Pekerja 5 ladang di Batang Berjuntai mahu Menteri Perumahan percepatkan penyelesaian masalah perumahan

PUTRAJAYA: Wakil pekerja dari 5 buah ladang di Batang Berjuntai (Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Minyak dan Ladang Bukit Tagar) telah hadir ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 12 April 2019, untuk menyerahkan surat terkini daripada syarikat Berjaya dan memaklumkan perkembangan terkini supaya KPKT mengambil tindakan untuk mempercepatkan proses … Continue reading Pekerja 5 ladang di Batang Berjuntai mahu Menteri Perumahan percepatkan penyelesaian masalah perumahan

Akhbar Sosialis Apr-Jun 2019

Menarik dalam Akhbar Sosialis Edisi Apr-Jun 2019: Rumah mampu milik atau mampus milik? Lambakan rumah yang tidak terjual Penglibatan PSM dalam PRK Semenyih Sistem kontrak di premis kerajaan mengekalkan kemiskinan pekerja bawahan Hentikan keganasan, hormati perempuan Mogok Iklim Sedunia Bertindak sekarang sebelum terlambat untuk tangani krisis iklim (rencana khas Hari Bumi) 1 Mei dan perjuangan … Continue reading Akhbar Sosialis Apr-Jun 2019

Sudan: Kuasa rakyat jatuhkan diktator

Setelah gelombang protes yang hebat tercetus di negara Sudan untuk beberapa bulan kebelakangan ini, Omar al-Bashir, Presiden Sudan yang berkuasa untuk hampir 30 tahun, telah dijatuhkan pada 11 April 2019. Ini merupakan kemenangan kedua perjuangan rakyat baru-baru ini dalam tempoh 10 hari yang lepas, setelah kejatuhan rejim diktator di Algeria, hasil daripada mobilisasi massa yang … Continue reading Sudan: Kuasa rakyat jatuhkan diktator

Assange ditangkap kerana bongkar kezaliman Kerajaan AS

Julian Assange, pengasas Wikileaks, telah ditangkap pada 11 April 2019 di London, setelah Kerajaan Ecuador menarik balik perlindungan politik yang diberikan kepadanya sejak tahun 2012. Penahanan Assange ini berkaitan dengan kehendak Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mendakwanya dengan pertuduhan pengintipan. Polis London telah memasuki Kedutaan Eduador di London, dan menggunakan kekerasan untuk mengheret keluar Assange dari … Continue reading Assange ditangkap kerana bongkar kezaliman Kerajaan AS

Mana rumah mampu milik untuk rakyat Negeri Sembilan?

oleh Tinagaran Subramaniam Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendesak Kerajaan Negeri Sembilan dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di peringkat Kerajaan Pusat KPKT agar meningkatkan bekalan rumah yang benar-benar mampu milik, iaitu rumah berharga di bawah RM100,000. Mengikut Dasar Perumahan Negeri Sembilan (2015), adalah ditetapkan bahawa Rumah Mampu Milik (RMM) di sesuatu kawasan harus … Continue reading Mana rumah mampu milik untuk rakyat Negeri Sembilan?

U-turn ratifikasi Statut Rom: Adakah Kerajaan PH serius dalam pembaharuan?

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membuat satu lagi U-turn dalam usaha pembaharuannya, dan kali ini dilakukan di mata seluruh dunia! Kerajaan Malaysia menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom hanya sebulan selepas menandatangan untuk menjadi negara anggotanya. Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah telah menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom untuk menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada … Continue reading U-turn ratifikasi Statut Rom: Adakah Kerajaan PH serius dalam pembaharuan?

Syarikat MBf Holdings bertindak kejam memotong bekalan air penduduk Ladang Padang Meha

oleh Karthiges Rajamanickam Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan MBf Holdings dan anak syarikatnya Vintage Developers Sdn Bhd yang memotong bekalan air untuk bekas pekerja Ladang Padang Meha, Kedah. Tindakan berniat jahat ini diambil berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada 4 April 2019 lalu yang memerintahkan supaya pihak MBF dan Vintage Developers Sdb Bhd membayar wang pampasan … Continue reading Syarikat MBf Holdings bertindak kejam memotong bekalan air penduduk Ladang Padang Meha

Algeria: Rakyat bangkit jatuhkan Bouteflika, perjuangan perlu diteruskan untuk perubahan sistem

Kebangkitan rakyat yang ditunjukkan dalam aksi protes selama 7 minggu di Algeria, akhirnya menjatuhkan Abdelaziz Bouteflika yang sudah berkuasa untuk 20 tahun. Abdelaziz Bouteflika menyandang jawatan Presiden Algeria sejak tahun 1999. Pada awal bulan Februari 2019, Bouteflika mengumumkan bahawa dia akan bertanding dalam Pilihanraya untuk menjadi Presiden bagi penggal kelima. Namun, tidak lama kemudian, tercetusnya … Continue reading Algeria: Rakyat bangkit jatuhkan Bouteflika, perjuangan perlu diteruskan untuk perubahan sistem

Yuran pengajian naik 529% – Pelajar MJIIT-UTM tuntut keadilan

KUALA LUMPUR – 9 APRIL 2019: Sekumpulan pelajar yang bergelar MJIIT-Voices bersama dengan aktivis-aktivis anak muda telah mengadakan satu aksi protes di hadapan pintu masuk utama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur pada hari ini untuk membantah tindakan pihak universiti yang mengenakan yuran khas yang membebankan ke atas mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di Fakulti Malaysia-Japan International … Continue reading Yuran pengajian naik 529% – Pelajar MJIIT-UTM tuntut keadilan

Rakyat tuntut pelaksanaan IPCMC

KUALA LUMPUR: Gabungan Tuntut IPCMC telah mengadakan satu aksi protes di hadapan Bangunan Parlimen pada 8 April 2019, untuk menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen dengan tuntutan pelaksanaan segera penubuhan Suruhanjaya Besa Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Wakil daripada masyarakat sivil dan keluarga mangsa kematian dalam tahanan polis telah hadir dalam aksi ini. Baru-baru ini, … Continue reading Rakyat tuntut pelaksanaan IPCMC