oleh V. Selvam

Krisis air di Selangor berulang kembali hanya selepas hampir sebulan ianya berlaku. Kali ini pencemaran di Sungai Semenyih berlaku dan dilaporkan hampir 309, 687 pengguna dijangka menghadapi masalah bekalan air di 274 kawasan, termasuk kawasan di Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Petaling.

Parti Sosialis Malaysia Negeri Selangor (PSM Selangor) melihat masalah ini sebagai kegagalan Kerajaan Negeri Selangor menangani masalah ini dengan berkesan. Pada masa rakyat digesa mengamalkan cara hidup yang bersih semasa berhadapan dengan penularan wabak COVID-19, bekalan air bersih pula sering terganggu.

PSM Selangor ingin mengutarakan isu-isu berikut:

1. Penubuhan Pengurusan Air Selangor nampaknya tidak berkesan dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Syarikat demi syarikat pengurusan air berubah di Selangor, namun keperluan rakyat tidak diberi kepentingan. Kerajaan Negeri Selangor seharusnya sedar bahawa gangguan bekalan air akibat pencemaran menjejaskan ramai pengguna dan mengambil tindakan untuk menangani masalah pencemaran dengan tegas.

2. Bekalan air berpusat tidak dapat menampung keperluan berbanding dengan tahap pembangunan yang pesat berlaku di Selangor. Oleh itu, adalah dicadangkan agar sumber air tempatan (localised) seperti tadahan air hujan di kawasan perumahan yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri diwujudkan. Ini dapat menyelesaikan masalah keperluan air tempatan dan gangguan bekalan air dapat diminimumkan dan tidak akan menjejaskan ramai pengguna.

3. Kerajaan Negeri Selangor perlu melihat masalah ini sebagai isu pencemaran yang serius dan bukannya masalah gangguan bekalan air yang biasa. Tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam melakukan pencemaran. Walaupun dilaporkan bahawa Kerajaan Negeri akan meminda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 untuk meningkatkan kadar penalti untuk pencemaran air, PSM Selangor menggesa tindakan yang lebih tegas seperti pengharaman syarikat yang terbabit harus diambil demi kepentingan rakyat.

4. Selain itu, memandangkan masalah ini sering berlaku, persoalannya di sini, siapakah yang menguatkuasa kawalan dan pemantauan terhadap pihak yang mencemarkan sumber air dan sungai-sungai ini? Tanpa ada pihak menjaga, mengawal atau memantau, sumber air dan sungai tetap terdedah kepada pencemaran seperti yang telah dan sedang berlaku ini. PSM Selangor juga berharap isu menuding jari kepada Kerajaan Persekutuan atau Jabatan Alam Sekitar tidak berlaku kerana ianya hanya membazir masa dan tidak menyelesaikan masalah pokok.

5. Tambahan pula, memantau pencemaran tidak cukup jika ianya hanya dilakukan oleh Jabatan Alam sekitar dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Pihak berkuasa tampatan (PBT) yang memberikan kelulusan pembangunan berhampiran sungai harus dipertanggungjawabkan. Jangan gunakan alasan pemutihan kilang-kilang haram atau tanah geran hakmilik kilang untuk membiarkan kilang operasi berhampiran sungai. PSM Selangor menggesa agar kawasan berhampiran sungai seharusnya dirizabkan dan sebarang aktiviti pembangunan tidak dibenarkan.

6. PSM Selangor juga menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil tindakan mengurangkan pembaziran air – ‘air tidak terhasil’ (non revenue water), dengan penyelenggaraan sistem perpaipan di Selangor secara lebih terurus. Jumlah air tidak terhasil di Selangor dilaporkan lebih kurang 30% pada masa ini.

==========

V. Selvam ialah Pengerusi PSM Selangor.

One thought on “Krisis air Selangor: Kerajaan Negeri alpa, rakyat yang merana

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s