Jawatankuasa 1 Mei 2023 akan mengadakan sambutan Hari Pekerja dengan perarakan dari Maju Junction ke Medan Pasar di Kuala Lumpur.
Jawatankuasa 1 Mei 2023 akan mengadakan sambutan Hari Pekerja dengan perarakan dari Maju Junction ke Medan Pasar di Kuala Lumpur.
Jaringan Menyelamat Hutan Simpan Kledang Saiong mengetengahkan beberapa kesilapan besar yang wujud dalam laporan kajian impak alam sekitar (EIA) mengenai projek ladang hutan di dalam Hutan Simpan Kledang Saiong, Perak.
PSM melancarkan kempen baharu untuk menuntut pelaksanaan skim Pencen Warga Emas Sejagat.
Kemiskinan usia tua ialah satu isu masyarakat yang serius yang perlu diberikan keutamaan segera dalam perancangan dasar negara dan pengerahan sumber. Keperluan untuk melaksanakan skim “Pencen Warga Emas” sejagat adalah amat terdesak.
Perbicaraan bagi kes masyarakat Orang Asli Pos Lanai menuntut hak tanah adat diadakan di Mahkamah Tinggi Temerloh.
Kenyataan media oleh Jawatankuasa Bertindak Tanah dan Wilayah Adat Orang Asli Kampung Pos Lanai, bersempena hari pertama perbicaraan kes tuntutan hak tanah adat Orang Asli Pos Lanai di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, pada 10 April 2023.
Setelah perjuangan pekerja-pekerja pembersihan hospital yang penuh kegigihan, keberanian dan kesungguhan untuk mempertahankan hak kesatuan mereka, akhirnya pihak syarikat yang mengupah pekerja-pekerja pembersihan itu akur dan bersetuju untuk mengiktiraf kesatuan sekerja!
Penduduk-penduduk kawasan Bandar Kinrara, Petaling Jaya dan Damansara membantah projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD Link) yang hanya menguntungkan pihak pemaju dengan mengorbankan kelestarian kehidupan penduduk setempat.
Rumah seorang warga B40 dapat diselamatkan daripada pelelongan pada saat-saat terakhir selepas aksi protes di ibu pejabat bank.
“Negara kita sedang menghadapi masalah kekurangan makanan dan harga makanan asas sedang meningkat,” kata Dr. Jeyakumar, Pengerusi Nasional PSM, semasa penyerahan memorandum bersama dengan petani-petani Changkat Kinding. “Negara kita sedang mengimport barangan makanan yang bernilai RM60 bilion setahun. Ini bukannya masa untuk menghancurkan kapasiti kita untuk mengeluarkan bahan-bahan makanan bagi rakyat kita!”