadu dan memohon untuk dibayar gaji minimum. Pekerja-pekerja kontrak pembersihan di sebuah universiti di Kuala Lumpur hanya dibayar gaji RM900 sebulan. Tidak ada potongan PERKESO, KWSP atau Skim Insurans Pekerjaan (SIP). Tidak ada kontrak bertulis. Tidak ada penyata gaji pun. … Continue reading Serbu majikan yang tidak patuh Perintah Gaji Minimum – JTK harus lebih tegas lindungi hak pekerja

Mahathir berkelakuan 3D terhadap kaum pekerja

oleh S. Arutchelvan Pada Hari Buruh yang keramat tahun ini, Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan kepada pekerja Malaysia, dengan berkata bahawa buat kerja 3D (Dirty – kotor, Dangerous – bahaya, dan Difficult – susah) lebih baik daripada menganggur. Sungguh ikhlas nasihat ini, yang keluar dari mulut seorang Perdana Menteri yang selama ini tidak mempeduli langsung … Continue reading Mahathir berkelakuan 3D terhadap kaum pekerja