PSM menggesa Kerajaan Negeri Perak supaya jangan menaikkan tarif air di negeri Perak.
Adakah rakyat miskin akan dilindungi daripada kenaikan tarif air?
Dengan kenaikan gaji yang tidak seiring dengan kenaikan kos sara hidup, adalah penting untuk kerajaan tidak menghakis kebajikan dan jaring keselamatan, supaya rakyat tidak terjerumus lebih lanjut lagi ke dalam kemiskinan.
Selesaikan gangguan bekalan air Selangor
Kerajaan Negeri Selangor serta Air Selangor harus menggalas tanggungjawab ini secara serius untuk memastikan rakyat Selangor, terutamanya rakyat marhaen, tidak terjejas lagi dengan masalah gangguan bekalan air.
MB Selangor harus letak jawatan kerana gagal urus air
oleh V. Selvam Krisis air di Selangor sudah tiada kesudahannya dan masalah gangguan air sudah semakin kritikal. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sudah tidak mampu menangani masalah pengurusan air di Selangor. PSM Selangor menggesa Menteri Besar Selangor dan Ketua Eksekutif Air Selangor untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya dengan meletakkan jawatan mereka. Masalah paip pecah di … Continue reading MB Selangor harus letak jawatan kerana gagal urus air
Krisis air Selangor: Kerajaan Negeri alpa, rakyat yang merana
oleh V. Selvam Krisis air di Selangor berulang kembali hanya selepas hampir sebulan ianya berlaku. Kali ini pencemaran di Sungai Semenyih berlaku dan dilaporkan hampir 309, 687 pengguna dijangka menghadapi masalah bekalan air di 274 kawasan, termasuk kawasan di Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Petaling. Parti Sosialis Malaysia Negeri Selangor (PSM Selangor) melihat masalah … Continue reading Krisis air Selangor: Kerajaan Negeri alpa, rakyat yang merana
Benarkan tarif air pangsapuri perkhidmatan ditukar ke kadar rumah kediaman
oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengalu-alukan pengumuman oleh Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Menteri Alam Sekitar dan Air tentang pembekuan terhadap peningkatan tarif air. Namun demikian, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus membenarkan penduduk di “pangsapuri perkhidmatan” (service apartment) untuk berubah daripada kadar tarif komersial kepada kadar tarif kediaman. Kebanyakan pemaju membina pangsapuri di … Continue reading Benarkan tarif air pangsapuri perkhidmatan ditukar ke kadar rumah kediaman
Forum Peduli Rakyat suarakan keluhan rakyat Pulau Pinang
GEORGETOWN, PULAU PINANG: Dari isu perumahan dan pengangkutan awam, sehingga isu pencemaran alam dan perubahan iklim, peserta-peserta yang hadir dalam Forum Peduli Rakyat yang diadakan di Pulau Pinang pada 15 Februari 2020 telah menyatakan keprihatinan mereka terhadap isu-isu tempatan yang mempengaruhi kehidupan rakyat biasa dan menuntut pada kerajaan supaya mendengar keluhan rakyat serta mengambil tindakan … Continue reading Forum Peduli Rakyat suarakan keluhan rakyat Pulau Pinang
MB Kedah nampaknya tiada empati dan kesungguhan politik untuk selesaikan isu bekas pekerja Ladang Padang Meha
oleh S. Arutchelvan Sejak 25 September lalu, lebih kurang 70 buah keluarga bekas pekerja ladang yang tinggal di Ladang Padang Meha yang terletak berhampiran dengan Padang Serai di negeri Kedah, telah dinafikan bekalan air paip. Adalah mengejutkan bahawa dalam abad ke-21 ini, pemaju masih boleh menggunakan cara menafikan kemudahan asas rakyat seperti air untuk mengusir … Continue reading MB Kedah nampaknya tiada empati dan kesungguhan politik untuk selesaikan isu bekas pekerja Ladang Padang Meha
Bekalan air dipotong! Penduduk Ladang Padang Meha gesa MB Kedah campurtangan segera
ALOR SETAR, KEDAH – 26 SEPTEMBER 2019: Bekas pekerja Ladang Padang Meha berprotes di hadapan Pejabat Menteri Besar Kedah pada hari ini untuk menuntut campurtangan segera daripada pihak Kerajaan Negeri supaya menyambung semula bekalan air ke rumah mereka yang dipotong semalam. Pihak pemilik tanah Ladang Padang Meha, Vintage Developers Sdn Bhd (anak syarikat MBF Holdings … Continue reading Bekalan air dipotong! Penduduk Ladang Padang Meha gesa MB Kedah campurtangan segera
Bekalan air dipotong seminggu – Penduduk Ladang Padang Meha minta campurtangan Kerajaan Negeri Kedah
ALOR SETAR, KEDAH – 15 APRIL 2019: Penduduk-penduduk dari Ladang Padang Meha telah menyerahkan satu memorandum kepada Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Aman pada hari ini, dengan tuntutan pada Kerajaan Negeri Kedah supaya mencampurtangan segera dalam isu pemotongan bekalan air yang sedang dihadapi mereka, di samping menyelesaikan isu perumahan mereka yang telah berlarutan untuk selama … Continue reading Bekalan air dipotong seminggu – Penduduk Ladang Padang Meha minta campurtangan Kerajaan Negeri Kedah