(Gambar arkib) Penyerahan memorandum oleh PSM kepada Kementerian Sumber Manusia pada 29 November 2017.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pada 19 Mac 2022 dalam Perhimpunan Agung UMNO bahawa Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara.

Peningkatan gaji minimum ke paras RM1,500 sebulan merupakan satu tuntutan yang telah lama diperjuangkan oleh pelbagai organisasi masyarakat dan kesatuan pekerja, termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM), malah kadar gaji minimum yang dituntut pada masa sekarang ialah RM1,800 sebulan, bukan lagi RM1,500 sebulan. Pada masa kini, mengikut Perintah Gaji Minimum 2020, kadar gaji minimum ialah RM1,200 sebulan di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran sementara RM1,100 sebulan di kawasan selain kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran.

Kedua-dua gabungan parti politik utama semasa Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), telah menjanjikan dalam manifesto pilihan raya mereka bahawa akan meningkatkan kadar gaji minimum secara berperingkat ke RM1,500 sebulan dalam tempoh 5 tahun. Oleh itu, meningkatkan kadar gaji minimum ke RM1,500 sebulan adalah sesuatu yang memang patut dilaksanakan. Malah, bagi golongan pekerja, peningkatan gaji minimum ke paras ini sudah lama tertangguh.

Mengikut Seksyen 25(1) Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), Majlis Perundingan Gaji Negara hendaklah mengkaji semula Perintah Gaji Minimum sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap dua tahun. Namun, secara realitinya, penetapan dalam undang-undang ini tidak dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan, sama ada Kerajaan BN ataupun Kerajaan PH. Selepas gaji minimum mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2013 (dengan kadar gaji minimum RM900 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak), pelarasan gaji minimum yang pertama telah tertangguh selama setahun setengah di bawah Kerajaan BN pimpinan Najib Razak pada masa itu. Pelarasan gaji minimum yang kedua pula tertangguh selama 6 bulan di bawah Kerajaan PH pimpinan Mahathir Mohamad pada masa itu. Kerajaan PH kemudiannya meningkatkan gaji minimum pada tahun 2020, walaupun boleh dikatakan tepati masanya, tetapi hanya untuk bandar-bandar utama, sesuatu yang bertentangan dengan janji “menyamaratakan gaji minimum seluruh negara” dalam Manifesto Pilihan Raya PH pada tahun 2018 (walaupun ia bukan “kitab suci” menurut Mahahir). Pelarasan gaji minimum terbaru ini pula, sudah lewat selama 4 bulan, kerana ia sepatutnya berkuatkuasa mulai 1 Januari 2022.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh S. Arutchelvan, Timbalan Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM), PSM mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri mengenai peningkatan gaji minimum ke RM1,500. “Kadar ini masih lebih rendah daripada apa yang dituntut oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), namun ini merupakan satu kemenangan kepada kita yang telah mendesak untuk pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sekarang juga dan bukannya kemudian.”

PSM bersama dengan 37 buah organisasi yang lain telah menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri pada 23 Februari 2022, dengan tuntutan kepada kerajaan supaya melaksanakan peningkatan kadar gaji minimum ke RM1,500 sebulan selewat-lewatnya apabila sesi Parlimen mula diadakan pada 28 Februari 2022. Pengumuman daripada Perdana Menteri itu hanya datang 24 hari selepas penyerahan memorandum tersebut, tetapi pelaksanaannya perlu tunggu lagi sebulan lebih.

(Gambar arkib) Penyerahan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri pada 23 Februari 2022 dengan desakan supaya melaksanakan kadar gaji minimum RM1,500 secepat mungkin.

“Peningkatan gaji minimum ke RM1,500 mulai 1 Mei akan datang ini boleh dikatakan penting kerana ia merupakan lonjakan gaji minimum yang terbesar dalam sejarah dengan peningkatan sebanyak RM300 sekali gus dan tepat pada masanya,” kata Arutchelvan.

“PSM juga berharap Kerajaan akan membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang sebenar dalam meningkatkan gaji pekerja mereka, bukannya menangguhkan lagi pelaksanaan peningkatan gaji minimum. Kerajaan harus cukup berani untuk mengenakan cukai kekayaan dan cukai perolehan modal ke atas mereka yang mengaut pendapatan lumayan, dan menggunakan hasil daripadanya untuk mensubsidi usahawan kecil dan memastikan pekerja-pekerja termiskin memperoleh gaji minimum yang sepatutnya,” tambah Arutchelvan.

Sebelum ini, PSM pernah menyerahkan satu memorandum kepada Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara pada bulan Julai 2021 dengan saranan meningkatkan gaji minimum kepada RM1,800 sebulan. Menurut memorandum tersebut, kadar gaji minimum RM1,800 sebulan itu sebenarnya masih lebih rendah daripada kadar RM2,331 sebulan yang sepatutnya sekiranya mengambil kira angka Pendapatan Garis Kemiskinan Relatif dalam formula pengiraan gaji minimum yang digunakan oleh Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara. Oleh itu, walaupun peningkatan kadar gaji minimum ke RM1,500 sebulan boleh dikatakan sesuatu yang amat diperlukan sekarang, tetapi hakikatnya masih tidak cukup lagi sebagai satu pendapatan minimum yang bermaruah dan cukup sara hidup untuk pekerja bawahan.

Peningkatan gaji minimum ke RM1,500 mungkin merupakan gimik politik untuk meraih sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi, namun ia sesuatu yang memang ditunggu-tunggu sekian lama oleh para pekerja dan harus dilaksanakan segera. Pelaksanaan gaji minimum itu sendiri merupakan hasil perjuangan gerakan pekerja yang berterusan, dan setiap peningkatan gaji minimum itu juga pun melalui usaha desakan yang berterusan daripada pelbagai pihak yang prihatin pada nasib pekerja. Perjuangan ini akan tetap diteruskan sehingga semua pekerja yang menaburkan keringat mereka menikmati gaji yang bermaruah dan mencukupi untuk hidup selesa.

6 thoughts on “PM umum gaji minimum RM1,500: Dah lama pekerja tunggu

  1. Great! You should thank the UMNO-BN government for implementing it.
    Maybe PSM should join Barisan Nasional, you may get more concessions for the workers.
    Anyway, still have to fight the neo-liberals who are trying to derail this move.
    Neo-liberals are worse than fascists.

    Like

  2. Pakatan Harapan can celebrate now over their victory in parliament to not extend SOSMA.

    However, if Ismail Sabri dissolves parliament, triggering an early 15th General Election (GE15), and if UMNO and Barisan Nasional win with a two-thirds majority or more, and especially the ‘court cluster’ come back to power of gets off the hook with regards their court cases, te new parliament could even re-instate the ISA, instead of SOSMA.

    Then Pakatan Harapan will be crying, yelling, screaming, beating their chests, marching in the streets and so forth, social media sites will be full of politi scheiss and there will be many hours of unproductive chatter over teh tarik in the evenings.

    I have a gut feeling that UMNO and BN wanted to lose this vote in parliament, hoping that an early GE15 will have to be held and they will be returned even stronger in parliament and CHECKMATE!.

    Now you know why I say Pakatoons are fundamentally stupid. They have the ‘shoot from the hip’ perspective of a Biden and his Democrat administration as well as a Trump, whilst love them or hate them, UMNO-BN has the long-game, strategic perspective of a Putin and a Xi.

    Parliamentary bungle turns into political drama

    The spotlight is on PM Ismail Sabri Yaakob’s agreements with the opposition coalitions as the ‘court cluster’ ramps up the pressure for polls.
    MalaysiaNow Mar 24, 2022

    https://www.malaysianow.com/news/2022/03/24/parliamentary-bungle-turns-into-political-drama/

    Wakakakakaka! kik kik kik kik kik!

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s