CREATOR: gd-jpeg v1.0 (using IJG JPEG v62), quality = 82

oleh Sharan Raj 

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengalu-alukan pengumuman oleh Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Menteri Alam Sekitar dan Air tentang pembekuan terhadap peningkatan tarif air.

Namun demikian, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus membenarkan penduduk di “pangsapuri perkhidmatan” (service apartment) untuk berubah daripada kadar tarif komersial kepada kadar tarif kediaman.

Kebanyakan pemaju membina pangsapuri di atas tanah komersial di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan yang dijual sebagai “pangsapuri perkhidmatan”.

Walaupun penghuni pangsapuri perkhidmatan menggunakan rumahnya untuk kediaman tetapi mereka dikenakan tarif air komersial yang jauh lebih tinggi daripada tarif air kediaman.

Maka, bil air “pangsapuri perkhidmatan” di Balakong, Selangor, jauh lebih tinggi daripada bil air rumah banglo kediaman Menteri di Putrajaya.

Penghuni pangsapuri perkhidmatan akan menikmati penjimatan sekurang-kurangnya RM360 setahun jikalau kerajaan membenarkan penghuni pangsapuri perkhidmatan beralih ke kadar tarif kediaman.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru Kerajaan untuk membenarkan penduduk di “pangsapuri perkhidmatan” supaya menukar tarif air daripada kadar tarif komersial kepada kadar tarif kediaman.

=========

Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Pengerusi PSM Negeri Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *